Cara Daftar & Guna Apps Trevo : Aplikasi Untuk Sewa Kereta


Satu lagi apps yang telah dihasilkan dalam memudahkan pengguna untuk mencari kereta untuk disewa dan juga kepada pemilik kereta yang ingin menyewakan kereta mereka. Aplikasi ini telah dihasilkan oleh company yang sama menghasilkan aplikasi SOCAR pada sekitar tahun 2019 dan penggunaannya telah makin berkembang hingga kini.

Dengan konsep 'P2P car sharing', ia menghubungkan antara Pemilik kenderaan (Host) yang ingin menyewa kenderaan mereka dan juga pengguna (Guest) yang mencari kenderaan untuk disewa. Trevo berfungsi sebagai penghubung antara kedua-dua pihak ini sekaligus ia dapat menghasilkan perkhidmatan yang terbaik serta selamat antara kedua pihak.


Dengan harga tawaran sewa kenderaan yang berpatutan serta pelbagai kemudahan dan perlindungan yang ditawarkan menjadikan 'Guest' merasa lebih selamat dan yakin untuk menyewa kereta atau kenderaan atas urusan mereka. 'Guest' boleh memilih kenderaan daripada kereta 'compact' sehinggalah ke SUV melalui apps Trevo ini.


NAK PERCUMA KREDIT TREVO RM50? 
TERUS SCROLL KE AKHIR POST INI :) 

Di dalam apps Trevo ini, 'Guest' akan memasukkan kawasan di mana mereka ingin menyewa kenderaan dan 'list' kenderaan yang terdapat di kawasan berkenaan akan terpampar. 'Guest' akan pilih samaada untuk pergi ke tempat 'Host' untuk mengambil kereta ataupun kenderaan akan dihantar ke tempat 'Guest'. Bagi perkhidmatan 'delivery' ini, untuk masa kini Trevo mengenakan khidmat percuma untuk kawasan sekitar Lembah Klang.

Tak perlu risau jika tiba-tiba berlaku kerosakan pada kenderaan, tayar pancit, bateri habis ataupun kes-kes lain kerana Trevo akan cover melalui 24/7 Roadside Assistance. 'Guest' juga dinasihatkan agar tidak menggunakan khidmat towing atau repair dengan kedai luar kerana Trevo mempunyai teamnya sendiri untuk kes-kes sebegini.


Bagi pihak 'Host' pula, sudah tentu memerlukan khidmat yang terbaik dan selamat dalam memberikan kenderaan mereka untuk disewakan kepada pengguna atau 'Guest'. Dengan adanya perlindungan yang ditawarkan iaitu 'Trevo Shield', ianya memberikan perlindungan sehingga Rm2 juta samaada atas sebab kemalangan yang menyebakan kerosakan pada kereta, kecederaan, kebakaran dan juga kecurian. Menarikkan!!


Untuk 'Host' juga, anda tak perlu risau kerana semua 'Guest' yang menggunakan khidmat apps Trevo ini untuk menyewa kereta perlulah di'verified' sebelum akaun mereka diluluskan. Ini bermakna pihak Trevo mempunyai ID dan juga lesen kenderaan mereka yang masih hidup.


Host juga boleh menetapkan sendiri bila mereka rasa untuk hendak menyewakan kereta mereka semasa di'list'kan nanti. Contohnya jika 'Host' hanya menggunakan kenderaan pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat tetapi tidak menggunakan pada hujung minggu, maka 'Host' boleh sewakan kenderaan ini untuk 2 hari berkenaan. Dapatlah sikit income untuk 2 hari tu. ☺



Cara Daftar Dengan Trevo


Untuk peringkat pertama, anda perlu download apps Trevo ini samaada melalui Google Play (android) ataupun melalui Apple Store (IOS). 


