Cuti sekolah atau cuti umum nak dekat ni. Ni la masa terbaik untuk anda keluar bercuti bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Sebelum tu kena rancang nak bercuti kat mana sebab nak booking hotel atau tempat penginapan nanti.
Tahu tak anda bahawa terdapat laman web tempatan yang boleh bantu anda bandingkan harga hotel malahan boleh bandingkan harga pengangkutan ke destinasi percutian anda. Laman web tu anda dapat lihat pada 'point' terakhir posting ini
Cerita mengenai kewangan atau bajet ini, tahu tak yang anda sebenarnya ada cara untuk dapatkan tempat penginapan dan hotel dengan harga yang murah seterusnya dapat kurangkan kos pelancongan dan pengembaraan anda. Dengan zaman yang canggih dan berteknologi ini, kebanyakan urusan dapat diselesaikan di hujung jari termasuklah dalam urusan travel ini. 😁
Sini dipaparkan laman-laman web untuk anda tempah hotel atau tempat penginapan yang akan membantu untuk menjimatkan poket anda. Anda boleh bandingkan setiap website ini dengan memasukkan destinasi atau hotel yang anda ingin kunjungi nanti dan lihat perbezaan harganya.
Terdapat 3 jenis laman web dalam pencarian hotel ini iaitu melalui 'Direct Hotel Website, 'Online Travel Agency' (OTA) Website dan juga 'Metasearch Engine Website'.
Untuk 'Direct Hotel Website', ianya merupakan website kepunyaan hotel itu sendiri dimana pelawat boleh terus 'book' bilik/apartment yang disediakan oleh hotel berkenaan.
Untuk 'Online Travel Agency' (OTA) website, ianya adalah website dari travel agency yang akan terus memaparkan harga hotel yang mereka tawarkan hasil dari perbincangan antara OTA ini dengan hotel-hotel berkenaan.
Contoh-contoh OTA website ini adalah seperti di bawah.
1) Agoda
Antara laman web paling banyak digunakan di Malaysia dalam pencarian penginapan. Diasaskan pada 2005 dan berasal dari Thailand. Kini beribu pejabat di Singapura. Agoda ketika ini menawarkan sehingga 2.5 juta tempat penginapan di mana anda boleh buat tempahan.
Ciri-ciri Utama:
- Harga Kompetitif: Agoda terkenal dengan harga yang sering lebih rendah berbanding platform lain, dan menawarkan Jaminan Harga Terbaik.
- Pembatalan Percuma: Banyak penginapan menawarkan pembatalan percuma, membolehkan fleksibiliti dalam membuat tempahan.
- Promosi dan Diskaun Eksklusif: Agoda kerap menawarkan diskaun istimewa dan promosi eksklusif, terutama melalui aplikasi mudah alih.
- Ulasan Pengguna: Agoda menyediakan ulasan tetamu yang sahih untuk membantu pengguna membuat keputusan yang tepat.
- AgodaVIP Program: Program ganjaran untuk pengguna setia, dengan diskaun tambahan dan faedah eksklusif di hotel terpilih.
Contohnya seperti di bawah, anda boleh masukkan destinasi percutian anda dan nanti akan dipaparkan senarai tempat penginapan yang terdapat berdasarkan kriteria yang anda pilih.
2) Booking.com
Laman web ini juga merupakan OTA yang terkenal di seluruh dunia. Diasaskan di Belanda pada tahun 1996 dan kini beribu pejabat di Amerika Syarikat. Mempunyai listing sehingga 28 juta, laman webnya terdapat dalam 43 bahasa dan beroperasi di lebih 220 negara.
Selain hotel, anda boleh menggunakan booking.com untuk menempah vila, resort, rumah percutian, B&B, dan apartment.
Ciri-ciri Utama:
- Ulasan tetamu yang sahih.
- Polisi pembatalan fleksibel untuk banyak penginapan.
- Tiada bayaran tempahan dalam kebanyakan kes.
- Program ganjaran, seperti Genius, yang memberikan diskaun kepada pengguna setia.
3) Trip.com
Juga salah satu OTA yang terbesar di alam maya. Mempunyai sehingga 400 juta pengguna dan mempunyai senarai hotel sehingga 1.2 juta di 200 negara.
Ditubuhkan pada tahun 1999 di Shanghai, China, dan kini merupakan sebahagian daripada Trip.com Group (sebelumnya dikenali sebagai Ctrip), salah satu syarikat pelancongan dalam talian terbesar di dunia.
Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan ialah tempahan penerbangan, tempahan penginapan, tempahan sewa kereta dan juga tiket aktiviti serta tarikan pelancongan.
Ciri-ciri Tambahan:
- Program ganjaran untuk pengguna yang kerap.
- Sokongan pelanggan 24/7.
