Senarai 21 Alat Yang Memudahkan Urusan Dapur Anda

Tips kali ni sesuai untuk akak-akak & ibu-ibu yang suka duduk dapur. Kerja-kerja di dapur akan jadi lebih mudah jika ada alat-alat yang membantu dalam proses penyediaan makanan & minuman samaada untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga. 

Di bawah ni disenaraikan gajet-gajet di dapur yang akak-akak boleh dapat & beli di Shopee. Harga pun tak terlalu mahal jika anda membeli secara online di Shopee. Ada harga  yang bawah seringgit pun ada tau..

1) Hand Pressing Cutter

Alat ni memang sesuai sangat kalau ada di dapur. Senang kalau nak hancur-hancurkan bawang atau cili untuk memasak. Hanya dengan 'press' dengan menggunakan tangan dan hasilnya memang pantas



2) Manual Chopper



Alat yang ni pun mudah untuk nak blend cuma caranya masukkan sayur ke dalam bekas dan dengan menggunakan sedikit tenaga, pusing-pusingkan tombol dan bilah di dalam bekas akan blend sayur anda menjadi lebih halus




3) Electric Handheld Mixer



Kalau ada ni memang tak perlu pakai sudu dah untuk kacau samaada minuman atau telur. Hanya tekan butang di atas pemegang dan ia akan terus kacau dan hasilnya lebih mantap daripada menggunakan sudu. Alat ini menggunakan bateri AA untuk berfungsi.




4) Magic Portable Mini Heat Sealing Machine



Portable mini seal ni memang patut ada kat semua dapur kat malaysia ini. Ianya memang tersangat mudah untuk anda 'seal'kan segala bungkusan yang anda telah buka. Jadi takdelah barang-barang macam serbuk-serbuk, jajan-jajan dan sebagainya bersepah-sepah dan semuanya jadi teratur. Harga pun taklah terlalu mahal kalau nak dibandingkan beli mesin seal yang besar tu :)



5) Shrimp & Fish Peeler



Anda atau ahli keluarga suka makan udang & ikan? Kalau suka memang kena dapatkan alat ni :). Memang diakui proses 'siang' udang dan ikan ini agak rumit sikit tapi dengan alat ni, kerja 'siang' akan jadi lebih mudah




6) Basket Holder Drain Kitchen Strainer 



Yang ni memang bagus untuk anda buang sisa-sisa makanan berlebihan dalam pinggan mangkuk sebelum proses basuh pinggan mangkuk. Buang semua sekali dalam tu, lepas tu penuh terus ikat dan buang dalam tong sampah. Mudahkan! :)




7) Drain Filter Kitchen Strainer



Okay yang ni  hampir sama seperti konsep alat di post no 6 cuma ianya untuk kuantiti sisa yang minimum. Kalau nak beli pastikan anda ukur lubang 'drain' kat sinki rumah atau ofis anda  supaya ianya muat.



8) Tray Steel Gas Stove Plat



Untuk tray steel plat ni memang bagus untuk letak atas dapur gas sebab haba yang dihasilkan akan selari dan sekata ketika proses memasak. Lagi sesuai untuk proses nak panaskan balik lauk dan juga nak 'defrost' daging atau ayam yang letak dalam peti ais tu kerana ianya lebih cepat.



9) Multifunction Slicer Vegetable



Alat ni sesuai untuk proses memotong, menghiris sayur dan proses-proses ini akan menjadi lebih cepat. Terdapat 5 jenis bentuk pisau yang anda boleh gunakan yang bersesuaian dengan masakan anda.




10) Oil Container Pot Filter Storage



Pot ni memang bagus kalau anda nak simpan lebihan minyak yang anda gunakan. Dengan penapis yang disertakan sekali, proses penyaringan serbuk-serbuk dari lebihan gorengan tadi menjadi lebih mudah. Anda boleh gunakan semula minyak ini nanti untuk memasak juadah lain kerana minyak yang ditapis dah bersih. Tapi jangan guna minyak yang sama berulang-ulang kali ya sebab tak bagus untuk kesihatan. Maksimum 3 kali kalau ikut kata pakar-pakar kesihatan.




11) Corn Plane Peeler



Kadang-kadang tu mesti nak masak masakan berasaskan jagung kan kat rumah tu. Kalau macamtu anda memang kena dapatkan alat ni. Ianya memang mudah untuk anda keluarkan biji-biji jagung daripada batangnya tu. Alat ni pun tak berapa mahal untuk anda beli shopee. Harga dalam kurang rm3! 




