Siapa yang tak suka shopping kan...Lagi-lagi kalau pegi kedai saka. 😂
Jangan salah maksud pulak..kedai saka tu bukan kedai yang betul ada saka tapi kedai yang bila masuk nak cari satu barang, bila keluar terbeli 5 barang. Kedai apa lagi, kedai 2 ringgit la.
Pada masa ini terdapat banyak jenama kedai yang menjual barangan RM2 ataupun RM2.10. Antaranya seperti Kedai Eco-Shop, Ninso, Noko, Setia, Zon Jimat, Super Jimat, NT Shop, Cheap2shop dan MrSave. Eco-Shop yang merupakan pengasas dalam idea kedai RM2 ini (kini RM2.10) kini mempunyai lebih 150 kedai di seluruh Malaysia dan merancang untuk menambah lagi cawangan kedainya pada masa akan datang.
Sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia dapat di lihat yang mana hampir setiap hari kedai-kedai ini akan dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan dari berbilang kaum mahupun orang luar dalam mencari barang keperluan harian mereka. Tidak hairanlah kedai berasaskan konsep RM2 ini bercambah seperti cendawan dan ianya memberikan perkembangan positif serta keuntungan bagi industri 'retail' negara kita.
Terbaru, Mr DIY yang merupakan antara pencetus idea terawal untuk kedai barangan harian murah telah memperkenalkan konsep terbaru melalui syarikat subsidiari-nya iaitu Mr DOLLAR. Kali ini konsep yang dihasilkan ialah barangan yang dijual di Mr DOLLAR ini hanya pada harga RM2 atau RM5 sahaja.
MENARIKKAN? ya memang menarik kerana anda akan dapat samaada barang dapur, barangan tukang, 'stationery', mainan kanak-manak dan macam-macam lagi dengan dengan harga yang betul-betul murah berbanding tempat lain.
Mr DOLLAR membuka cawangan pertamanya di Taman Maluri, Cheras pada Ogos 2020 dan setelah itu ianya terus berkembang dan menambahkan cawanngannya. Sehingga tarikh post ini ditulis, Mr DOLLAR telah membuka cawangannya yang ke 30 di The Mines Shopping Mall. Dalam tempoh hanya 7 bulan, Mr DOLLAR telah membuka 30 cawangan di seluruh Malaysia dan merancang untuk membuka lebih banyak lagi cawangan pada masa akan datang.
Jika anda melangkah masuk ke kedai Mr DOLLAR ni, anda dapat melihat kekemasan dan susunan produk yang teratur. Memang rambang mata kalau dah masuk ke kedai ni. Tangan tu mesti nak capai je barang masuk dalam bakul. Yelah sebab murah kan..Lagipun pelbagai barangan terdapat disini. Memang sangat menarik. Ada barangan yang lebih murah boleh di dapati di sini berbanding kedai murah lain yang sedia ada. Berada di kedai ini seumpama anda telah mengunjungi beberapa buah kedai. Jadi jimat wang anda dan jimat masa anda.
Gambar di bawah merupakan antara barangan dengan harga murah yang anda boleh dapat di kedai Mr DOLLAR ini.
Amacam? Terpesona tak...macam lagu terpesona yang viral tu 😃. Tengok produk yang di'display' pada rak tu dengan harga yang betul-betul murah memang cukup mempersonakan anda untuk 'grab' masuk dalam bakul kan.
Kategori barang di atas tu baru tunjukkan yang berasaskan makanan je. Ni gambar kat bawah untuk kategori lain-lain pula. Pendek kata macam-macam ada.
Bagi yang anda tak pasti berapa harga bagi satu produk tu atau nak lagi kepastian betul ke harga produk yang anda ambil tu, boleh scan kat sini. ↓
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur atas kewujudan kedai-kedai dengan konsep begini. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menjimatkan perbelanjaan seharian mahupun bulanan anda.
Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik begini di mana kebanyakan dari kita 'struggle' dalam mencari pendapatan. Jangan risau kerana dengan kewujudan Mr DOLLAR ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk tersenyum.
Jadi apa lagi, jom serbu kedai Mr DOLLAR sekarang. Beli apa yang patut dan yang tak patut 😁. Tapi sebelum masuk tu jangan lupa ya untuk ikut SOP yang ditetapkan. Ingat!! Kita jaga kita ok. Bila dah masuk tu jangan lupa pintu keluar pula ya :)
0 Comments