- Pilihan tempahan fleksibel dengan pembatalan percuma untuk kebanyakan perkhidmatan.
- Tawaran eksklusif dan diskaun pada tempahan penerbangan dan hotel.
Anda boleh cuba lihat samaada bakal hotel percutian anda nanti dapat dengan harga berpatutan atau tidak dengan klik pada logo di bawah.
4) Hotels.com
Dilancarkan pada tahun 1991 iaitu 29 tahun yang lalu di Dallas, Texas. Kini ia merupakan sebahagian daripada Expedia Group, salah satu syarikat pelancongan dalam talian terbesar di dunia.
Hotels.com menawarkan lebih daripada 325,000 pilihan penginapan di lebih daripada 200 negara. Selain hotel, pengguna juga boleh menempah vila, apartmen, rumah percutian, resort, dan banyak lagi.
Ciri-ciri Utama:
- Program Ganjaran Hotels.com Rewards: Setiap kali pengguna menempah melalui platform ini, mereka boleh mengumpul satu malam percuma selepas 10 malam tempahan.
- Pembatalan Percuma: Banyak penginapan menawarkan pembatalan percuma jika pelan berubah.
- Tawaran Eksklusif: Diskaun istimewa melalui aplikasi mudah alih dan tawaran harian yang memberikan penjimatan tambahan.
Menawarkan harga penginapan yang menarik di lokasi-lokasi seluruh dunia.
Klik banner di bawah untuk terus ke laman web hotels.com dan cari hotel pilihan anda serta bandingkan dengan OTA yang lain.
Laman web ini telah dilancarkan pada tahun 2012 dan berasal dari negara seberang iaitu Indonesia. Dihasilkan oleh 3 sahabat yang pakar dalam bahagian IT setelah pulang dari negara USA.
Traveloka beroperasi di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, dan Vietnam. Ia juga menyokong pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu.
Ciri-ciri Utama:
- Pembatalan Percuma: Banyak penginapan menawarkan polisi pembatalan percuma.
- Pelbagai Kaedah Pembayaran: Menyokong pembayaran dalam talian yang fleksibel dengan pelbagai kaedah pembayaran tempatan.
- Diskaun dan Tawaran Eksklusif: Promosi istimewa dan potongan harga melalui aplikasi mudah alih atau langganan e-mel.
- Traveloka PayLater: Perkhidmatan yang membenarkan pengguna menempah sekarang dan membayar kemudian melalui pelan ansuran.
Sehingga ini Traveloka telah berkembang pesat dan anda boleh gunakan laman webnya untuk menempah hotel dan tempat penginapan. Harga tempahan melalui Traveloka adakalanya sangat rendah ketika promosi. Jadi jangan lupa untuk ke laman web traveloka untuk check hotel atau tempat penginapan anda nanti bagi dapatkan harga yang menarik sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan percutian anda.
6) OYO
Seorang pemuda bernama Ritesh Agarwal berasal dari India telah menghasilkan aplikasi OYO pada tahun 2013. Dengan konsep ianya bekerjasama dengan rangkaian hotel-hotel murah dengan penjenamaan semula kepada nama OYO seterusnya memudahkan pelanggan menempah hotel samaada melalui apps OYO atau melalui website.
OYO beroperasi di lebih 80 negara, termasuk India, Malaysia, Indonesia, UK, Amerika Syarikat, dan banyak lagi.
Kalau di Malaysia sekarang, kita akan ternampak banyak hotel-hotel kecil samaada di kawasan bandar, pinggir ataupun luar bandar yang menggunakan nama OYO hotel.
Anda memang akan mendapat harga yang amat murah jika menempah melalui OYO. Jangan lupa untuk masukkan kod promosi yang diberikan untuk mendapatkan harga yang lagi menarik.
Ciri-ciri Utama:
- Harga Berpatutan: Penginapan bajet dengan harga yang sangat kompetitif.
- Standard Kualiti: Semua hotel OYO mengikuti standard tertentu seperti kebersihan, WiFi percuma, penghawa dingin, dan televisyen.
- Tempahan Mudah: Proses tempahan yang cepat dan mudah melalui laman web dan aplikasi.
- Diskaun dan Tawaran Istimewa: OYO kerap menawarkan diskaun eksklusif dan promosi istimewa.
Jom lihat semurah mana OYO hotel tawarkan harga menginap untuk semalam dengan klik pada logo OYO di bawah.
Bagi 'Metasearch Engine Website' pula, ianya merupakan laman web yang beroperasi seperti Google dimana ianya akan 'crawl' kebanyakan laman web OTA untuk membandingkan harga hotel dan seterusnya memaparkan harga hotel terendah.
Contoh-contoh 'Metasearch Engine Website' ini adalah seperti di bawah.
