Pada masa ini, mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu oximeter dan apa fungsinya? Oximeter antara alat penting ketika pandemik covid19 melanda dunia ketika ini. Alat ini dapat membantu dalam menyukat paras oksigen dalam darah. Oximeter atau pulse oximeter ini selalu digunakan untuk pesakit asma dan pesakit yang mengalami masalah berkaitan paru-paru & jantung.
Photo by Stanley Ng from Pexels |
Alat ini akan menganalisa melalui sinaran cahaya kecil yang dipancarkan. Proses ini dapat mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah. Dengan itu ia akan mengetahui kadar kepekatan oksigen yang terdapat di dalam darah anda yang beredar dari jantung hinggalah ke lengan, jari dan ke seluruh tubuh anda.
Penggunaan alat ini adalah amat mudah dan amat ringkas di mana anda hanya perlu kepitkan oximeter di hujung jari anda. Alat akan memberikan bacaan di mana bagi orang normal, bacaan peratus oksigen di dalam darah pada lingkungan 95% ke atas bacaan adalah normal, manakala bagi bacaan 94% ke bawah, dinasihatkan agar terus mendapatkan nasihat doktor.
Pada ketika ini, kemunculan varian-varian Covid19 baru seperti varian delta amatlah merbahaya kerana ianya dikatakan dapat disebarkan melalui udara. Juga ia merupakan antara pembunuh senyap yang mana jika anda dijangkiti wabak penyakit daripada varian delta ini, anda tidak merasakan sebarang simptom pada tubuh anda dan sebaliknya anda akan terus merasakan sesak nafas akibat kekurangan oksigen. Penggunaan oximeter ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengesan awal kadar oksigen dalam darah anda.
Terdapat pelbagai brand oximeter yang terdapat di pasaran pada masa ini. Daripada harga yang murah hinggalah yang mahal. Disarankan jika anda ingin membeli oximeter ini, pastikan ia anda pengiktirafan MDA (Medical Device Authority) atau FDA (Food & Drug Administration)
Berikut merupakan 5 brand oximeter yang anda boleh dapatkan di pasaran. Kesemuanya mempunyai warranty dan mempunyai nombor register MDA
1) Rossmax Fingertip Pulse Oximeter with Artery Check Technology
0 Comments