Aplikasi Dahmakan Cara Daftar, Guna & Order


Satu lagi aplikasi penghantar makanan di Malaysia ialah apps Dahmakan.
Cuma terdapat perbezaan sedikit mengenai apps Dahmakan ni berbanding dengan apps penghantar makanan yang lain. Menu yang terdapat dalam apps dahmakan ni memang superb bertaraf hotel. Selalu juga dahmakan hantar promo code ke email di mana kita boleh dapat lagi harga diskaun lepas gunakan promo code itu. 

Nak tahu cara daftar & order melalui apps Dahmakan?
Untuk Rider, nak tahu cara nak mohon kerja dengan dahmakan?
Jom baca di bawah untuk saya terangkan serba sedikit mengenai apps dahmakan ni serta menjawab persoalan-persoalan di atas.

Aplikasi Dahmakan ini dihasilkan pada tahun 2014 hasil usaha sama 3 sahabat iaitu Jonathan Weins, Christian Edelmann & Jessica Li. Berbeza dengan aplikasi food delivery yang lain, apps dahmakan menyediakan menu hasil air tangan chef-chef mereka sendiri. Oleh kerana ianya hasil daripada 'sentuhan' chef, sudah tentu rasa dan penyediaannya umpama makan di hotel 5 bintang. Terdapat juga beberapa company 'snek' & minuman yang berkabolarasi dengan apps dahmakan ini di mana ianya menghasilkan menu kombo contohnya seperti Tea Live, Krispy Kreme dan Famous Amos.


Pada ketika ini, Dahmakan hanya beroperasi di 2 bandar besar iaitu di Kuala Lumpur (Lembah Klang) & Bangkok dan bercadang untuk meluaskan lagi pasaran mereka di Asia Tenggara.


Antara yang menarik di dalam apps dahmakan ini, setiap menu yang disediakan, anda akan lihat cef yang bertanggungjawab untuk menyediakannya. Selain itu, dapat juga dilihat 'ingredients'atau resepi-resepi utama yang terdapat dalam menu tersebut. 



Sebagai contoh, Chef Riza merupakan salah seorang chef yang bertanggungjawab dalam penyediaan menu dalam apps Dahmakan ini. Cuba lihat pada biodata, bukan calang-calang Chef Riza ini. Anda boleh lihat senarai-senarai chef-chef lain yang anda boleh lihat dalam apps ini.

Terdapat pelbagai jenis menu yang disediakan setiap hari di dalam apps ini. Samaada menu masakan Melayu, Cina, India, Jepun, Thai dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, ada juga desert, minuman, sandwich dan lain-lain lagi. Buat masa ini, 'Tealive' dan 'Krispy Kreme' turut serta terdapat dalam menu dimana anda boleh order dalam bentuk combo.


Contoh menu Malaysian Favourite yang terdapat di dalam menu


Apa yang menarik lagi dengan 'Dahmakan' ini ialah anda boleh membuat order untuk seminggu yang akan datang. Kenapa sampai seminggu? Ya disebabkan ada menu yang popular dan 'high demand' oleh penggemar menu dalam apps Dahmakan ini. Mereka sanggup booked awal, takut menu yang ditempah last minit nanti dah tiada/habis.

Nak lagi jimat?

Langgan pakej PRIME yang ditawarkan oleh apps dahmakan ini. Pakej PRIME ini umpama macam pakej prepaid. Buat masa ini, terdapat 3 pakej PRIME yang ditawarkan dan setiap pakej ini dimana setiap pakej memberikan penjimatan berbeza. Harga menu lebih murah berbanding anda membuat order tanpa pakej. Untuk pakej ini juga, anda akan dapat 'Free Delivery' untuk menu order yang anda buat. Juga ia menjanjikan tempoh 30 minit penghantaran menu terus ke rumah/pejabat anda.





Tapi terpulang kepada anda jika taknak langgan pakej PRIME ini pun takpe, hanya order seperti biasa tanpa pakej. 

Pengalaman Guna Dahmakan


Saya juga menggunakan perkhidmatan apps dahmakan dalam mencari menu samaada lunch/dinner untuk saya dan keluarga. Ada juga kekadang saya order menu ini untuk parent saya yang tinggal di Kota Kemuning. Jadi ibu tak perlu masak untuk ayah hari tu :)


Salah satu order saya dengan apps dahmakan ialah seperti di bawah.




Pada masa ni teringin nak makan western, ditambah pula masa ni ada pakej combo bersama donut Krispy Kreme's. Harga untuk set ni adalah RM18. Jadi ambillah satu set ni untuk dihantar ke rumah.

Nak tahu tak berapa saya kena bayar untuk menu ni yang dihantar ke 'doorstep'.

Hanya RM3 sahaja yang perlu dibayar ditambah pula dengan free caj delivery. Cara pembayaran pula saya menggunakan online banking. 

Nak tahu kenapa saya hanya bayar RM3 sahaja untuk menu itu. Di bawah ini sebabnya.


Saya menggunakan kupon rewards yang saya dapat. Terdapat pelbagai 'rewards' yang ada dalam apps dahmakan ni. Memang amat berbaloi jika anda grab program-program rewards yang ditawarkan.

