Cara Tambah Pendapatan Melalui Program Affiliate Involve Asia

Pernah tak nampak dalam social media orang post tentang satu cerita, lepas tu di akhir ayat post itu akan diletak link contoh seperti 'https://shp.ee/xyz'. Link itu sebenarnya adalah link affiliate yang mana jika anda klik ke link tu, anda akan dibawa ke page produk atau laman web. Sekiranya anda klik link itu dan beli produk melalui link itu maka orang yang masukkan link itu tadi dalam posting mereka di social media mereka akan dapat komisyen. Mudah bukan! :)

Cara ini dinamakan affiliate dan semua orang boleh melakukannya asalkan anda mempunyai samaada akaun social media, blog atau laman web sendiri. Jika dilihat pada masa kini, semua orang ada mempunyai akaun social media mereka sendiri samaada facebook, instagram, twitter & lain-lain. Jadi anda boleh gunakan sistem affiliate yang ada ini untuk jana wang dalam akaun bank anda.

Antara platform yang anda boleh daftar untuk 'join' program affiliate ini ialah Involve Asia. Platform ini merupakan antara 'leading' dalam sistem affiliate ini. Ia menghubungkan antara 'advertiser' dan juga 'publisher'. 'Advertiser' bermaksud pihak yang ingin mengiklankan produk atau servis mereka manakala 'publisher' pula ialah pihak yang akan mengiklankan produk atau servis tadi. 

Jadi anda secara khususnya adalah publisher yang dilantik oleh Involve Asia untuk mengiklan produk atau servis dari 'Advertiser' tadi. Involve Asia adalah pihak perantara antara kedua pihak tadi. Melalui sistem affiliate yang Involve Asia ada, jadi ia akan membantu pihak advertiser untuk mengiklankan produk mereka melalui publisher yang berdaftar dengan Involve Asia.

Antara syarikat-syarikat yang menjadi 'Advsertiser' dengan Involve Asia adalah seperti Shopee, Lazada, Watson, Clickbank, Dell, Maybank, Nike, Klook, Expedia dan banyak lagi. Jadi sebagai 'Publisher' tidak sukar bagi anda untuk mengiklankan produk/servis  mereka kerana nama-nama brand ini sudah gah di alam semesta ini. :)

Sebagai publisher, setiap iklan daripada syarikat/brand berkenaan, anda akan diberikan 'tool' promosi seperi link affiliate ataupun banner/kupon untuk anda masukkan atau selitkan di posting social media anda ataupun di blog/laman web. Ia amatlah mudah cuma yang sukar sikit apabila anda nak memikirkan content apa yang anda nak tulis untuk relatekan dengan produk/servis tadi...hehe.

Cara Daftar Program Affiliate Involve Asia

Untuk nak mendaftar program affiliate ini, anda perlu ke laman web mereka pada link berikut  https://involve.asia/ dan klik pada bahagian 'login'

Seterusnya anda akan dibawa ke bahagian login. Di sini anda sebagai pengguna baru akan klik pada bahagian 'sign up here' untuk mendaftar.


Pada bahagian berikutnya pula, anda masukkan segala maklumat yang diperlukan. Juga pada bahagian 'property', masukkan maklumat platform yang anda gunakan untuk memasukkan link affiliate anda seperti akaun social media, blog, lama web dan sebagainya.

Setelah selesai jangan lupa untuk klik pada bahagian 'create account'. Anda kemudian perlu menunggu email pengesahan daripada Involve Asia sebagai ahli mereka. Setelah dapat..Tahniah! anda sudah boleh untuk mula mempromosikan link affiliate dan buat duit. :)

Cara Setup Link Affiliate

Setelah berjaya mendaftar, anda boleh login masuk melalui akaun anda. Jika anda lihat pada laman di bawah, terdapat banyak 'tab' yang boleh anda klik dan 'explore'. Bagi ruangan yang saya petakkan, di situ anda boleh untuk masukkan maklumat property anda, nak 'generate' link affilate, senarai brand-brand yang boleh anda promosikan dan juga prestasi link yang anda promote


Jika anda klik pada bahagian partner, akan keluar semua brand yang menjadi advertiser untuk involve asia ini. Anda pilih brand mana yang anda inginkan untuk promosi nanti dalam posting anda.


Terdapat banyak pilihan brand anda boleh promosikan yang anda boleh kaitkan dalam posting anda di social media ataupun di blog.

Sebagai contoh, saya mempromosikan brand Eat Cake Today pada salah satu posting saya.di dalam blog Duit Cara ini. Anda boleh lihat postingnya di sini --> Hadiah Terbaik Untuk Isteri . Pada page Involve Asia di ruangan 'Partner', terdapat brand Eat Cake Today yang meletakkan komisyen sehingga ke 3.5% atas jualan terhasil jika anda mempromosikan brand mereka melalui link affiliate anda.


Anda boleh pilih samaada untuk preview site untuk melihat laman web eatcaketoday.com ataupun anda klik pada button 'promote' untuk nak promosikan  jenama ini.


Setelah anda klik pada bahagian 'promote', maka akan keluar seperti page di atas. Di sini anda pilih 'property' yang anda akan gunakan untuk promosikan link affiliate ini. Jika anda mempunyai 'specific page' di dalam eatcaketoday.com, maka anda boleh pilih pada butang 'advance' di atas untuk masukkan page pilihan anda itu sebelum nak generatekan link.

Jika tidak, anda hanya terus klik pada butang 'generate' dan secara automatiknya, link affiliate anda akan keluar seperti rajah di bawah. Anda copy link affiliate tadi dan boleh mula promosikan link ini samaada di posting social media anda ataupun dalam blog/laman web.
Bagi link affiliate involve asia, selalunya linknya bermula dari https://invol.co/.........




 

Komisyen Dari Affiliate Involve Asia

Berdasarkan pengalaman saya semenjak menjadi rakan affiliate Involve Asia secara part time ini, bayaran yang diterima dapatlah membayar sedikit sebanyak bil-bil  rumah :)


Rajah di atas merupakan antara komisyen yang saya terima pada pertengahan tahun 2021 sehinggalah pada awal Januari 2022. Syarat minimum untuk pengeluaran adalah RM80. Jadi setiap kali bila nilai komisyen anda sudah mencapai rm80 ataupun lebih.. maka anda boleh buat pengeluaran ke akaun bank yang anda daftar.


Kesimpulannya, tidak rugi jika anda mendaftar dengan involve asia ini untuk join program affiliate mereka kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda menambah duit poket. Pastinya semua orang boleh buat kerana pada zaman ini semua orang mempunyai akaun social media. Sambil anda bersosial dalam media tu, sambil2 tu juga anda boleh promote link affiliate anda :)

Bagi anda yang nak mendaftar itu, bolehlah ke link berikut --> Daftar Affiliate Involve Asia
Atau anda boleh klik saja pada butang di bawah


INFO TAMBAHAN : Pada masa ini, Involve Asia sedang menjalankan referral program di mana setelah anda mendaftar dan mempromosikan link affiliate anda, anda boleh tambahkan lagi wang saku anda dengan mencari kenalan-kenalan anda untuk join mendaftar dengan program affiliate Involve Asia ini. Setiap kenalan yang anda daftar melalui link referal anda, maka anda akan dapat komisyen. Kalau kena caranya, anda boleh dapat komisyen sehingga rm2860 bagi 10 orang yang mendaftar melalui link anda.

Jadi jom 'grab' peluang ini, sama-sama kita tambah pendapatan melalui program ini. Jangan lupa daftar melalui link saya saya di atas ya... :)


Post a Comment

0 Comments