9 Hadiah Terbaik Untuk Isteri Sempena Birthday 2024

Birthday isteri dah dekat?? 
Mesti pening kan apa hadiah hari jadi untuk bagi isteri untuk tahun 2024 ni. Nak beli yang blink-blink ke atau yang simple je. Takpa kami bantu anda senaraikan 9 hadiah birthday terbaik yang anda boleh bagi pada isteri anda untuk tahun 2024 ini. Pasti isteri anda akan tambah sayang anda ketat-ketat :).

1) Foot Massager


- Antara hadiah birthday terbaik yang harus anda berikan kepada isteri anda setelah bersusah payah menjaga anda dan anak-anak anda. Apa salahnya hadiahkan isteri anda foot massager supaya isteri anda dapat berehat & santai tanpa memikirkan sekejap masalah di rumah :).

Anda boleh dapatkan 'Foot Massager'  yang dikeluarkan oleh pelbagai produk yang terdapat dijual di pasaran



.
Daripada rajah di atas, anda dapat lihat betapa selesanya isteri anda setelah menggunakan foot massager selepas seharian bekerja menguruskan anda dan anak-anak anda di rumah tanpa perlu ke pusat urut refleksogi. Dengan pelbagai brand, design serta warna yang menarik, ianya amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk pasangan anda.


 


  



2) Pressure Cooker.


Semua surirumah mengidamkan set pressure cooker di ruang dapur mereka. Ini dapat membantu mereka memasak dengan lebih mudah dan lebih cepat.

Apa salahnya kalau kali ini anda hadiahkan birthday isteri anda dengan set Pressure Cooker yang terbaik untuk isteri anda. Nanti dan anak-anak juga yang dapat makan sedap & cepat. Taklah tunggu lama nak tunggu isteri masak di dapur.


Cadangan kami, dapatkan pressure cooker elektrik yang terhangat & viral dipasaran sekarang. Kalau boleh yang selalu isteri anda ceritakan pada anda  Dengan harga yang berpatutan dan teknologi memasak yang terkini, memang amat berbaloi jika anda hadiahkan kepada isteri anda. Gambar di bawah antara contoh pressure cooker yang terdapat di pasaran. Untuk lihat senarai pressure cooker yang terdapat di pasaran, anda boleh klik pada butang 'dapatkan di shopee' di bawah.



 





 


3) Bunga & Kek


Kek memang selalu kita beli tapi kali ni cuba bagi paling special untuk isteri anda sempana harijadinya. Hadiahkan kek beserta jambakan bunga yang istimewa untuk isteri anda. Kalau boleh dalam jambakan bunga tu terdapat patung teddy bear. Almaklumlah sebab masing-masing kan dah macam teddy bear :) . Jangan marah ye...gurau je.


Anda boleh lihat senarai hadiah harijadi jambakan bunga dan kek ini di laman web ini www.floweradvisor.com.my dan jika nak 'customized' cake mengikut pilihan anda, boleh ke laman web ini www.eatcaketoday.com. Pilih mana satu yang anda rasa paling sesuai & istimewa untuk isteri anda.


 

4) Steam Generator Iron


Kesian tak bila tengok isteri bila nak seterika baju anda dan anak-anak anda? Isteri buat tu semata-mata untuk orang lihat ahli keluarganya segak & hensem bergaya. Selalunya ambil masa lama kalau nak seterika baju anda tu, tu belum masuk baju anak-anak dan tudung Isteri (yang ni jangan kacau...😊). Jadi apa salahnya kalau anda hadiahkan iron canggih seperti gambar di bawah ni untuk isteri anda. Jimat sikit waktu dia bergelut untuk seterika.










Steam Generator Iron banyak terdapat di pasaran. Dengan ciri-ciri canggih seperti gambar di atas dapat membantu memudahkan lagi isteri anda sebagai perunding imej bagi keluarga anda. Untuk lihat lebih lanjut mengenai produk Steam Generator Iron dari jenama-jenama lain, sila klik pada butang shopee di bawah.


 




5) Tiket Percutian


Hadiahkan isteri anda percutian yang dia idam-idamkan selama ini. Ini konfem hadiah yang paling isteri anda sukai.  Terpulang kepada anda samaada nak pergi berdua sahaja atau dengan bawa anak-anak sekali. 


