Cara Berniaga Dan Menjual Di Shopee & Lazada

Ketahui Cara Nak Berniaga & Menjual Barang Di Shopee & Lazada


Cara berniaga dan menjual di Shopee dan Lazada



Pernah tak terpikir macam mana dan cara nak berniaga serta buat duit dengan cara jual barang di Shopee atau Lazada samaada dengan modal ataupun tanpa modal. Kalau kena caranya anda boleh dapat pendapatan 3 ke 4 angka dalam seminggu dengan cara berniaga & menjual di Shopee atau Lazada ini. Tetapi selalunya, orang akan terpikir barang apa nak dijual di Shopee atau Lazada ini?

Masa PKP ini, semakin ramai yang mendaftar untuk berniaga dan menjual di Shopee & Lazada. Ini kerana rakyat Malaysia digalakkan untuk duduk di rumah dan membeli secara online. Ini sekaligus dapat menambah pendapatan samaada secara full time atau part time kepada seller dengan cara jual barang di Shopee atau Lazada ini.

Bagi anda yang berminat berniaga tu, baik cepat-cepat daftar sebagai penjual / seller di Shopee & Lazada. Cepat-cepat download Shopee Malaysia App & Lazada Malaysia App. :)


Cara nak berniaga & menjual di Shopee dan Lazada

Shopee & Lazada merupakan antara 2 marketplace terbesar di Malaysia. Anggaran setiap bulan lebih daripada 20 juta pengguna akan browsing ke Shopee ataupun Lazada untuk melihat barangan yang hendak dibeli. Ini belum termasuk hari-hari besar seperti 11.11 dan 12.12 dimana jumlah pengguna berlipat kali ganda berbanding hari-hari biasa. Pada tahun 2019, untuk kempen pada tarikh 11.11, jualan transaksi melebihi 1 juta pada 1 jam pertama untuk kedua-dua platform ini.


Disebabkan itu, tidak hairanlah kebanyakan seller yang menjual mengguna platform Shopee & Lazada ini mengaut keuntungan berganda-ganda melalui jualan secara online menggunakan platform ini.


Anda tak perlu risau sekiranya anda tiada produk untuk dijual kerana anda boleh gunakan dropshipping untuk menjual di platform ini. Anda tidak perlu pegang stok, dropshipper anda akan melakukan semua dan anda sebagai seller bila dapat order terus inform ke dropshipper untuk hantar barang kepada pelanggan. 


Kebanyakan orang mengimpikan untuk menjalankan perniagaan sendiri dan antara jalan mudahnya adalah melalui jualan online dengan menggunakan 2 platform ini (Shopee & Lazada)  untuk memasarkan barangan/servis anda ke seluruh malaysia. Dengan jumlah pelawat yang tinggi setiap hari, anda tidak perlu risau untuk mencari pelanggan kerana pelanggan akan mencari barangan yang mereka ingini di sini.


Jadi, macammana cara nak menjual di Shopee & Lazada ni? Caranya mudah sahaja..bagi yang ada produk sendiri, anda hanya perlu upload barangan anda di platform ini, tunggu pelanggan order, dah dapat order terus packing & hantar ke courier. Mudahkan :). Takpe anda baca terus sampai bawah, nanti saya tunjukkan cara untuk daftar, menjual dan berniaga di 2 platform ini.


Walaupun nampak mudah, anda perlukan 'guide' untuk memastikan anda dapat mendaftar store anda di platform ini dengan cepat dan tepat. Juga untuk memastikan barangan yang anda jual itu ditunjukkan pada ruangan depan melalui carian yang dicari oleh pelawat-pelawat Shopee & Lazada ini.