Khas untuk pengguna baru apps Trevo, voucher kredit bernilai RM 50 jika anda download melalui link berikut --> Download Apps Trevo


Ataupun boleh download melalui logo Trevo di bawah




Voucher kredit ini nanti boleh anda guna untuk sewa kenderaan pertama anda dengan Trevo. Banyak tu tau RM50 :) 


Selepas download, anda akan buka apps Trevo dan boleh mendaftar samaada menggunakan email atau akaun facebook.






Selepas itu, Trevo akan menghantar confirmation link ke email kepada anda berdasarkan 'email address' yang anda daftar tadi untuk anda 'verified' kan akaun anda. Selepas anda klik link yang diberi maka anda secara rasminya dah ada akaun dengan Trevo. 😁

Tapi...akaun anda memang dah daftar tapi tak boleh nak sewa kenderaan lagi. Anda kena hantar gambar IC anda dan juga Lesen Kenderaan untuk pihak Trevo sahkan segala maklumat yang anda beri. Ini bagi memastikan keselamatan antara semua pihak.

Selalunya lepas anda hantar gambar IC dan Lesen, pihak Trevo akan ambil masa beberapa jam sebelum disahkan. Kalau semuanya OK maka dah bolehlah anda sebagai 'Guest' nak gunakan khidmat sewa kenderaan Trevo.


Apa yang menariknya mengenai Trevo ini, harga sewa kenderaannya lebih murah berbanding dengan harga sewa di pasaran. Sehingga kini terdapat lebih 21 jenama kenderaan yang boleh anda sewa seperti Perodua, Proton, Mazda, Toyota, Honda, BMW, Mercedez, Audi, Bently dan lain-lain lagi. Anda boleh pilih samada sedan, SUV, MPV, 'pickup', 'wagon','coupes' sehinggalah ke kenderaan mewah. 

Harga yang anda boleh dapat dari Apps Trevo ini ialah dari RM35 sehari untuk Perodua Bezza sehinggalah ke harga RM6000 sehari untuk Roll Royce Ghost. Anda yang rasa nak cuba-cuba bawa kereta mewah dengan harga sewa yang murah bolehlah untuk guna aplikasi Trevo ini untuk pandu kereta idaman anda.


Cara Nak Booking Kereta Untuk Disewa (Untuk Guest)

Langkah 1: Klik Explore 


Anda klik pada button 'explore' dan masukkan kawasan mana yang anda hendak ambil kereta nanti. Akan keluar segala list 




Contohnya saya letakkan area Putrajaya dan keluar list-list kereta beserta harga sewa untuk sehari semalam. 


Langkah 2 : Pilih Kenderaan

Daripada hasil carian, saya telah memilih Proton Persona Elegance dengan harga sewanya hanya rm23 saja sehari. Saya klik pada gambar kereta berkenaan untuk mengetahui butiran lanjut seperti di rajah bawah. 


Selepas itu akan keluar info berkenaan kereta yang ingin disewa. Kita akan dapat lihat rate star yang diberikan oleh 'guest' sebelum ini yang menggunakan kereta ini. Kalau tanda 5 star tu dah tentu maksudnya 'Guest' sebelum ini memang berpuas hati dengan kereta ini.

Akan terpampang juga gambar profile serta nama 'Host dan juga jumlah harga sewa untuk sehari.

Langkah 3: Pilih Hari

Berdasarkan gambar di atas, klik pada 'Booking period' dan seterusnya 'Select Dates'.


Pilih tarikh mana serta pukul berapa anda hendak mula menyewa kereta berkenaan. Setelah itu anda klik pada 'Check Availability' untuk mengetahu samaada kereta berkenaan tersedia dan tiada orang yang menyewa pada tarikh & masa berkenaan.


Jika tarikh berkenaan ok untuk anda menyewanya, maka anda boleh klik pada 'Book Now'.

Langkah 4 : Pilih samaada untuk anda pick-up atau kereta dihantar ke tempat anda.