12) Scoop Spoon Holder



Ni satu lagi yang anda perlu beli supaya penyenduk yang anda guna untuk senduk nasi boleh sangkut kat tepi periuk anda. 'Holder' ini diperbuat daripada silikon dan boleh dilekatkan di samping periuk. Jadi takdelah lepas pakai penyenduk terbiar samaada dalam periuk atau terbiar letak atas meja. Nampak lebih kemas dan penyenduk tak hilang :)




13) Kitchen Vegetable Fruit Slicer




Alat ni memang best kalau anda nak potong buah ataupun tomato dengan ketebalan yang sama. Jadi tak takut lagi kalau pisau terkena jari dan tangan. 



14) 11 in 1 Multifunction Food Chopper



Alat ni memang best kalau ada di dapur anda. Senang samaada nak potong sayur seperti timun dalam pelbagai bentuk samaada bentuk keping, dadu atau hiris-hiris. Dengan namanya 11 dalam 1 menunjukkan alat ini mempunyai pelbagai fungsi.





15)  Spatula Holder Silicone



Sangkut sudip masakan anda di tangkai kuali masakan anda atau letakkan saja holder ini di atas meja dan anda boleh letakkan sudip anda. Nampak lebih kemas kan..


16) Food Clip Strainer Clamp



Pengapit ini seperti sudip yang mempunyai penapis yang sesuai digunakan untuk anda toskan minyak ketika mengambil bahan yang sudah digoreng dari kuali. Samaada anda masak 'french fries', nugget, cekodok dan macam-macam hidangan lain lagi, anda boleh gunakan alat ini.




17) Multifunction Mandoline Slicer



Ni satu lagi produk pelbagai fungsi untuk memudahkan kerja anda untuk memotong, menghiris, memarut dan sebagainya. Dengan hanya konsep tekan-tekan, maka bahan yang hendak dipotong dah terhasil sekaligus dapat menyelamatkan tangan anda dari terluka jika memotong secara tradisional.



18) Multifunctional Bottle & Can Opener



Produk ni antara produk paling best yang wajib anda letak di dapur anda. Nak simpan alat ini pula, hanya lekatkan di peti ais rumah. Ianya memang memudahkan proses nak membuka samaada penutup jar, botol ataupun tin. Ia mengelakkan tangan anda dari terasa sakit kerana nak memulas penutup untuk membuka secara terus. Juga elak jari rasa pedih dan sakit untuk membuka penutup tin yang mempunyai cincin tangkai. Pakai alat ni, buka penutup lebih senang dan lebih cepat.



19) Fish Scale Remover



Selalu kalau anda buang sisik ikan mesti pakai alat macam pisau atau berus tajam-tajam tu kan. Lepas tu sisik ikan berterabur ke seluruh pelusuk dapur. :) Dengan alat ini, sisik-sisik ikan akan terus masuk dalam bekas alat semasa proses menyiat dan terus sisik-sisik ini anda boleh buang ke dalam tong sampah



20) One Touch Automatic Can Jar Opener



Alat yang ni nampak canggih sikit dan ianya memang lagi mudah kalau anda nak buka secara memotong penutup tin. Hanya dengan tekan button, alat yang umpama mesin kecil ini akan memotong penutup tin. Alat ini berfungsi dengan menggunakan bateri AA.




21) Wall Hanging Paper Towel Holder


Alat ni bagus lekat di dinding dapur anda. Samaada paper towel, aluminium foil dan juga plastic wrapping semua akan tersusun rapi dan mudah diambil jika anda ingin menggunakannya. Dapur anda juga nampak lebih elegen dan kemas.




Jadi banyakkan! 

Ya..terdapat banyak & pelbagai alatan atau gajet di dapur yang boleh memudahkan urusan di dapur.  Semua ini boleh anda dapatkan dengan harga murah di Shopee. Alat-alat ini dijual samaada oleh penjual Shopee di Malaysia ataupun penjual Shopee dari negara China. Sekiranya alat ini dijual oleh penjual dari negara China, anda tak perlu risau kerana pada zaman yang serba pantas ini proses penghantaran ke alamat anda hanya mengambil masa kurang seminggu (kalau takde aral). Tak percaya? Cubalah beli :)

Kalau ada alatan / gajet dapur yang baru lagi nanti saya akan masukkan dalam post ini. 

Bagi akak-akak & ibu-ibu yang selalu berada di dapur tu, harus beli alat-alat ini untuk memudahkan urusan anda. Bagi abang-abang yang taknak ke dapur tu, apa salahnya beli kan salah satu alat/gajet ini untuk kegunaan isteri atau ibu anda. Barulah anda hero di hati mereka :)


Post a Comment

0 Comments