Cara Buat Duit Dengan Program Affiliate Lazada

Anda pernah guna Lazada untuk shopping online?
Tahu tak yang anda boleh buat duit dengan menjadi affiliate untuk produk Lazada.
Anda tak perlu menjual pun..hanya paparkan produk Lazada dan dapat komisyen bila seseorang klik dan beli melalui link affiliate yang anda promosikan.


Nak tahu caranya..jom baca panduan untuk program affiliate Lazada di bawah.
Hampir setiap orang di Malaysia menggunakan platform ini untuk membeli-belah secara online. Tak kira samaada mencari barangan keperluan harian, barangan sukan, spare part kereta motor, hadiah gift, barang dapur kering & basah, voucher dan macam-macam lagi.

Menurut statistik yang dijalankan oleh .... lebih kurang 20juta pengunjung Lazada pada setiap bulan.  Dan yang paling menakjubkan untuk festival 11.11 baru-baru ini, lebih 10 juta pengunjung telah melawat laman web Lazada hanya untuk satu hari ni sahaja. Bayangkan berapa banyak sale yang dibuat oleh 'seller2' di dalam platform Lazada ini.


Anda pun boleh buat duit melalui lazada walaupun tiada barang untuk dijual. Caranya dengan menggunakan platform Lazada affiliate. Tak kira samaada anda seorang blogger atau mempunyai website sendiri, ada akaun facebook, instagram, twitter, whatsapp atau apa-apa platform untuk anda promosikan link affiliate lazada. Dengan medium-medium ini, anda boleh peroleh komisyen jika ada pelanggan yang klik link lazada affiliate anda dan membuat pembelian. Jumlah komisyen adalah diantara 2% hingga ke 14%. 





Saya sendiri menggunakan platform Lazada affiliate untuk buat pendapatan secara part-time. Saya menggunakan blog duitcara.blogspot.com ini dan beberapa blog lain dalam mempromosikan link affiliate Lazada. 

Caranya takdelah susah jika anda ingin join program lazada affiliate ini. Daftar melalui link berikut -- > http://adsense.lazada.com.my/


Anda kena mula daftar melalui nombor phone anda untuk pihak Lazada hantar SMS code untuk pengesahan. Selepas itu anda boleh memilih samaada mendaftar melalui email atau akaun facebook.

Selepas pengesahan, anda dah boleh mula promosikan link affiliate untuk tambah pendapatan. :)

Terdapat pelbagai cara untuk dapatkan dan promosikan link affiliate ini. Antaranya seperti membuat review produk samaada di blog atau di facebook anda. Selepas itu anda selitkan link affiliate pada post anda. Anda akan dapat komisyen sekiranya seseorang klik pada link anda dan membuat pembelian dalam tempoh 30 hari (cookies) dari hari 'pelawat' itu klik pada link anda.

Untuk dapatkan link ini, anda login ke website lazada affiliate program. Selepas itu, anda klik pada tab 'product linking' ---> 'products link'


Selepas itu pada ruangan keyword, anda boleh masukkan produk apa yang ingin promosikan.
Sebagai contoh saya ingin mempromosikan telekung yang dipakai oleh ibu saya iaitu Telekung Nafhah keluaran Innaz Collection. Saya masukkan carian Telekung Nafhah pada ruangan keyword dan senarai telekung akan keluar pada list

 

4 warna pilihan keluar pada ruangan list serta anda akan dapat lihat jumlah komisyen yang anda akan terima iaitu sehingga 14%. Saya seterusnya memilih warna 'blue' dengan klik pada gambar berkenaan dan tanda tick serta tab 'get link' akan muncul pada ruangan bawah page.


Klik pada tab 'get link' dan pop-up get link akan muncul seperti di bawah


Seterusnya anda boleh copy link yang ditunjukkan dalam item link dan gunakan link ini untuk anda promosikan di platform-platform yang anda ingin gunakan. Tak susahkan :)

Bukan produk link sahaja yang boleh anda ambil di page Lazada Affiliate Program anda, malah anda boleh dapatkan link melalui banner-banner yang di beri pada ruangan tab 'offer'.
Anda boleh lihat report setiap hari berapa pelawat yang klik pada link anda dan juga berapa komisyen yang anda akan terima nanti.

Jadi jom kita sama-sama buat duit melalui Program Lazada Affiliate.