Pengalaman Berniaga & Menjual Di Shopee & Lazada

Saya sendiri menggunakan platform Shopee & Lazada dalam menjalankan perniagaan online saya. Pada peringkat awal agak payah sikit disebabkan saya tiada sumber untuk guide/ajar saya untuk setup store & menjual di kedua-dua platform ini. Tapi kini alhamdulillah mendapat jualan memberangsangkan setiap minggu. Diharapkan semoga selepas ini saya mendapat jualan puluhan ribu setiap minggu..aminnn :)



Hasil Jualan Mingguan Di Lazada

Hasil Jualan Mingguan Di Shopee



Cara Daftar Untuk Berniaga & Menjual Di Shopee (Guna Mobile)


LANGKAH 1: DAFTAR SHOPEE


1a) Download Apps


Sebenarnya tak susah pun untuk anda mula nak berniaga di shopee. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah anda perlu berdaftar di Shopee. Sebaiknya anda sudah download apps Shopee di smartphone anda. Anda juga boleh mendaftar di laman web, cumanya di sini saya tunjukkan cara untuk mendaftar melalui smartphone.



        

1b) Sign Up & Set Nama Store

Seperti 'screenshot' handphone di atas, langkah pertama setelah anda download apps Shopee ini, anda dikehendaki untuk 'sign-up' sebagai pengguna Shopee. Anda boleh daftar samaada menggunakan nombor telefon anda ataupun melalui akaun google atau facebook. Setelah itu, 'verification code' akan dihantar ke nombor phone anda untuk memastikan anda pengguna betul untuk akaun yang didaftar itu.

           

Setelah akaun anda dah 'confirm' maka anda akan dapat seperti homepage di atas. 

Kat situ, bolehlah anda check apa deal-deal yang menarik untuk anda untuk buat pembelian di Shopee :). Ok jangan terleka...anda nak daftar sebagai seller bukan nak buat pembelian dulu☺ . FOKUS..FOKUS. 

Untuk anda yang pertama kali beli barang melalui shopee, boleh guna kod ini semasa check out 'IAESP223' untuk dapatkan cashback 25% off untuk pembelian anda.

LANGKAH 2:  UPLOAD PRODUK


2a) Masukkan Gambar & Maklumat Produk


Selepas itu 'touch' pada icon Me untuk ke page 'Me'. Di situ akan nampak nama username anda serta jumlah followers/following anda. Juga terdapat tab-tab lain yang anda boleh riki2. Untuk anda yang mula nak start menjual, bolehlah klik pada tab 'Start Selling' seperti rajah tengah di atas. Akan muncul selepas itu , seperti rajah kanan di atas di mana anda boleh klik pada tab 'Add Product' untuk anda mula masukkan list produk barangan yang anda ingin jual di Shopee.


   

Dari 'screen shot' di atas, anda perlu memasukkan dulu gambar produk yang ingin dijual. Gambar boleh diambil secara langsung melalui kamera phone anda atau pun foto yang tersimpan dalam 'storage' phone anda. Juga anda boleh ambil gambar dari akaun Instagram anda. Masukkan beberapa gambar dari pelbagai 'angle' produk anda yang anda rasa boleh menarik minat pelanggan untuk membeli produk anda nanti. Setelah itu anda masukkan nama produk dan juga 'description' atau penerangan mengenai produk anda. Masukkan juga segala info lain yang diperlukan oleh Shopee seperti harga, stock, variasi produk, brand, jenis dan sebagainya. Contoh seperti rajah di atas di mana saya memasukkan produk remote control Astro untuk dijual.



     

Saya masukkan segala maklumat yang diperlukan untuk produk remote control ini. Anda perlu masukkan segala maklumat yang diperlukan kecuali pada bahagian 'optional' di mana terpulang kepada anda untuk memasukkan 'detail'. 

2b) Setkan Pilihan Kurier (Shipping)


Untuk bahagian 'shipping fee', anda masukkan jenis kurier yang anda akan gunakan seperti yang terdapat pada list. Pastikan kurier yang anda pilih berdekatan dengan anda dan senang untuk anda hantar nanti bila dah dapat order. Anda boleh pilih lebih dari satu dan cajnya bergantung pada penilaian anda sendiri. Setelah itu, rujuk kepada screen shot ketiga di atas, 'slide' ke kanan untuk tab 'Publish Product' dan touch pada bahagian tanda '✔' untuk terus publish kan produk untuk dijual di store anda.

      

TADAA....Produk pertama anda telah di'list'kan dalam shopee store anda. 


TIPS UNTUK PENJUAL SHOPEE

Gunakan sekerap boleh button 'Boost Now' tu. 