Selepas 'confirm order' dan membuat bayaran secara online, maka bolehlah tunggu time frame yang diberikan 45 minit dari masa setelah buat bayaran tadi untuk menu sampai ke rumah.

Tak sampai 45 minit, abg rider dahmakan call bagitau yang dia dah nak sampai. Dah lapar ni..:)



Tadaa...ni menu tadi. Lihat betapa kemasnya cara 'packaging' untuk menu ni. Selepas di buka kotaknya, maka tersergam indah Spaghetti yang diorder tadi. Memang standard hotel 5 bintang dan memang berbaloi order menu melalui apps dahmakan ni. Rasanya...pergh......



Cara Nak Order Melalui Apps Dahmakan

Seperti apps-apps yang lain, penggunaan apps Dahmakan ini amatlah mudah.

Selepas anda open apps dahmakan ini, anda akan lihat alamat rumah seperti lihat waktu penyediaan/penghantaran menu. Anda boleh pilih alamat untuk rider dahmakan untuk 'deliver to' serta masa penghantaran. Sebagai contoh, saya memilih untuk 'lunch' hari ini untuk waktu 1pm-2pm.
Selepas itu, klik pada bahagian 'See Menu'




Apps akan tunjukkan menu yang terdapat untuk waktu itu. Jadi saya telah memilih menu 'Malaysian Favourite' iaitu Nasi Kunyit with Ayam Rempah yang berharga RM14.99. Dengan gambar menu yang mempersona serta review rating 5 star dari customer, maka saya pun klik pada 'add to cart'.




Tapi sebelum tu, jika anda scroll ke bawah lagi dari gambar menu tu, anda akan lihat review dan resepi 'ingredients' yang digunakan serta chef yang bertanggungjawab menyediakannya. Menarikkan?


Selepas anda klik 'add to cart', apps akan kembali semula pada bahagian depan di mana anda boleh pilih samaada untuk tambah 'samaada minuman, 'sides' atau 'desserts'. Selepas itu anda akan terus klik bahagian 'view chart' untuk lihat senarai order anda tadi.




Di sini, anda lihat senarai order anda tadi beserta alamat, waktu, cara bayaran serta jumlah order yang anda kena bayar. Sebelum anda 'confirm order', pastikan semua info adalah betul dan anda boleh tukar pada info yang anda rasa ingin betulkan.



Untuk bayaran pula, terdapat pelbagai cara pembayaran seperti contoh di bawah


Selepas anda 'confirm order' dan setelah bayaran di buat (atau anda COD), maka anda boleh lihat status order anda. 


Anda akan dapat lihat lokasi Dahmakan kitchen yang berdekatan dengan tempat anda serta status order anda. Bila Rider dah mula bergerak nanti, anda akan dapat lihat lokasi Rider anda pada 'maps'.


Cara Nak Daftar Apps Dahmakan

Untuk daftar apps ini, anda boleh download apps dahmakan melalui Google Play atau Apple Apps Store. Anda juga boleh mendaftar melalui laman web mereka dengan menggunakan email atau akaun facebook anda.


NAK VOUCHER RM18 DAHMAKAN?


Untuk nak dapatkan voucher RM18 dari Dahmakan ini, anda kena daftar & download melalui invitation link ini  --> Daftar Dahmakan


Atau daftar melalui klik logo 'dahmakan' di bawah



Kena daftar ikut link di atas tau baru dapat voucher RM18 tu. Kalau daftar tanpa link tu tak dapat 😁.

Kalau nak dapat voucher lagi, anda boleh invite ahli keluarga atau rakan anda untuk join melalui invitation link anda. Link tu anda boleh dapat selepas anda daftar dan boleh dilihat seperti di bawah.


Anda klik pada bahagian 'Rewards' dan klik pada 'invite'.








Dan pada ruangan share, anda boleh samaada copy atau share kod ke kenalan anda. 

Anda juga boleh invite melalui whatsapp atau instagram. Anda akan dapat lagi voucher RM12 setelah rakan anda mendaftar melalui link anda dan ahli keluarga/rakan anda akan dapat rm18 😁



Cara Mohon & Daftar sebagai Rider 'Dahmakan'

Bagi anda yang sedang mencari kerja samaada sepenuh atau separuh masa, boleh mohon untuk menjadi rider 'dahmakan'. Pelbagai intensif menarik yang ditawarkan untuk rider.



Antara syarat yang diperlukan pula seperti rajah di bawah


Bagi yang ingin nak daftar/mohon jadi rider tu boleh lihat info lanjut pada link ini ---> Info Daftar Rider Dahmakan



Kesimpulannya, apps dahmakan ini merupakan salah satu alternatif untuk anda menikmati makanan di rumah/pejabat tanpa perlu pikir apa nak masak. Dengan penyediaan menu oleh cef-cef yang berpengalaman, semestinya anda akan berpuashati menikmati hidangan yang disediakan. 

Jadi apa tunggu lagi, jom daftar sekarang melaui link ini --> Daftar Dahmakan


Anda dapat voucher RM18, saya pula dapat voucher RM12 . Kita kongsi rezeki 😊.