TouchnGo e-wallet, banyak kelebihannya.


Anda pernah daftar & guna apps TouchnGo e-wallet dalam urusan harian anda?
Tahu tak sebenarnya banyak kelebihan yang anda boleh dapat dengan menggunakan aplikasi ini.

Pernah guna Touch n go?

Selalunya pakai untuk bayar tol kan..

Kini touch n go ada dalam bentuk apps e-wallet. Sangat untung dan jimat jika anda menggunakan apps touch n go e-wallet ini.


Dengan pelbagai promosi serta cashback, memang sangat berbaloi jika anda gunakan apps ini untuk kegiatan harian anda.

Melalui apps ini, anda boleh membeli barangan runcit, bayar tol, bayar bil, beli prepaid,  bayar parking, beli tiket wayang, beli tiket kapal terbang dan macam-macam lagi.

Yang bestnya, dengan pembelian/pembayaran melalui apps ini, kita sebagai pengguna akan mendapat rebet, 'everyday cashback', promosi rm5 cashback dari 'retailer' dan macam-macam lagi. Bagi yang pertama kali yang ingin menggunakan apps ini untuk membuat pembelian retail, anda akan lagi untung kerana akan mendapat 50 % cashback atas jumlah pembelian anda.

Sebagai contoh ketika pertama kali saya membuat pembelian di Shell. Pada waktu itu, shell menawarkan cashback rm5 untuk pembelian petrol melebihi rm40. Kebetulan pula tarikh hari tu ialah 12.12 dimana Toucn n go e-wallet ada promosi 12% cashback atas pembelian pada hari tu sahaja. Memang berlipat ganda cashback saya dapat pada hari tu ☺.


           

Daripada screenshot Touchngo e-wallet apps saya di atas, saya telah reload sebanyak RM50 pada tarikh 12.12 dan membuat pengisian petrol Shell sebanyak RM40. Ia merupakan transaksi pembelian retail pertama saya menggunakan apps Touchngo ewallet ini, maka saya layak mendapat bonus 50% cashback atas jumlah pembelian (jumlah maksimum cashback ialah RM15)

Bukan sahaja bonus pembelian pertama, malahan pada waktu itu, promosi rm5 cashback untuk pembelian petrol Shell untuk RM40 ke atas. Jadi tambahan lagi RM5 bonus dalam e-wallet saya. 

Nak jadikan cerita lagi..hari tu pulak 12.12, ada bonus lagi 12% cashback untuk sebarang pembelian menggunakan apps ini. Jadi tambahan lagi RM4.80 atas bonus 12% sempena 12.12. Dan ada lagi bonus iaitu 'everyday cashback' iaitu 0.5% untuk pembelian hari itu bersamaan 20 sen. Jadilah kan :)

Jumlah keseluruhan bonus yang saya terima pada hari tu berdasarkan pengisian petrol Shell sebanyak RM40 adalah bersamaan (RM) 15 + 5 + 4.8 + 0.2  = RM 25 bonus yang dimasukkan terus ke ewallet saya. 

BANYAK KAN....😁

Ada banyak lagi promosi-promosi yang ditawarkan oleh apps ini di mana anda boleh melihat senarai promosi ini di dalam apps tersebut dan menggunakannya. Untuk promosi-promosi yang 'hot', anda kena cepat grab sebab kalau lambat, akan terpampang 'fully redeemed'. Selalunya promosi-promosi yang hot ni seperti promosi jenama-jenama minuman seperti Tealive, Chizu dan juga promosi dari hypermarket-hypermarket seperti Tesco, Aeon dan Giant. Jadi pastikan anda sentiasa 'aware' atas promosi yang dijalankan untuk lebih penjimatan & lebih bonus untuk anda.

 
 *contoh promosi-promosi hot yang cepat fully redeemed*


Terbaru, Touch n Go mengadakan peraduan 'Malaysia win Big' dengan hadiah mingguan sehingga mencecah RM 2 juta. Setiap minggu, pengguna apps ni berpeluang memenangi Proton X70, Yamaha Ego Solariz, Huawei P30 Pro dan berbagai hadiah menarik lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk download apps ni dan gunakannya untuk urusan pembelian harian anda.
 
Kesimpulannya, penggunaan apps TouchnGo e-wallet ini bukan sahaja memudahkan anda di mana anda tidak perlu bawa cash yang banyak dalam dompet malahan anda dapat menikmati bonus-bonus serta promosi-promosi yang dapat menjimatkan serta menguntungkan anda.


* promosi-promosi serta bonus-bonus yang dipaparkan di atas bergantung pada tempoh tertentu seperti yang ditawarkan di dalam apps TouchnGo e-wallet. Untuk maklumat lanjut tentang promosi, sila ke link berikut https://www.tngdigital.com.my/promotions *