Fungsi 'Boost Now' tu ialah untuk menaikkan produk anda ke top list untuk semua produk-produk dalam kategori produk yang anda masukkan tu. Ianya akan mengambil masa selama 4 jam sebelum produk anda akan terpapar pada top list untuk kategori itu. 

Untuk fungsi tab 'Boost Now' ini, setiap seller di Shopee store hanya boleh gunakan untuk 5 produk untuk sekali guna. Maknanya untuk produk-produk lain dalam shopee store anda perlu lepas 4 jam untuk anda 'Boost Now' semula.

Sebagai contoh seperti produk remote control tadi, setelah saya klik untuk 'Boost Now', maka dalam masa 4 jam lagi, produk ini akan berada dalam top list untuk produk dalam kategori 'Home Appliance/TV Accessories'. Anda dapat lihat seperti 'screen shot' di atas, kiraan 'timer' sebelum produk anda berada pada top list. Setelah 4 jam nanti, tab ini akan kembali pada tab 'Boost Now' semula dan anda boleh klik lagi sekali untuk anda nak boostkan lagi produk ini untuk 4 jam nanti.

Kebanyakan seller mengambil manfaat tab 'Boost Now' ini dalam memastikan produk mereka berada pada top list produk untuk kategori produk jualan mereka. Ini membantu dalam menghasilkan jualan yang lebih lagi untuk produk yang dijual.


       

Tahniah! Anda kini telah berdaftar sebagai 'New Seller' di Shopee. 'Touch' pada notifikasi 'Welcome, New Seller!' itu dan anda akan diberikan info-info serta langkah-langkah yang perlu dibuat selepas anda dapat order nanti. ☺



Cara Daftar Untuk Berniaga & Menjual Di Shopee (Guna Desktop)


LANGKAH 1: DAFTAR AKAUN

1a: Daftar Shopee Melalui Website


Anda juga boleh daftar akaun sebagai seller shopee menggunakan desktop/laptop anda. Caranya adalah seperti berikut :


Pertama sekali anda perlu ke web shopee iaitu www.shopee.com.my dan klik pada tab 'Sign Up'.

Setelah itu page seperti di atas akan keluar dan anda boleh daftar akaun shopee anda samaada menggunakan nombor handphone anda atau melalui akaun facebook/google anda.



Sebagai contoh saya mendaftar dengan menggunakan akaun google saya. Masukkan username dan alamat email google anda. 

TIPS UNTUK PENJUAL SHOPEE

Seeloknya untuk username, masukkan nama kedai yang anda akan gunakan nanti untuk nampak lebih professional :).  Tapi bagi anda yang sebelum ini pernah mendaftar dengan shopee & telah menggunakan username selain nama kedai, jangan risau kerana anda boleh 'chat with shopee' dan bagitahu yang anda ingin tukarkan nama username anda. Anda akan diberikan 3 pilihan nama dan selepas itu CS Shopee akan bantu anda untuk tukar nama username anda. :)




1b: Verified Akaun Shopee


Selepas itu, periksa emel anda untuk 'verified' akaun shopee yang anda daftar tadi. Jadi anda pun telah berjaya mendaftar akaun dengan shopee ☺, Dengan adanya akaun shopee ini anda dah boleh shopping online barang-barang yang dijual dalam shopee. Tetapi untuk takat ini anda hanya boleh membeli sahaja dan belum boleh untuk menjadi penjual di Shopee

Untuk menjadi penjual di Shopee, anda kena klik pada tab 'Seller Centre' dan anda akan lihat screen shot page seperti  di bawah.


1c: Masukkan Maklumat Shopee Store

Anda kena masukkan maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon. Maklumat ini diperlukan untuk proses 'shipping' nanti bila anda sudah dapat order dari pembeli. Secara khususnya ianya untuk proses return barang nanti sekiranya ada pelanggan anda yang ingin pulangkan order. Masukkan samaada alamat rumah anda atau warehouse atau kedai atau mana-mana yang anda rasa kurier senang untuk hantar barang semula.


Jangan lupa untuk setkan 'Shop Profie' untuk kedai anda. Dalam ruangan shop profile ini, anda masukkan nama kedai anda, gambar atau video untuk profile kedai dan juga 'description' atau penerangan mengenai shopee store anda.

