Apps Untuk Layan Cerita Korea, Jepun, Bollywood & Lain-Lain Yang Best



Semua orang suka layan movie ataupun drama ber'episod'. Tak kisahlah samaada ianya cerita korea, jepun, bollywood, malaysia ataupun indonesia, asalkan jalan ceritanya best dan menarik. Tak kurang juga sebab ada yang hendak melihat pelakon lelaki dan wanita yang diminatinya berlakon. Kalau ikut trend semasa sekarang, ramai suka tengok dan layan cerita korea best. Antara sebab utamanya ialah kerana jalan cerita yang menarik dan beremosi jika anda melayannya.

Selalunya medium mana yang anda gunakan untuk tengok dan layan cerita ini?

Samaada download di internet ataupun layan streaming terus dari internet. Pada zaman sekarang ni dah takde hal untuk layan streaming movie atau drama secara online disebabkan 'supply' internet yang cukup laju. Anda hanya perlu 'subscribe' apps atau website tertentu untuk mendapatkan kualiti audio dan visual yang terbaik untuk movie/drama yang anda akan tonton nanti. 

Antara yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia hari ni mahupun seantero Asia Tenggara untuk layan streaming mahupun untuk download cerita kegemaran mereka ialah VIU.




Pernah dengarkan tentang VIU? 
Kalau tak pernah dengar takpe..saya ceritakan serba sedikit mengenai VIU ini.

VIU bermula di Hong Kong pada bulan Oktober 2015 dan selepas itu terus melebarkan sayapnya ke Asia Tenggara, 'Middle East' dan ke Afrika Selatan. Viu mula masuk ke pasaran Malaysia pada bulan Mac 2016. Sehingga pada saat 'posting' ini ditulis, VIU kini mempunyai lebih daripada 40juta ahli aktif di seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatannya.

BANYAKKAN? Sudah tentu banyak sebab 'servis' yang ditawarkan amat berpatutan dan pengguna pastinya berpuas hati. 

Pada ketika ini, VIU memaparkan filem & drama dari negara Korea, Jepun, India, Asia Tenggara. Bagi penggemar cerita dokumentari juga, anda boleh lihat dan layan melalui VIU.

Anda boleh melayari VIU samaada melalui komputer desktop anda ataupun dengan apps VIU melalui smartphone atau tablet anda. 

Dalam masa anda boring duduk di rumah ataupun sedang travel pergi kerja ataupun bercuti, anda boleh buka apps VIU dan layan streaming movie dan drama terkini. Sekurang-kurangnya dapat isi masa dan 'killing time' daripada duduk melangok. ☺


Yang bagusnya mengenai VIU ini, ada pilihan 'subtitle' untuk anda pilih mengikut keselesaan anda. Ada pilihan bahasa melayu, bahasa inggeris dan juga juga mandarin. Jadi takdela nanti anda tak paham apa yang 'Lee Min Ho' katakan 😃. 


Jika anda tiba-tiba berhenti layan cerita setelah layan sekerat, anda tak perlu risau kerana VIU akan secara automatik nanti akan 'detect' semula masa & episod mana yang anda berhenti tadi. Jadi tak perlulah anda tercari-cari kat babak atau episod mana yang anda berhenti layan tadi

Untuk anda mula layan VIU ini, anda perlu download apps VIU dan daftar akaun. Anda boleh daftar secara percuma dan terus layan cerita. Tetapi kalau percuma paham-pahamlah kan, anda kena layan iklan. Macam tengok cerita kat tv...tengah syok-syok layan filem/drama tetiba iklan, kira macamtu la. ☺


Tapi kalau anda taknak iklan mengganggu anda ketika layan movie/drama, anda boleh langgan pakej premium VIU. Pada masa ini, pakej ini hanya kenakan caj sebanyak RM10 untuk sebulan. MURAHKAN...


Antara beza-beza lain untuk pakej free dan berbayar boleh dilihat pada rajah di bawah



Sumber imej dari viu.com
Untuk pakej free, anda hanya boleh download 1 cerita sahaja berbanding dengan pakej berbayar yang mana anda boleh download banyak-banyak. Selain itu untuk pakej berbayar, anda akan dapat gambar lebih 'sharp' iaitu full hd berbanding pakej percuma yang masih memaparkan imej SD.

Yang lagi best, untuk pelanggan VIU berbayar, anda akan dapat streaming drama yang paling latest iaitu lepas 8 jam ia ditayangkan di negara berkenaan. Kalau yang percuma tu lepas 3 hari baru anda dapat lihat. Jadi pada ahli yang berbayar tu bolehlah cerita kat kawan-kawan dulu drama episod yang tengah trending tu berbanding kawan-kawan yang mana ambil pakej free tu yang mana hanya boleh tengok 3 hari lepas tu:)

Kesimpulannya memang tak rugi jika anda langgan pakej berbayar VIU yang mana hanya mengenakan caj rm10 sahaja sebulan. Anda akan dapat kepuasan yang maksima ketika melayan drama/movie yang terkini dan 'trending' di alam maya. Iklan pula hanya ditayangkan sebelum drama/movie bermula dan tiada gangguan iklan lagi selepas itu untuk pakej berbayar ini.

Jadi apa tunggu lagi, anda terutamanya penggemar cerita korea, hindi dan jepun, jom langgan sekarang VIU dengan download VIU apps di google play melalui link berikut --> Download VIU

ataupun download dengan klik logo viu di bawah