Senarai Chromebook dan Tablet Yang Boleh Anda Dapat Murah Untuk PdPR Anak Anda

Masuk je tahun baru 2021 ini, kelas-kelas anak anda samaada yang masih sekolah rendah, sekolah menengah ataupun kolej vokasional akan dijalankan secara online. Kerajaan telah menetapkan untuk melaksanakan PDPR iaitu 'Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah' bagi anak-anak anda yang masih lagi bersekolah. Ini bagi membendung wabak virus Covid19 yang ketika ini kes mencapai 4 angka setiap hari.

Kementerian Pendidikan ketika ini sedang memikirkan untuk memperluaskan rancangan TV Pendidikan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pembelajaran dan ulangkaji anak anda. Ketika ini, siaran TV Pendidikan dapat dilihat melalui TV Okey, Astro Tutor dan juga NTV7 pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh syarikat TV berkenaan

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah sudah tentu memerlukan gajet seperti laptop ataupun tablet untuk anaknya menghadiri kelas secara online di rumah. Sudah tentu ini merupakan pengalaman baru bagi ibubapa dan anak-anak mahupun guru-guru yang mengajar di mana pembelajaran dilakukan secara bersemuka hanya di papan peranti. 

Timbul kegusaran di kalangan ibu-bapa di mana yang mempunyai anak yang ramai masih bersekolah kerana memerlukan gajet untuk setiap seorang untuk anak-anak mereka menghadiri kelas online ini. Sudah tentu mereka tidak mahu anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran dan guru-guru pula juga tidak mahu anak-anak murid mereka tertinggal dalam bab-bab pelajaran yang diajar.

Bila ada gajet tidak semestinya terus boleh dapat internet. Sudah tentu ibu bapa kena melanggan pakej data untuk membolehkan gajet ini boleh digunakan untuk sebarang aktiviti secara online. Perkara ini perlu dilihat lebih teliti untuk para ibu bapa bagi memastikan kos yang paling minimum dan efektif dalam langganan pakej plan data internet samaada langganan terus ke 'line' yang dipakai gajet ataupun langganan melalui broadband/wifi. Ini sekaligus dapat mengurangkan bayaran atau belanja bulanan.

Bagi gajet, ibubapa atau penjaga tidak perlulah untuk menyediakan laptop atau tablet yang betul-betul canggih kerana ia semestinya mahal. Pada masa ini terdapat banyak tablet-tablet yang murah terdapat di pasaran. Juga terdapat 'Chromebook' refurbished yang ianya amat sesuai untuk pembelajaran online anak anda dan ianya lebih murah berbanding harga laptop baru. Walaupun ianya 'refurbished', prestasinya hampir sama dengan yang baru.

Sini disenaraikan 5 jenis chromebook 'refurbished' dan 3 jenis tab yang boleh anda dapatkan dengan harga yang murah yang boleh digunakan untuk kelas online anak anda. Kebanyakan dari Chromebook Refurbished ini harganya dalam lingkungan dari Rm300 ke RM500 manakala bagi tablet (set import) pula anda boleh dapat dengan harga dalam lingkungan Rm300 ke Rm400

Chromebook

Chromebook ini hampir sama seperti laptop cuma ianya menggunakan OS atau Operation System iaitu Chrome OS. Kalau laptop biasa yang kita guna tu menggunakan Operation System'nya iaitu Windows tapi bagi Chromebook pula menggunakan Chrome OS di mana ianya lebih simple, ringan dan cepat.

Di bawah ini disenaraikan Chromebook refurbished yang anda boleh dapatkan dengan harga yang murah di Shopee. Anda boleh lihat 'spec' chromebook berkenaan dengan klik pada butang 'dapatkan di shopee'. Bagi anda yang tak berapa yakin untuk membeli di Shopee, anda boleh ambil nama & maklumat 'spec' berkenaan dan terus ke kedai komputer berdekatan dengan anda untuk lihat dengan lebih dekat sebelum membeli.

1) Samsung Chromebook XE303C12-A01US

Harga = RM390



2) Acer C710 Chromebook
Harga = RM 398



3) Samsung Series 5 Chromebook XE500C21


Harga = RM 398



4) HP Chromebook


Harga = RM 435




5) Dell Chromebook 11


Harga = RM 499




Tablet

Untuk tablet pula, kebanyakan yang ditunjukkan dan dijual di Shopee merupakan set import dan harganya lebih murah. Terdapat aplikasi Google Meet & Zoom yang di'install' sekali di dalam tablet bagi memudahkan anak anda mengikuti kelas online.

1) Huawei Tab 10.1" Screen Size


4gb RAM & 64gb internal storage


2) Samsung Tab 10.1" Screen Size
4gb RAM & 32gb internal storage


3) Xiaomi / Redmi Tab 10.2" Screen Size


4gb RAM & 32gb internal storage


Produk-produk yang dipaparkan diatas ini umpama seperti goreng pisang panas di mana ianya sangat laku pada masa ini berikutan arahan PdPR oleh kerajaan. Kebanyakan yang ditunjukkan merupakan 'basic spec' namaun itu sudah cukup untuk anak anda ikut serta dalam kelas online mereka. Bagi yang berduit, bolehlah untuk cari spec gajet yang lebih tinggi untuk anak anda. 😁

Post a Comment

0 Comments