Seteleh selesai memasukkan maklumat yang dikehendaki, maka anda akan terus dapat lihat 'Shopee Seller Center' seperti di bawah.




Di page Shopee Seller Center inilah, anda akan dapat atau kawal semua aktiviti niaga barang yang dijual di Shopee. Segala data-data seperti order yang masuk,  jumlah pelawat, hias kedai, jumlah 'income' jualan, nak belajar kursus yang terdapat untuk penjual, nak buat iklan, nak tambah/edit barang, chat dengan pelanggan dan macam-macam lagi. Anda bolehlah godek-godek semua untuk lihat fungsi-fungsinya. Page Seller Center inilah merupakan jantung anda sebagai peniaga dan penjual di Shopee :)


LANGKAH 2: MASUKKAN PRODUK


2a: Masukkan detail mengenai produk


Untuk langkah pertama, klik pada tab 'Add New Product' di laman Shopee Seller Center anda. Selepas itu untuk bahagian awal ini, masukkan nama produk anda dan kategori yang anda rasa sesuai untuk produk anda. Dah masukkan nama produk & kategori, boleh klik pada "NEXT'.






TIPS UNTUK PENJUAL SHOPEE


Sekiranya anda tak pasti kategori mana untuk produk anda, terus buka lama web shopee dan lihat produk yang lebih kurang sama dengan produk anda yang dijual oleh seller lain. Lihat di mana seller itu masukkan kategori untuk produk tersebut.

2b: Masukkan produk 'Basic Information'


Seterusnya, anda akan di bawa ke bahagian ini di mana nama produk akan terpampang seperti yang anda isi pada ruangan awal tadi. Untuk langkah ini, anda masukkan penerangan mengenai produk anda. Kalau ada 'brand' untuk produk anda ini, anda kena masukkan nama brand atau pilih sahaja 'No Brand'. Anda wajib masukkan info atau detail untuk ruangan yang ada tanda *.

2c: Masukkan Info Produk 


Untuk ruangan ini, masukkan harga untuk dijual di Shopee untuk produk barangan anda. Juga jumlah stok yang ada dalam inventori serta masukkan variasi atau jenis produk anda. Contohnya jika barangan anda ada banyak warna pilihan, jadi masukkan pilihan warna dan kuantiti yang ada untuk setiap produk bagi warna itu. Bagi anda yang nak buat jualan pukal juga, terdapat 'option' di situ di mana anda boleh setkan harga sekiranya pembeli ingin membeli produk secara pukal.

Setelah itu masukkan gambar produk di bahagian 'Media Management'. Pastikan gambar anda menarik supaya dapat menarik pelanggan untuk 'riki' produk jualan anda ini.

2c: Masukkan Info Shipping


Selepas itu, jika anda 'scroll' ke bawah akan nampak ruangan untuk info shipping seperti berat, saiz parcel dan juga jumlah fee untuk kurier yang akan digunakan. Lain-lain info pula seperti kondisi produk samaaada baru atau barang terpakai, juga jika anda ingin setkan 'pre-order' untuk produk jualan anda.

Setelah anda berpuas hati dengan semua detail yang anda masukkan maka langkah terakhir hanya perlu tekan pada butang 'Save and Publish'.

Di dalam seller center anda nanti akan dilihat produk yang anda baru masukkan tadi seperti gambar di bawah. 

Anda dapat lihat produk anda ditagkan dengan "NEW". Pada masa ini anda boleh terus ke lawan web shopee dan cari produk anda pada ruangan search berdasarkan nama produk yang anda daftar tadi. Jika ada maknanya, anda berjaya listkan produk anda di shopee. YEAY!!!! 😄





Anda tak perlu risau kerana pada masa ini terdapat sifu-sifu yang mahir dalam jualan di Shopee dan Lazada yang menghasilkan ebook serta tunjuk ajar untuk anda setup & menjual di Shopee dan Lazada. Dengan tunjuk ajar yang diberi dalam ebook membuatkan anda lebih cepat memahami selok-belok berniaga melalui platform ini sekaligus membantu anda dalam cara setup & menjual dengan lebih efisien.


