Cara Buat Duit Dengan Affiliate Marketing - Involve Asia

Pernah dengar tentang Involve Asia?
Nak tahu cara buat duit dengan Involve Asia?

Involve Asia merupakan salah satu daripada laman web yang menawarkan program affliate di mana anda samaada pemilik website, blog ataupun anda hanya mempunyai akaun media sosial seperti facebook, instagram, twitter ataupun 'makcik bawang' yang bergiat aktif di forum-forum  untuk mengiklankan perniagaan syarikat lain seterusnya dapat menambahkan pendapatan anda.

Involve Asia telah bermula pada tahun 2014, berpusat di Malaysia dan kini meluaskan operasinya ke Indonesia dan Thailand. Hingga kini, lebih 400 advertiser dalam & luar negara yang berdaftar dengan Involve Asia.

Objektif utama adalah dengan menggabungkan affliate marketing samaada advertiser mahupun publisher dalam membantu satu sama lain dalam meluaskan perniagaan. Terdapat banyak advitiser yang kini menggunakan khidmat Involve Asia dalam mengiklankan produk atau servis mereka.

Dengan wujudnya laman web Involve Asia ini, kita berpeluang untuk menambahkan duit poket dengan hanya mengiklankan sebarang produk/servis yang berdaftar oleh advitiser hanya dengan mempromosikan melalui website, blog, facebook, whatsapp, instagram, forum, laman promosi atau apa saja medium lain.

Cara promosi adalah seperti melalui banner campaign, deeplink, shoplink, API,widget builder & Datafeed Manager. Bagi blogger & admin website mungkin faham dengan term-term di atas dan bolehlah menggunakan semua cara promosi di atas.

Untuk anda yang tiada website ataupun blog sendiri, bolehlah menggunakan akaun media sosial anda atau whatsapp, wechat dalam mempromosikan menggunakan cara 'deeplink' atau banner & coupon (link

Bagaimana cara nak daftar dengan Involve Asia tu? Jom tengok cara-caranya..

1) Daftar sebagai publisher dengan involve Asia. Tiada yuran yang akan dikenakan :).
    Buka laman web involve asia --> www.involve.asia


Klik pada bahagian publisher dan page di bawah akan muncul


Masukkan segala maklumat yang diperlukan dan klik 'sign-up'.


Seterusnya, pergi ke email yang anda gunakan untuk daftar tadi untuk confirmation.

2) Setelah confirmed, anda boleh login ke akaun Involve Asia anda.
Untuk kali pertama login, anda akan melihat laman di bawah dan anda dapat lihat 'No Property Submitted!'. Tugas anda selepas ini klik pada butang 'add new property'. Dapat dilihat di sebelah kanan atas, akaun anda sebagai publisher masih lagi dalam 'pending approval'. Anda kena masukkan list property anda sebelum akaun anda di'approve'kan.

 

Maksud property di atas ialah samada laman web, blog, alamat facebook, instagram, twitter atau apa2 sahaja kepunyaan anda. Anda akan gunakan 'property-property' anda ini dalam memasarkan dan mempromosikan affliate advertiser yang terdapat dalam involve asia.

Setelah anda memasukkan list-list  'property' anda tadi, anda kena tunggu dalam tempoh 24 jam untuk pihak Involve Asia meng'approve'kan akaun anda di Involve Asia sebagai publisher. Setelah approve, maka anda dah boleh mula buat duit dengan Involve Asia :).  

Anda juga akan dikehendaki untuk mengemaskini butiran anda serta butiran akaun bank anda untuk pembayaran komisen oleh pihak Involve Asia nanti.

3) Setelah itu, dapatkan link affiliate advertiser untuk anda promosikan nanti.
Pada laman dashboard nanti, klik pada button 'Partner' dan seterusnya  keluar segala list direktori advertiser untuk anda pilih.


 Anda boleh lihat senarai syarikat/company yang berdaftar menjadi advertiser dengan Involve Asia serta jumlah komisyen, generate link dan juga 'learn more' untuk anda ketahui lebih lanjut mengenai syarat & info untuk anda promosikan link affliate syarikat/kompeni berkenaan. 

Sebagai contoh saya telah memilih Flower Advisor untuk saya promotekan dalam blog 'Duit Cara'.

Jumlah komisyen yang diberikan adalah 6% dan klik pada 'generate link' bagi dapatkan link untuk anda paparkan dalam blog/website/social media anda nanti.

Satu pop-up window akan terbuka nanti,  klik pada 'generate' dan automatik link akan keluar pada ruangan generate link. Untuk memendekkan lagi link ini, anda boleh tick pada 'shorten link'. 



Anda boleh copy link ini untuk anda paparkan di blog/website/social media nanti. Atau anda boleh klik pada button share Facebook, Twitter atau Whatsapp seperti yang di lihat pada rajah di atas.

Sebagai contoh anda boleh lihat pada post saya pada link berikut--> https://duitcara.blogspot.com/2019/02/7-hadiah-terbaik-untuk-isteri-sempena.html
di mana saya telah masukkan link affiliate tadi dalam post tersebut. :)

4) Lihat status komisyen anda di dashboard Involve Asia dan jumlah pengeluaran minimum adalah RM80. Jadi anda kena ada komisyen RM80 dahulu baru anda boleh 'withdraw' ke akaun bank yang anda telah daftar dengan Involve Asia.


Secara kesimpulannya anda kena rajin promote advertiser yang ada dalam involve asia ini untuk mendapatkan komisyen yang banyak. Gunakan kreativiti anda samaada dengan menulis blog, review produk, share melalui facebook, share dalam whatsapp group dan macam-macam cara lagi. 

Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama buat duit dengan Involve Asia ini.

Untuk mendaftar, sila klik pada logo Involve Asia di bawah. (logo ni pun saya ada selit 'affiliate link' tau..) ☺