Cara Daftar Program Vaksinasi Covid-19

Daftar Program Vaksinasi Covid-19

Dah daftar untuk program vaksinasi? Belum lagi sebab tak tahu cara nak mendaftar?
Ke belum lagi sebab takut jarum 😆.Jangan takut sebab sebab dia macam sakit kena gigit semut je bila kena cucuk tu 😝. Bagi yang belum daftar tu, segeralah mendaftar dan tak perlu takut kerana ianya bakal menyelamatkan nyawa anda dan juga nyawa orang disekeliling anda.

Pada ketika ini, kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk mendapat suntikan vaksin ini. Keutamaan akan diberikan kepada para 'frontliner' serta mereka yang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 ini seperti warga emas dan juga pesakit dengan masalah perubatan seperti jantung, kencing manis, darah tinggi, ashtma, kanser & sebagainya.

Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19  (JKJAV) untuk mengendalikan program ini. JKJAV telah menetapkan terdapat 3 Fasa untuk program ini. Fasa 1,2 & 3 ini boleh anda lihat seperti di bawah



Terdapat 3 cara untuk anda mendaftar vaksinasi Covid-19 ini. Anda boleh mendaftar samaada melalui aplikasi MySejahtera atau melalui laman web www.vaksincovid.gov.my ataupun cara melalui talian telefon. Mudahkan! Jom saya tunjuk contoh cara mendaftar..

1) Mendaftar melalui apps MySejahtera

Rasanya hampir semua orang ada menggunakan aplikasi MySejahtera di handphone mereka untuk check-in ke tempat-tempat yang mereka masuk & singgah samaada pasaraya, kedai makan & lain-lain. Ianya merupakan antara SOP yang perlu dipatuhi.

Bukan setakat check-in sahaja, apps MySejahtera ini juga boleh anda gunakan untuk mendaftar vaksinasi Covid-19 ini. Anda boleh lihat cara mendaftar progam vaksinasi Covid-19 ni seperti rajah di bawah.

 

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan klik pada apps MySejahtera di handphone anda. Kemudian klik pada butang 'COVID-19 Vaccination' seperti rajah di atas. Kemudian akan keluar selepas itu 'Vaksin for {NAMA ANDA}' dan klik pada butang itu.




Anda kemudian akan dibawa ke bahagian 'status' dan di sini anda dikehendaki untuk melengkapkan 'Health Declaration Form. Seterusnya anda tekan butan 'Mula/Start' untuk terus ke bahagian form seperti rajah di bawah.

 

 

Anda harus melengkapkan form ini dan setelah selesai, anda boleh tekan terus pada butang 'Hantar/Submit'.


Tapi sebelum tu, akan keluar 'notification' seperti di atas untuk anda 'double check' info yang anda beri tadi. Bila anda rasa pasti, maka tekan saja butang 'OK' tu. 😃


Akan keluar boleh page seperti di atas dan anda klik pada butang 'CLICK HERE' untuk tambahan/periksa maklumat anda

 
Walaupun data maklumat mengenai anda ada di dalam apps MySejahtera ini, untuk program vaksinasi ini, sekali lagi akan keluar maklumat diri anda seperti diatas untuk anda 'sah' kan. 


Yeay!! Eh belum habis lagi ni. Tu baru sahkan 'detail' anda sahaja 😉 . Seterusnya anda kena klik pada butang 'next' untuk ke page berikutnya seperti di bawah. 

 

 

Anda isikan semua soalan berkenaan dengan anda seperti di atas dan setelah itu tekan 'submit'. 


Tahniah! anda telah pun selesai serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Sila tunggu nanti pihak KKM hubungi anda untuk proses vaksinasi nanti. 




2) Mendaftar melalui laman web

- Ini merupakan cara kedua yang anda boleh gunakan untuk mendaftar program ini. Anda hanya perlu pergi ke laman web ini https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/ dan boleh mula mendaftar dengan mengikuti langkah yang diberikan di dalam laman web tersebut

3) Melalui Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan

- Anda hanya perlu hubungi nombor berikut 1800-888-828 dan pegawai yang bertanggungjawab akan membantu anda nanti dalam proses pendaftaran vaksinasi ini.


MUDAHKAN!  

Sebenarnya tak susah pun untuk anda mendaftar program vaksinasi ini. Terdapat pelbagai cara & pilihan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan anda sebagai warga Malaysia yang prihatin dalam mendaftar program vaksinasi Covid-19 ini. Jika anda ada sebarang kemusykilan & inginkan maklumat lanjut mengenai program vaksinasi ini, anda bolehlah layari laman web ini -->  https://www.vaksincovid.gov.my/


Post a Comment

0 Comments