Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025: Siapa Layak & Cara Tebus Bantuan

Kerajaan Malaysia meneruskan komitmen membantu golongan berpendapatan rendah menerusi inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, yang menjadi sebahagian daripada kerangka Bantuan Tunai Rahmah (BTR). Inisiatif ini dilaksanakan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutama bagi pembelian barangan keperluan asas.

Apa Itu SARA 2025?

SARA merupakan bantuan tunai bersasar kepada isi rumah, individu bujang dan warga emas tiada pasangan dalam kategori miskin tegar dan miskin berdasarkan data e-Kasih. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kaedah bayaran tanpa tunai ke dalam mykad yang boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai runcit terpilih dan pasar raya.

Jumlah Bantuan (Bagi Tahun 2025)

Kategori

Jumlah (RM)

Bayaran Jan-Mac

Bayaran Apr-Dis

Isi Rumah (STR & eKasih)

RM2,100

RM100

RM200

Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)

RM1,650

RM100

RM150

Bujang (STR & eKasih)

RM600

RM50

RM50

Isi Rumah (STR sahaja)

RM900

RM100

Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)

RM450

RM50


Di Mana Boleh Digunakan?

Kredit SARA hanya boleh digunakan di premis runcit berdaftar seperti di bawah:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • 99 Speedmart
  • KK Mart
  • Kedai Koperasi
  • Pasaraya tempatan / kedai runcit terpilih


Tarikh dan Cara Penyaluran

Penyaluran bantuan SARA 2025 bermula seawal Januari 2025, melalui:

  • MyKad

Syarat Kelayakan

Antara syarat umum termasuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai dalam kategori miskin atau miskin tegar dalam data e-Kasih
  • Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025


Cara Semak Kelayakan

Untuk menyemak status kelayakan, anda boleh ke laman web berikut --> https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan akan keluar seperti paparan di bawah


ataupun anda boleh semak di aplikasi Mykasih

Kelayakan SARA 2025

  • Masukkan nombor Mykad anda
  • Klik pada 'Semakan Status' untuk lihat keputusannya


  • Sekiranya berjaya, anda akan dapat lihat status 'Layak' seperti di atas beserta dengan baki yang ada. Jika anda layak, tahniah :) anda dah boleh membeli barang keperluan di kedai-kedai terpilih. 
  • Untuk semak senarai kedai, anda boleh klik pada butang 'Senarai Kedai' pada bahagian bawah seperti yang terpapar pada tangkapan layar di atas.

Cara Guna Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di Pasar Raya

Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan SARA di pasar raya dan kedai runcit terpilih untuk membeli barangan keperluan asas. Berikut ialah langkah-langkahnya:

  • Pastikan Anda Penerima Yang Layak

Sebelum membeli, pastikan anda telah disahkan sebagai penerima SARA 2025


  • Pilih Rakan Kedai Strategik

Penerima boleh menggunakan bantuan SARA di pasar raya dan kedai runcit yang terpilih di seluruh negara seperti:

- Mydin
- Lotus
- 99 Speedmart
- Giant
- Pasaraya Hero
- Segi Fresh
- Econsave
- Kedai runcit / Pasaraya berdaftar dengan Mykasih


    Penting! - 

    - Tak semua cawangan pasaraya boleh anda gunakan untuk pembelian SARA 2025 ini. 
    - Pastikan anda memeriksa dahulu senarai kedai yang anda nak pergi di laman web atau apps Mykasih


    • Bawa MyKad Semasa Membeli

    SARA 2025 menggunakan MyKad semasa membuat pembayaran. Tiada urusan wang tunai untuk urusan penebusan bantuan. Bagi MyKad anda kepada 'cashier' atau juruwang semasa membuat pembayaran. Juruwang akan bertanyakan anda untuk masukkan no pin. Untuk pengguna kali pertama, no pin ini adalah nombor 6 digit pertama dalam MyKad. Anda boleh memilih samaada menggunakan no pin ini atau menukar no pin untuk kegunaan masa depan.


    • Beli Barangan Keperluan Yang Dibenarkan Sahaja

    Bantuan ini hanya untuk barangan asas, contohnya:

    - Makanan asas seperti telur, minyak masak, beras, tepung, gula
    - Sayur, ikan, ayam, makanan dalam tin
    - Keperluan harian seperti sabun, ubat gigi, syampu
    - Keperluan bayi seperti susu bayi, lampin pakai buang
    - Alat tulis untuk pelajar

    SARA 2025 TIDAK BOLEH digunakan untuk beli rokok, alkohol, barangan elektrik, atau barangan mewah

    Anda boleh melihat antara jenama-jenama seperti di bawah yang layak untuk pembelian bantuan SARA 2025 ini.


    Untuk lebih kepastian, anda boleh download aplikasi (apps) MyKasih samada di Google Play (android) ataupun di Apple Store (iphone) yang mana di dalam apps ini terdapat  butang 'Semak Barang'. Setelah anda klik, terdapat pilihan samaada anda imbas atau masukkan kod bar


    Sebagai contoh saya ingin membeli biskut seperti di bawah dan tak pasti jika biskut jenama ini layak unuk pembiayaan program SARA 2025


    Imbas kod bar dan anda akan lihat status jenama produk ini


    Akan keluar status keputusan seperti di atas di mana produk ini layak dalam pembelian barang-barang runcit untuk program SARA 2025 ini. Jadi anda boleh masukkan dalam troli anda :)  

    Setelah mengambil semua barang diingini yang layak untuk program Sumbangan Asas Rahmah ini, anda terus ke kaunter untuk urusan tebus bayar.

    PENTING! 
    Terdapat pasaraya-pasaraya yang membuat kaunter khusus untuk urusan tebus SARA 2025, pastikan anda membuat penebusan di lorong ini sahaja

    Resit Penebusan Barangan SARA


    Anda dapat lihat jumlah keseluruhan harga barang-barang yang anda beli tadi dalam resit berkenaan. Juga akan dipaparkan sekali baki amaun SARA yang tinggal pada bulan itu.

    Baki juga anda boleh lihat di dalam aplikasi MyKasih

    Baki Sumbangan Asas Rahmah SARA 2025

    • Tebus Mengikut Tempoh Bantuan

    Bergantung pada kategori anda, amaun bantuan akan diberi setiap bulan dan PERLU DIHABISKAN dalam bulan tersebut:


    Penutup: Langkah Ke Arah Kesejahteraan Rakyat

    Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan usaha kerajaan untuk memastikan golongan yang memerlukan mendapat akses kepada keperluan asas. Sistem penyaluran bantuan secara digital memastikan bantuan sampai terus kepada penerima yang layak tanpa sebarang kebocoran atau penyelewengan.

    Inisiatif seperti ini perlu diteruskan dan ditambah baik agar manfaatnya dirasai lebih meluas terutamanya ketika ekonomi dunia masih belum stabil sepenuhnya.

    Dengan menggunakan SARA dengan bijak, penerima dapat meringankan beban kos sara hidup sementara berusaha mempertingkatkan taraf kehidupan mereka melalui program-program sokongan yang disediakan.


    Post a Comment

    0 Comments