Jualan Mega Sale 11.11 Shopee & Lazada Kembali Lagi

Siapa yang tak sukakan kalau dengar sale. Bagi anda penggemar beli-belah melalui online, inilah masa terbaik untuk anda shopping sakan. Bagi yang tak pernah beli secara online itu, inilah masa terbaik untuk anda belajar membeli secara online dan anda akan dapat & lihat banyak benefitnya sekiranya anda membeli secara dalam talian

Seperti tahun-tahun sebelum ini, jualan mega sale 11.11 untuk tahun 2020 ini giat dipromosikan di segala medium samaada di tv, board iklan di tepi highway dan juga di media sosial. Lazada menampilkan artis Korea Lee Min Ho serta Aida Jebat manakala Shopee pula menampilkan aktor komedi Phua Chu Kang iaitu Gurmit Singh dalam mempromosikan jualan 11 November ini.

Sini ditampilkan antara brand-brand yang anda kena singgah untuk window shopping mahupun terus membeli kerana harga promosinya serta kupon-kupon diskaun yang menarik

1) Nestle (Lazada Mall)


Jenama yang hampir semua rakyat Malaysia gunakan. Antara produknya seperti Maggi, Nescafe, Milo, Koko Krunch, Susu EveryDay, Nescafe dan banyak lagi. Dan jangan lupa Nestle Malaysia juga memasarkan produk Starbucks Coffees di mana anda boleh menikmati Starbucks Coffee di rumah.

Untuk 11.11 ini, Nestle menawarkan harga diskaun sehingga 90% dan juga kupon voucher yang menarik untuk pembelian melalui Mall store mereka di Nestle. Untuk  ketahui lebih lanjut, anda boleh klik pada banner di bawah






Bagi wanita-wanita muslimah, ini merupakan peluang terbaik untuk anda borong produk komestik Wardah yang terkenal dan berasal dari negara jiran kita. Produknya yang bermutu tinggi dan juga semestinya halal maka anda harus tidak melepaskan peluang 11.11 ini untuk shopping sakan produk Wardah ini.

Selain dari potongan harga serta kupon diskaun, Wardah juga akan memberi 300 percuma Tote Bag Limited Edition untuk pembelian melebihi RM60 pada tarikh 11.11 nanti. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan rebut awal sebelum beg ini 'out of stock' ☺. Info lanjut anda boleh klik pada banner di bawah. Untuk mengetahui produk-produk yang dijual di Wardah Shopee Mall, anda boleh klik pada logo Wardah di atas ataupun klik pada link ini --> Wardah Shopee Mall





Bagi yang duduk area Lembah Klang, boleh cuba untuk singgah ke Lazada Mall Sejadi untuk melihat produk Frozen & Dry Goods. Pelbagai produk yang boleh dapatkan di sini dengan harga yang berpatutan. 

Sempena 11.11 ini, Sejadi juga tidak ketinggalan dalam menawarkan harga diskaun serta kupon-kupon untuk diberikan khas untuk pelanggan mereka yang membuat pembelian di Lazada Mall mereka. Jom kita lihat produk-produk yang menawarkan harga diskaun serta kupon-kupon ditawarkan dengan klik pada banner di bawah atau pada link berikut --> Sejadi Lazada Mall





Ini kalau kaum Hawa tengok ni memang terus rasa nak beli. Russell Taylors merupakan antara brand tersohor dalam barang elektrik bagi produk di dapur dalam memudahkan kaum ibu dalam menyiapkan hidangan untuk suami & anak-anak. Untuk Cik Abang tu, ni lah masa terbaik untuk hadiahkan barangan dapur 'branded' untuk Si Isteri. Kalau bukan 11.11 tak dapat harga ni.

Antara produk-produk Russell Taylors yang menawarkan harga diskaun giler2 ialah seperti Pressure Cooker, Air Fryer dan MultiFunction HandBlender seperti banner di bawah. Klik saja banner di bawah untuk terus ke produk pilihan di Russell Taylors Lazada Mall.




Ha amacam!! terkejutkan tengok harga tu. Tapi produk-produk ini ada limited stock je jadi pada 11.11 nanti jadi jangan lupa untuk standby depan PC ataupun di smartphone untuk segera buat pembelian produk-produk di atas. Bukan itu sahaja produk-produk yang ada diskaun tetapi ada banyak lagi produk yang ditawarkan oleh Russell Taylors di Lazada Mall mereka untuk harga diskaun. Anda boleh ke Lazada Mall mereka dengan klik pada link berikut --> Russell Taylors Lazada Mall



Untuk perabot ini pula, anda akan dibawa terus ke website mereka. Mempunyai 'dealers' di hampir setiap negeri di Malaysia dan anda tak perlu risau kerana dealers berdekatan akan hantar terus ke rumah/pejabat anda. Terdapat pelbagai produk perabot menarik yang boleh anda dapatkan dan beli melalui website mereka. Contohnya seperti produk banner di bawah.



Untuk 11.11 ini, Vidi Furniture menawarkan harga-harga yang menarik untuk perabot-perabot yang dijual. Pastikan anda tak terlepas pada tarikh 11.11 ini untuk singgah ke website Vidi Furniture untuk lihat promosi harga yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, ada lagi 9% diskaun untuk semua produk perabot yang dijual. Jadi apa lagi, jom ke Laman Web Vidi Furniture dengan klik pada banner di bawah




Untuk penggemar aksesori gajet, jangan lepaskan peluang untuk ke Shopee Mall ini. Samaada produk seperti charger, powerbank, head/ear phone, smartphone car holder, wireless selfie stick dan bermacam-macam lagi, anda boleh dapatkan di sini.




Untuk kempen 11.11 ini, Themez Tech Hoco Distributor juga menawarkan diskaun RM11 atas pembelian minima RM33 dan juga diskaun 11% untuk pembelian minima RM50. Jadi jangan lepaskan peluang ini, dapatkan aksesori gajet anda di sini dengan harga promosi sempena 11.11 ini. Jom shopping di Themez Tech Hoco Distributor.




Satu lagi jenama produk kecantikan wajah dan penjagaan diri iaitu Clinelle tidak ketinggalan turut serta dalam kempen promosi 11.11 ini. Memang harga yang ditawarkan untuk 11.11 ini memang murah kalau dibandingkan dibeli pada masa bukan promosi. Bukan saja harga diskaun pada produk malahan terdapat juga kupon-kupon diskaun yang ditawarkan kepada bakal pembeli untuk digunakan pada tarikh 11.11 nanti.

Terdapat juga special 'free 11-pcs gift' yang bernilai hampir RM100 akan diberikan kepada pelanggan mereka yang membuat pembelian melebihi RM150 pada tarikh 11.11 ini. Jadi kalau anda beli cepat pada tarikh 11 November ini nanti, jika kena dengan syarat-syaratnya, bukan sahaja harga diskaun anda dapat malahan dapat juga 11pcs free gift juga



Kesimpulannya, tarikh 11.11 atau 11 November ini merupakan tarikh keramat bagi pembeli-pembeli online di Malaysia. 'Lock' tarikh ini dan pastikan membeli awal, seeloknya anda sudah bersedia selepas jam 12 tengah malam apabila tarikh 11.11 bermula. Kalau tak anda pasti melopong apabila tengok barang yang anda idamkan itu dah kehabisan stok dan terlepas free gift yang limited tu.

Selamat bershopping untuk meningkatkan lagi ekonomi negara kita :)

Post a Comment

0 Comments