Antaranya seperti sifu Mohd Fahmi yang menghasilkan ebook cara penjualan di Shopee. Di dalam ebook ini, beliau menerangkan segala-galanya dari A ke Z tentang cara untuk menjual di Shopee, samaada cara nak setup serta segala tips & pantang-larang semasa menjual di Shopee. Untuk menjadi seller yang 'power', saya rasa anda wajib untuk mendapatkan ebook ini sekiranya anda ingin berjual beli di Shopee kerana dengan cara ini, anda dapat bermula dengan pantas tanpa perlu membuang masa, tenaga dan wang di dalam mencuba dan mencari-cari cara yang betul untuk mula berniaga di Shopee. Bagusnya jika anda membeli ebook ini, akan ada FB Group dimana anda boleh belajar sambil berkongsi info & tips sesama seller shopee yang membeli ebook ini termasuklah bertanya soalan kepada Sifu. Bagi yang nak buat dropship, seharusnya beli ebook ini dan join FB group support yang diberikan.



Klik sini untuk info lanjut/ebook berniaga di Shopee

Ataupun jika anda rasa pening lepas baca ni dan tak tahu lagi  macammana cara nak setup store di Shopee..jangan risau sebab anda boleh upah orang di platform Fiverr. Saya ada menawarkan khidmat nak buka store di Shopee samaada barangan jualan anda sendiri ataupun secara dropshipping. Anda boleh lihat pada banner gig di bawah :)






Cara Daftar Untuk Berniaga & Menjual Di Lazada


Kebiasaannya, penjual-penjual yang terdapat di alam maya ini juga akan mendaftar untuk jual produk mereka di Lazada. Untuk menjual di Lazada, anda boleh mendaftar secara persendirian/'individual' ataupun melalui akaun company/'corporate'. Di sini saya tunjukkan pula cara mendaftar sebagai penjual di Lazada melalui laman web.

 


LANGKAH 1: DAFTAR AKAUN LAZADA

Anda buka laman web lazada.com.my dan klik pada tab 'Sell On Lazada' seperti screen shot di atas.



Selepas itu akan dikehendaki isi form seperti di atas. Masukkan nombor telefon anda untuk pihak Lazada hantar kod verifikasi. Masukkan juga maklumat-maklumat lain seperti yang terdapat dalam form.

Apa dokumen yang diperlukan untuk daftar sebagai penjual di Lazada?

Anda boleh rujuk pada rajah di bawah.


Untuk pendaftaran melalui akaun 'individual', mengenai SSM anda tak perlu risau. Anda daftar dulu akaun anda dengan Lazada. Setup store kedai anda di Lazada dan hanya daftar dengan SSM lepas anda dapat order pertama.

Selepas mendaftar, anda akan mendapat emel 'confirmation' dari Lazada. Seteleah itu, anda akan mendapat emel untuk anda memasukkan produk pertama untuk di jual di bahagian 'Seller Center'.







Lihat pada emel kedua di atas. Anda sudah boleh untuk memasukkan produk anda untuk dijual. Seperti yang dinyatakan dalam emel, tak perlu masa yang lama (hanya 10 minit) untuk anda upload 1 SKU (Stock Keeping Unit). SKU ini ialah produk kod anda dimana anda tentukan sendiri untuk bahagia 'Seller SKU'. Setiap satu jenis produk yang anda upload, anda kena letakkan SKU. 


LANGKAH 2: MASUKKAN GAMBAR & MAKLUMAT PRODUK 


Ok, anda klik pada 'Click Here to Upload Products' untuk anda dibawa terus ke page 'Seller Center' seperti di bawah.



  


Masukkan email / nombor phone yang anda daftar serta password untuk login ke akaun Seller Center. 


Dapat dilihat di dalam page 'Seller Center' anda, pelbagai maklumat mengenai jualan atau stor kedai anda nanti ada terdapat di dalam ini. Jika anda lihat di sebelah kiri yang berwarna biru itu, segala maklumat seperti produk, order yang masuk, jumlah trafik yang masuk untuk lihat produk atau stor anda, promosi-promosi yang anda boleh sertai, 'Lazada University' di mana di sini anda boleh belajar untuk menjadi seller yang terbaik di Lazada dan pelbagai lagi. 

