7 Perkakas Memasak Paling Laku di Shopee Ketika Musim PKP

Daripada tajuk ini, posting ini memang sesuai untuk kaum Hawa yang lebih banyak masa berada di dapur berbanding kaum Adam. Jangan lupa buka je apps Shopee di handphone dan terus sambar mana yang berkenan di hati. 

Terdapat banyak perkakas dapur yang dijual secara online. Bagi anda yang nak dapatkan barang yang menarik & murah selalunya akan membeli di shopee. Tak ketinggalan, barangan dapur seperti perkakas memasak banyak di jual di platform Shopee ini. Mana yang viral tu sudah tentu akan cepat habis.

Berikut merupakan 8 perkakas memasak yang paling banyak dijual di Shopee ketika ini. 

1) DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool


Produk berjenama Dessini ini merupakan produk yang paling laku keras untuk tahun 2021 ini. Selalunya untuk cookware yang diperbuat daripada granite aluminium sudah berharga seratus lebih untuk sebuah saja tetapi untuk Dessini ini menawarkan 5 perkakas memasak ini dengan harga hanya RM133 sahaja.

Memang sangat berbaloi jika anda dapatkan set cookware ini. Tak perlu risau jika jika produk ini tiruan atau tulen kerana Dessini juga mempunyai official store di platform Shopee. Jadi sudah tentulah ianya asli. Untuk lihat lebih lanjut atau nak beli terus produk ini, anda boleh klik pada butang di bawah



2) Steamer Pengukus / Periuk Kukus Stainless Steel



Ni wajib untuk anda dapatkan kerana harganya yang betul-betul murah serta kualitinya yang ok. 1 set steamer, anda akan mendapat 2 layer pengukus beserta dengan penutup kaca dengan harga hanya RM15.20 sahaja.

Materialnya buatannya pula ialah stainless steel yang mana ianya susah untuk berkarat dan tahan lama. Bagi anda yang suka mengukus di rumah tu samaada kukus ikan, kukus kuih dan macam-macam menu kukus lain, boleh dapatkan set ini sebelum ianya kehabisan :)



3) Electric Barbeque Grill



Salah satu cookware yang sangat popular ketika musim pkp ini. Almaklumlah kerana ibu & ayah semuanya berada di rumah, semua masakan diorang dah try masak, jadi nak nampak lagi rare diorang masaklah barbeque. Yang bagusnya set ini, ianya tak perlu untuk nak cari arang kayu atau bagai, cukup hanya gunakan elektrik sebagai punca nak panaskan barbeque

Bagi peminat-peminat korea, memang harus dapatkan set ini kerana orang-orang korea kan suka makan makanan berasaskan barbeque dan rumah-rumah mereka pasti ada electric barbeque grill ini.


4) Premiun 2 in 1 BBQ Grill & Steamboat Hot Pot



Juga merupakan produk yang viral untuk tahun 2020 & 2021 ini. Kalau tengok unit yang dijual oleh seller ini di shopee pada masa post ini ditulis ialah sebanyak 7100 unit telah terjual. Banyak tu 😂...

Antara sebab produk ini menjadi kegilaan suri rumah mahupun bujang dara ialah kerana fungsi 2 dalam 1 nya itu. Dengan set ni, anda boleh sediakan pelbagai menu santapan anda samaada nak barbeque atau steamboat. 

Memang bertambahlah selera ahli keluarga tu bila dah ada set ni nanti. Tapi jangan lupa kawal berat badan tau. Bagi yang belum ada set ini, baik dapatkan cepat-cepat.


5) Aluminum Omelete Pan


Suka makan telur? Siapalah yang tak suka makan telur kan lebih-lebih lagi telur goreng ataupun omelete. Kalau di Malaysia omelete ini dipanggil telur dadar 😉. Kuali yang mempunyai 4 lubang ini memang khas untuk anda membuat hidangan telur goreng atau omelete di rumah anda. Dengan saiz yang standard sama besar untuk 4 lubang itu, ini menjadikan hidangan telur nampak menarik dan sekata ketika dihidangkan.

Kuali ini nampak simple dan ianya telah terjual hampir 7000 unit di Shopee. Jadi bagi yang belum ada lagi di rumah tu, baik cepat-cepat tambahkan kuali ini sebagai salah satu lagi 'gear' memasak di rumah. 



6) Portable BBQ Grill Set


Untuk produk ini pula sama seperti set barbeque grill yang biasa di mana ia menggunakan arang untuk anda meng'grill'. Terdapat dalam 2 saiz dan yang bagusnya set ini boleh dilipat dan dimasukkan semula ke dalam kotak selepas digunakan. 

Untuk set ini memang berbaloi untuk dapatkan kerana harganya pada saat post ini ditulis memang murah. Untuk saiz medium anda boleh dapatkan pada harga RM18 manakala untuk saiz besar pula berharga RM32 sahaja.


7) Aluminium Aloy Takoyaki Pan


Masa PKP ni rakyat Malaysia memang amat 'versatile' untuk memasak. Ini termasuklah penyediaan Takoyaki yang merupakan antara makanan kudap-kudap atau sampingan yang popular ketika ini.
Apatah lagi ketika musim PKP ini, ibu & ayah (yang suka masak ☺) sibuk dalam mencuba resepi menu baru untuk juadah keluarga mereka.

Dapatkan produk ini untuk penyediaan Takoyaki di rumah anda. Kalau tak tahu menu tu macam biasa..Google atau Youtube untuk cara memasak & resepi. Selamat bertakoyaki.. 😋


Jadi jangan berlengah lagi, dapatkan sekarang produk-produk di atas ini. Untuk Si Suami tu, apa salah kalau dapatkan untuk Si Isteri perkakas memasak di atas. Ye la sebab yang 'mencengkik' nanti tu anda dan anak anda jugak 😁. 

Untuk musim PKP ni, perkakas-perkakas memasak di atas memang laju dijual di Shopee. Jadi untuk Suri Rumah apalagi...share pada Suami anda post ni. Mana tau nanti ada kurier sampai depan pintu rumah.


Post a Comment

0 Comments