1) HotelCombined
Antara laman web 'metasearch engine' yang terawal muncul di internet. Beribu pejabat di Sydney, Australia dan secara puratanya mencatatkan seramai 17 juta pengunjung laman web ni dalam sebulan.
1) HotelCombined
Antara laman web 'metasearch engine' yang terawal muncul di internet. Beribu pejabat di Sydney, Australia dan secara puratanya mencatatkan seramai 17 juta pengunjung laman web ni dalam sebulan.
Anda boleh cuba dengan memasukkan destinasi percutian di bawah ini dan lihat bagaimana laman web hotelcombined ini membantu anda 😊
2) Trivago
"Hotel yang sama. bilik yang sama tapi dua harga yang berbeza" - antara iklan yang kerap dimainkan di kaca tv di Malaysia .
Diasaskan pada tahun 2005 di Jerman dan selepas itu berkembang pesat ke seantero dunia.
Anda boleh gunakan website Trivago ini untuk perbandingan hotel di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Klik di hujung ayat ini unutk terus ke website Trivago --> Trivago
3) Expedia
Expedia telah diasaskan pada tahun 1996 dan merupakan salah satu 'division' di dalam company Microsoft. Mengikut pengasasnya, Rich Barton, nama expedia tercipta hasil dari gabungan 'Exploration' dan 'Speed'.
Pada masa ini, Expedia beribu pejabat di Seattle, Washington..
Jom cuba pula ke website Expedia dengan klik logo Expedia di bawah dan masukkan destinasi percutian anda. Lihat harga yang terpampang dan bandingkan dengan website OTA yang lain.
4) Tripadvisor
Kalau anda lihat logonya (mata burung hantu), mesti anda akan perasan stikernya di pintu-pintu hotel atau juga di Reception desk. Diasaskan pada tahun 2000 dan asalnya website ini hanya untuk memaparkan review oleh pelawat laman webnya mengenai majalah atau suratkhabar.
Setelah itu ia bertukar kepada review hotel-hotel oleh pelawat dan akhirnya ianya menjadi sangat popular di seluruh dunia di mana pengunjung-pengunjung hotel boleh memberi review mengenai hotel yang mereka singgah untuk bermalam.
Tripadvisor juga merupakan antara metasearch engine website yang boleh anda gunakan untuk membuat perbandingan hotel. Anda boleh gunakan web tripadvisor ini untuk lihat review pengunjung-pengunjung hotel-hotel berkenaan samaada review yang ok atau tak :). Yang bagusnya, kebanyakan hotel selalunya akan ada representative mereka yang akan menjawab segala review (terutama bad review) pengujungnya di dalam website tripadvisor ini.
5) CutiJom.com
Laman web ini cutijom ini pula berasal dari Malaysia dan amat senang untuk digunakan untuk anda membandingkan harga hotel & pengangkutan serta untuk anda mencari pakej-pakej aktiviti pelancongan. CutiJom.com menggunakan platform 'hotellook' dalam membandingkan harga hotel seperti Agoda, Booking, Trip, ZenHotel, Priceline, Expedia & lain-lain. Ia akan membantu anda mencari harga hotel & tempat penginapan paling murah bagi destinasi & tempat penginapan pilihan anda.
Bukan setakat perbandingan harga hotel tetapi terdapat juga perbandingan harga tiket pengangkutan samaada teksi, bas & kapal terbang untuk anda mencari tambang serta menempah tiket. Juga terdapat harga pakej-pakej aktiviti samada outdoor & indoor di destinasi pilihan yang anda boleh lihat di dalam website CutiJom ini.
Jadi untuk warga Malaysia, apa kata anda cuba cutijom.com ini untuk pergi bercuti
Kesimpulannya terdapat pelbagai laman web samaada direct hotel, OTA atau pun Metasearch Engine. Bagi anda yang ingin mendapatkan harga tempat penginapan atau hotel yang termurah, anda kena pergi ke laman-laman web yang ditunjukkan di atas dan bandingkan perbezaannya. Jangan lupa juga untuk periksa promosi-promosi yang ditawarkan dan juga lihat kupon-kupon diskaun yang ditawarkan untuk dapatkan harga yang lebih murah.
Perlu diingatkan selalunya pada waktu peak seperti cuti sekolah atau perayaan, tempahan-tempahan hotel dan tempat penginapan ini akan laku seperti goreng pisang panas. Jangan lambat-lambat untuk buat keputusan menempah. Kalau tak nanti orang lain yang dapat :)
Share info ini dengan keluarga atau kawan-kawan anda supaya mereka juga dapat jimat untuk percutian mereka. Juga supaya masing-masing nanti ambil peranan untuk periksa tempat penginapan atau hotel jika bercuti bersama-sama. ☺
'Selamat Bercuti'
0 Comments