Jika anda ingin kereta berkenaan untuk di hantar ke tempat anda, sila klik pada bahagian 'Yes' dan masukkan alamat di mana anda hendak kereta itu dihantar. Pada masa kini, Trevo menyediakan khidmat 'delivery' ini secara percuma untuk kawasan Lembah Klang. Trevo Team ini akan mengambil kereta daripada 'Host' dan akan terus hantar kepada 'Guest'. 

Langkah 5: Pilih Cara Pembayaran & Proceed


Anda perlu masukkan cara pembayaran  sebelum "Proceed' untuk bayar harga total kereta berkenaan. Untuk kes saya ini, saya akan menyewa selama 2 hari dan Trevo secara automatik akan masukkan kod promo di mana saya mendapat potongan harga sebanyak 50% untuk penggunaan kali pertama.

Jadi jumlah semua untuk kereta berkenaan untuk disewa selama 2 hari hanyalah pada harga RM45 sahaja. MURAHKAN!! 😁. 

Tu belum lagi saya gunakan RM50 kredit Trevo yang saya dapat masa mendaftar dengan Trevo. 
Nak tahu macammana saya dapat RM50 kredit Trevo ni, nanti saya bagitahu di akhir post ini. 😃

Kredit RM 50 ni nanti saya nak guna untuk sewa untuk kali kedua dengan Trevo nanti.

Ok, setelah anda 'Proceed' dan telah buat pembayaran, maka booking anda pun telah 'confirmed' untuk tarikh & masa yang anda mahukan. 


Cara Nak Listkan Kereta Anda Untuk Disewa ( Untuk Host)

Selepas anda download apps Trevo, anda terus klik pada bahagian 'Host'



Selepas itu, untuk 'Host' yang mendaftar pertama kali akan dapat page seperti di bawah dan klik pada bahagian 'Share My Car'


Kemudian Trevo akan paparkan 3 steps/langkah yang anda perlu buat untuk daftarkan kenderaan anda dengan Trevo. Anda ikut steps/langkah berkenaan dan lengkapkan segala maklumat yang diinginkan seperti jenis kereta, tahun buatan kereta, model, jenis transmission dan lain-lain lagi.


 Anda juga perlu untuk meng'upload' cukai jalan kereta terkini dan juga geran kereta. Selepas itu anda boleh masukkan dan setkan masa yang anda hendak untuk sewa kan kenderaan anda, harga yang dicadangkan untuk sewa sehari dan lain-lain lagi. 


 


Langkah terakhir anda hanya perlu upload gambar kenderaan anda. Selepas itu selesailah proses pendaftaran kereta anda dan anda hanya tunggu untuk pihak Trevo luluskan kenderaan anda. 
MUDAHKAN..😃

Di dalam apps Trevo ini, terdapat ramai Host yang menggunakan platform ini untuk mendapatkan income samaada secara part atau full time. Ada yang kerana ada lebihan kereta di rumah yang tak digunakan di rumah, jadi mereka gunakan Trevo ini untuk sewakan kereta tersebut. Ada yang hanya gunakan kenderaan pada hari bekerja sahaja dan tidak gunakan pada hari minggu, jadi mereka sewakan kereta mereka pada 2 hari ini untuk dapatkan income. Bolehlah untuk tapuk bayar duit loan bulanan kereta dengan bank 😉

Contoh seperti Host-Host di bawah 

Sumber: Trevo Website

Jadi apa tunggu lagi...

 Terpulang kepada anda samaada untuk jadi 'Guest' ataupun 'Host' ataupun kedua-duanya sekali dalam apps Trevo ini. Gunakan manfaat sebaik mungkin apa yang ditawarkan dalam apps ini samaada untuk mencari sewa kenderaan yang lebih murah daripada kedai sewa kereta di luar ataupun untuk mencari income daripada apps ini dengan cara sewakan kenderaan anda.

Ok. Untuk yang daftar apps Trevo ni, istimewa RM50 PERCUMA Trevo kredit yang anda boleh gunakan nanti untuk sewa kenderaan dengan Trevo. Anda hanya perlu download melalui link ini --> Download Trevo

Ataupun download dengan klik melalui logo Trevo di bawah