Cara Nak Dropshipping Melalui Shopee & Lazada

Anda ada rasa nak menjual samaada secara part time ataupun full time di shopee tapi tak tahu barang apa nak jual. Lagi satu tak tahu kalau ada barang nanti nak letak stok simpan kat mana barang-barang yang belum di'order' oleh pelanggan lagi tu. Jangan risau kerana salah satu cara nak buka store di shopee tanpa simpan stok barang adalah dengan secara dropshipping. 

Tapi apa tu 'dropshipping'?

Dropshipping adalah salah satu kaedah di mana anda sebagai penjual hanya perlu mencari pembeli bagi produk yang anda paparkan samaada di 'marketplace', laman web ataupun di laman sosial anda. Anda sebagai penjual yang menggunakan kaedah dropshipping ini hanya perlu untuk mencari pembeli bagi barang yang anda jual. Barang yang anda jual tu pula bukanlah ada pada anda sebenarnya tapi ada pada supplier dropshipping ini. 

Setelah anda mendapat order daripada pembeli, langkah seterusnya yang anda perlu buat hanya membuat order semula ke supplier dropshipping anda di mana supplier ini akan menyiapkan order tersebut untuk dihantarkan kepada pembeli anda tadi. Haa..pening tak baca :)

Untuk kiraan untung per produk, katakan sekiranya anda mendapat harga dari supplier sebagai contoh sehelai tshirt dengan harga RM10. Anda kemudian memasukkan item ini dalam 'shopee/lazada store' anda dan kemudian meletakkan harga pada harga RM20, maka anda mendapat untung sebnyak RM10 di sini. Ini kiraan kasar je tau sebab tak termasuk kalau ada caj-caj shopee/lazada fee :). Tapi pastikan anda 'set' kan harga yang betul dan pastikan ada profit untung dalam setiap item barang jualan anda untuk dropship tu.

Terdapat banyak supplier dropship yang terdapat di Malaysia. Untuk memasukkan produk yang untuk dijual ini ke dalam store shopee/lazada anda, terdapat kaedah samaada menggunakan kaedah secara manual ataupun secara sync automatik. 

Apa yang dimaksudkan secara manual ini ialah anda mengambil gambar produk daripada laman web supplier dengan memuatturun ke komputer/handphone anda.  Kemudian anda pergi ke shopee store anda, masukkan gambar produk serta 'copy' penerangan produk daripada laman web supplier untuk dimasukkan dalam senarai barangan jualan anda.

Untuk kaedah automatik pula, terdapat supplier-supplier dropshipping ini yang mempunyai sistem 'sync' produk di mana anda hanya perlu ke laman web supplier ini dan cari produk yang anda ingin jual. Setelah itu dengan hanya beberapa klik sahaja tanpa perlu 'copy paste', barangan ini automatik berada di shopee store anda. Mudahkan!

Anda boleh menggunakan kedua-dua kaedah ini untuk shopee store anda. Anda juga boleh ada banyak supplier-suplier di dalam shopee/lazada store anda untuk mempelbagaikan serta memperbanyakkan lagi produk. Tapi pastikan anda tahu jika ada pelanggan yang order dari shopee store anda, anda tahu produk itu daripada supplier yang mana untuk anda buat order :)

Berikut di bawah saya senaraikan antara pembekal atau supplier dropshipping yang terdapat di Malaysia ini. Anda boleh ke laman web mereka untuk melihat produk-produk serta pakej-pakej yang ditawarkan. Terdapat pembekal yang mengenakan caj bulanan atau tahunan tapi terdapat juga pembekal yang menawarkan tanpa caj (percuma). Jika berminat anda boleh terus berdaftar di laman web mereka ataupun berhubung terus dengan mereka samada melalui emel, whatsapp ataupun laman facebook mereka.

1) Savevalue2u


Antara laman web dropshipper yang banyak digunakan oleh penjual-penjual dropshipping di Malaysia. Apa yang menariknya mengenai savevalue2u ini, mereka menjanjikan produk yang ditempah akan diproses untuk dihantar pada pembeli dalam sama 24 jam. 

Yurannya pula adalah percuma dan terdapat beribu-ribu produk yang boleh anda pilih untuk dijual di shopee store anda. Melalui laman web savevalue ini, anda hanya perlu sync shopee store anda dengan laman web savevalue. Kemudian setelah berjaya, anda hanya pilih produk di savevalue dan dengan beberapa klik, produk akan berada di shopee store anda :). Pastikan harga anda di shopee/lazada store anda lebih tinggi daripada harga belian anda di savevalue ini, kalau tak nanti anda yang menanggung rugi :)

Setelah anda mendaftar, anda akan lihat info macammana nak daftar atau 'sync' shopee store anda dengan laman web savevalue ini. Anda tidak perlu risau kerana anda boleh ke youtube untuk lihat tutorial cara memasukkan produk savevalue ke shopee atau lazada store anda. Terdapat beberapa youtuber yang ada menunjukkan tutorial info berkenaan.