Di zaman millenium ini, terdapat banyak travel agen dan juga website carian hotel/percutian untuk anda lihat. Antaranya seperti  di bawah agoda, booking, expedia, trip, oyo dan macam-macam lagi.

Ada satu laman web Malaysia yang dapat bantu anda cari hotel serta perbandingan harga hotel semalaman untuk semua website carian hotel seperti yang dinyatakan di atas. Memang laman web ini akan tunjukkan harga yang paling murah dan memang berbaloi. Anda tak perlu nak buka satu per satu laman web cari hotel di atas kerana laman web ini akan bandingkan semua dan anda boleh terus book di situ. Laman web yang dimaksudkan ialah www.cutijom.com 

Bukan setakat carian hotel sahaja, malahan laman web CutiJom ini juga ada fungsi untuk anda bandingkan harga tiket pengangkutan di Malaysia serta juga terdapat pakej-pakej pelancongan 

Untuk hari yang istimewa ini, apakata cari hotel-hotel yang 'grand' sikit unutk isteri anda. Takkanlah anda nak berkira dengan orang yang bersama & menjaga anda sehingga akhir hayat anda 😊. 


6) Smart Phone


Untuk tahun 2024 ini, terdapat banyak smartphone yang latest & canggih yang sesuai untuk anda hadiahkan kepada isteri anda pada hari lahirnya. Anda boleh pilih samaada jenama Iphone, Samsung, Huawei atau jenama-jenama lain yang terdapat di Malaysia.

Di sini kami sertakan Smartphone yang terkini keluaran terbaru dari brand-brand yang gah. Sila klik pada gambar untuk lihat spesifikasi dan harganya menerusi platform Shopee.


iPhone 15 pro


Samsung Galaxy Fold 6


Amacam? Seksikan smartphone tu. Ada pepatah mengatakan "Isteri yang seksi untuk suaminya adalah isteri yang pakai handphone seksi". 😊


7) Diamond / Gold


Apa salahnya kali ini anda hadiahkan special birthday gift untuk isteri kesayangan anda set diamond/gold. Cuba lihat isteri anda adakah dia masih lagi pakai cincin/rantai/subang/gelang lama yang anda beli 10 tahun dulu masa awal kahwin. Kalau iya, maknanya ini hadiah terbaik untuk birthday nya kali ini.

Kalau isteri anda selalu sangat beli emas, apa kata kali ni hadiahkan diamond. Mesti amat bermakna untuk isteri anda bagi sambutan harijadinya tahun ini.


   

Untuk tahun 2024, stor Shopee  untuk Tomei & Habib ada buat macam-macam promosi & diskaun. Anda boleh rujuk dengan klik pada lambang brand di bawah


     
             
 
            


             

        


8) Telekung


Sudah berapa lama isteri anda memakai telekung yang sama je setiap kali solat. Tahun 2024 ni, apakata anda hadiahkan isteri anda telekung yang baru. Pasti Si Isteri ceria dengan hadiah ini. Terdapat pelbagai jenama pembuatan & pengeluaran telekung di Malaysia ini. Untuk hari jadi Isteri anda ini, apa kata dapatkan telekung premium dengan sulaman yang tampak berseri, kemas dan 'Elegant'. Kalau boleh cari material telekung yang berkualiti di mana ianya lebih sejuk, selesa dan breathable. Jangan lupa untuk beritahu kedai berkenaan sekali untuk  sertakan beg & kotak eksklusif kerana ini untuk hadiah harijadi Isteri anda. Ini pasti bertambah ceria Isteri anda untuk sambutan Hari Lahirnya untuk tahun ini.

Telekung Siti Khadijah


Untuk produk-produk telekung jenama lain, anda boleh lihat di platform Shopee melalui butang di bawah



9) Beg Tangan

Sebut pasal beg, isteri mana yang tak minat beg kan. Orang perempuan ni memang minat beg cuma kadang-kadang isteri tu hanya mampu melihat saja orang lain melaram dengan beg tangan sebab malu nak minta suami. Apa kata birthday kali ni anda hadiahkan beg tangan berjenama dekat isteri. Pasti dia suka :)






Akhir kata, didoakan agar hubungan anda dan isteri semakin bertambah bahagia dan erat untuk tahun ini serta mencapai hari-hari yang gemilang untuk anda sekeluarga. Hargailah dan raikanlah isteri anda sempena 'birthday' hari jadinya seperti mana masa awal-awal kenal/ kahwin dulu :)