Untuk memasukkan produk pertama atau tambahan produk, sila klik pada tab 'product' dan pilih pada tab 'add product'.


Masukkan segala details produk jualan anda. Pastikan anda isi segala maklumat seperti informasi produk, deskripsi produk, harga & stok, berat & dimensi produk dan lain-lain informasi yang diperlukan.


 


Setelah memasukkan segala maklumat yang diperlukan, skroll hingga ke bawah sekali dan anda klik pada butang 'Submit'. 




Yeay!! Produk anda telah berjaya dimasukkan. Tapi sebelum itu, anda kena tunggu beberapa minit sebelum produk anda di'approve'kan untuk dilistkan dalam platform Lazada.


LANGKAH 3: PERIKSA PRODUK BILA DAH 'LIVE' DI LAZADA




Selepas produk anda diluluskan, maka produk anda pun akan 'live' untuk dibeli oleh pengguna-pengguna Lazada. 😄. Senangkan nak daftar & menjual di Lazada!



Untuk berniaga di Lazada pula, anda boleh membeli ebook di bawah ini di mana segala penerangan diberikan untuk anda memulakan perniagaan di Lazada serta segala tips & trik diberikan dalam ebook ini sebagai panduan anda. Dengan pembelian ebook ini juga, anda akan dapat join FB group support di mana anda ahli-ahli dalam group yang dah otai beserta juga pemilik ebook akan berkongsi tips & teknik mengenai jualan masing-masing di Lazada. Jadi memang berbaloi jika anda membeli e-book ini. Juga pada mereka yang tiada modal & ingin membuat jualan secara dropship, akan diberikan segala panduan yang diperlukan.



Klik sini untuk info lanjut/e-book berniaga di Lazada

Tapi bagi anda yang tiada modal yang cukup untuk membeli ebook di atas, anda boleh juga dapatkan ebook panduan cara jualan di Lazada melalui pembelian di Shopee. Harga ebook  pun ada yang harganya RM1 sahaja cuma kandungannya tak seberapa padat dan tiada fb group support juga. 😉 NAK BELI ? Klik butang 'Dapatkan Di Shopee' di bawah.






Secara amnya, terpulang kepada anda untuk memilih ebook yang mana dalam membantu anda untuk setup kedai jualan anda di Shopee dan Lazada. Kalau anda taknak beli mana-mana ebook pun ok, cuma anda kena belajar dan selidik sendiri selok-belok untuk berniaga di kedua-dua platform ini. Anda boleh buat carian samaada di Google ataupun di YouTube.

Bagi yang ingin berniaga secara dropship di kedua-dua platform ini, saya sarankan anda untuk dapatkan ebook kerana segala informasi seperti cara menjual serta info-info 'supplier' produk ada ditunjukkan dalam ebook berkenaan.


Jadi jangan berpikir panjang lagi. Jom berniaga dan menjual di Shopee & Lazada. 

Mungkin anda merupakan Top Seller di kedua-dua platform ini satu hari nanti. 

SEMOGA BERJAYA :) 
TAPI TUNGGU DULU...INFO EKSTRA UNTUK ANDA DI BAWAH

Bagi anda yang tiada produk untuk dijual tetapi nak dapat duit tambahan melalui shopee pun ada juga cara lain. Caranya dengan join Shopee Affiliate Program. Anda hanya perlu promosikan produk shopee samaada melalui akaun social media anda (facebook, insta &lain-lain), blog atau website anda. Setiap pembelian yang dibeli melalui 'link' anda, maka anda akan dapat komisyen melalui pembelian itu. Nak tau caranya, boleh baca ni blog posting yang ini --> Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate Program

Bagi anda yang nak lagi advance, boleh juga untuk buat website ecommerce sendiri. Tak susah sangat pun, hanya ikut saja langkah-langkah yang diberi dalam ebook. Hanya kena bayar sedikit caj untuk nak dapatkan ebook ini tapi ia memang berbaloi. Info lanjut boleh dapatkan ebook ini di sini --> Ebook Bina Website Ecommerce Sendiri 


Cara Isi Minyak Tanpa Perlu Ke Kaunter (RM5 Voucher )