Jika anda inginkan atau mencari pelbagai produk yang anda boleh jual di stor anda, Kumoten merupakan salah satu platform yang anda kena gunakan. Terdapat berpuluh-puluh ribu jenis produk yang terdapat di platform ini yang boleh anda pilih untuk dijual.

Oleh sebab yang demikian, Kumoten telah mendapat anugerah 'Malaysia Book Of Record' bagi tahun 2022 ini sebagai salah satu platform dropship terbesar di Malaysia. 

Untuk mendaftar sebagai ahli dropship dengan platform kumoten ini, terdapat pakej bayaran yang akan dikenakan bergantung plan yang anda 'subscribe'. Seperti biasa, anda boleh lihat youtube tutorial yang cara memasukkan produk dari kumoten ke shopee/lazada store anda yang dipaparkan dalam laman web kumoten ini.




Dropezada yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah ini juga menawarkan khidmat dropship ke Shopee & Lazada. Sama seperti dua syarikat di atas, platform dropezada juga mempunyai fungsi automasi untuk memudahkan lagi untuk peniaga dropshipping untuk mengupload produk dalam e-commerce store mereka.

Jika anda lihat di platform laman web dropezada ini, terdapat 10 kategori dengan pelbagai pilihan produk yang anda boleh jual. Dropezada juga menjanjikan penghantaran ke kurier akan dibuat dalam masa 24 jam dari masa order. Tiada yuran dikenakan untuk anda mendaftar sebagai dropshipping.

 


Bagi anda yang ingin menjual barangan stationery serta barangan perkakas rumah yang menarik, anda boleh lihat di platform dropshipmalaysia ini. Sehingga kini, mereka telah berpengalaman selama 9 tahun dalam menjalankan perniagaan secara dropship ini. Pendaftaran juga adalah percuma.

Juga mempunyai fungsi automasi dimana anda boleh sync kan shopee atau lazada store anda dengan platform mereka. Dropshipmalaysia menjanjikan barangan yang sentiasa ada juga penghantaran dalam tempoh 48 jam.

5) Cico


Platform Cico juga terdapat beratus produk untuk dropshipping. Gudang Cico terletak di Mantin, Negeri Sembilan dan anda boleh mendapatkan produk dengan harga 'wholesale'. Platform Cico juga amat mempunyai fungsi autosync sama seperti platform-platform di atas.

Untuk sertai dropshipping Cico, yuran sebanyak RM20 akan dikenakan. Untuk tutorial droship, anda boleh ke laman web mereka dan ada diterangkan dalam video youtube mereka. 



Bagi anda yang ingin droshipping barangan sport & outdoor, anda boleh ke laman web pttoutdoor. Terdapat pelbagai barangan sport & outdoor yang boleh anda upload ke dalam ecommerce store anda. Cumanya anda kena masukkan secara manual produk ke store anda. 

Anda hanya pilih produk yang mana ingin dijual, download gambar produk serta copy penerangan produk dan masukkan ke shopee/lazada store anda. Anda perlu hubungi mereka samaada melalui whatsapp atau fb untuk mendaftar sebagai dropshipper. Pada ketika ini, pttoutdoor mengenakan bayaran sebanyak RM30 untuk mendaftar sebagai dropshipper. 


Senarai di atas merupakan antara sebahagian company dan platform bagi anda yang nak mulakan perniagaan secara dropship samaada di platform ecommerce anda ataupun dengan menjual di social media anda. Terdapat banyak lagi syarikat yang menawarkan perniagaan secara dropshipping ini.

Tak kisahlah samaada anda melakukan secara part time ataupun full time, berniaga dropshipping ini ada cabarannya yang tersendiri. Cabaran ini yang akan mematangkan anda untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya satu hari nanti. 


Bagi anda yang nak buat dropshipping tapi masih lagi tak tahu & samar-samar macammana nak setup, jangan risau kerana saya ada tawarkan servis untuk setup. Saya tawarkan khidmat ini melalui gig di Fiver seperti di atas. Untuk orang luar negara, saya mengenakan bayaran seperti anda lihat di gig berkenaan :). Bagi orang Malaysia, saya bagi tawaran separuh harga..tapi anda kena mesej saya melalui gig di atas. Nanti kalau 'deal', saya akan 'create' separuh harga khas untuk anda. Jom sama-sama dropshipping! :)

Post a Comment

0 Comments