Hadiah Terbaik Untuk Bayi / Baby Baru Lahir

Semua pasangan menginginkan cahaya mata dan sebagai ahli keluarga ataupun rakan karib pasti akan merasa sungguh gembira sekiranya pasangan daripada ahli keluarga kita ataupun rakan sahabat kita melahirkan anak lebih-lebih lagi anak yang pertama. Perasaan suka dan gembiranya mendengar khabar kelahiran baby ini pastinya membuatkan mereka yang berada di samping teruja untuk melihat bayi/baby. 

Sebagai ahli keluarga ataupun rakan karib kepada pasangan yang mendapat baby baru ini, pastinya terfikir apa hadiah yang hendak diberi kepada pasangan ini. Sini disenaraikan antara cadangan hadiah yang anda boleh berikan kepada pasangan ini. 

Pada setiap akhir senarai hadiah ini akan ada butang 'Dapatkan Di Shopee' dan juga 'Dapatkan Di Lazada' di mana akan lihat pelbagai lagi pilihan samaada jenama, warna ataupun lain-lain daripada jenis hadiah yang disenaraikan.

1) Newborn Baby Gift Set


Ni merupakan antara barang terlaris dan paling mudah bagi anda untuk hadiahkan kepada baby yang baru lahir. Selalunya dalam setiap terdapat baju, seluar, mittens, booties, bibs, topi dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai jenis corak. kartun dan warna yang boleh anda pilih. 

Juga di dalam baby gift set ini juga, anda boleh pilih set jagaan bayi seperti losyen, sabun bayi, tisu basah dan lain-lain lagi

Pastikan anda tahu jantina baby yang baru lahir tu untuk serasikan dengan jenis corak, kartun dan warna giftset.

 


2) Stroller



Terdapat pelbagai jenis stroller yang terdapat di pasaran ketika ini. Stroller merupakan antara barang terpenting untuk parent yang baru menimang cahaya mata kerana ianya memudahkan urusan mereka terutama pada peringkat awal di mana akan selalu ke klinik/hospital untuk check baby.


3) Newborn Mattress Pillow

Boleh hadiahkan tilam khas untuk baby ini yang berupaya untuk mengelakkan daripada terjadinya 'flat head' kepada baby disebabkan baring di atas tilam yang tidak sesuai. Tilam ini boleh membantu untuk baby untuk tidur dengan lebih nyenyak. Disamping itu ianya juga mudah di bawa ke mana-mana dan juga boleh diletakkan di dalam stroller.


4) Kain Bedung / Baby Swaddle


Pada masa ini terdapat pelbagai design yang cantik dan menarik terdapat di pasaran untuk kain bedung ini daripada warnanya hinggalah ke jenis kain. Pilih design mana yang anda berkenan samada untuk baby boy atau baby girl untuk dihadiahkan.

5) Rompers 


Siapa yang tak suka kalau tengok baby pakai romper yang anda hadiah kan! Memang nampak comel dengan senyuman wajah baby di samping badan baby yang gebu. Terdapat pelbagai design rompers menarik yang anda boleh pilih di Shopee & Lazada untuk dihadiahkan kepada baby nanti. Jangan lupa bila dah hadiahkan tu suruh parent amik gambar dan tunjuk kepada anda. Pasti jadi terapi dan menceriakan hari anda.

6) Pampers


Ya betul pampers sebab ia antara hadiah yang parent paling suka. Mengikut kajian, baby menggunakan sehingga 700 pampers dalam kehidupan 3 bulan pertamanya. Jadi atas sebab itulah ia antara hadiah kegemaran parent yang baru menimang cahaya mata. Bagi anda yang baru pertama kali nak belikan pampers dan hadiahkan kepada baby, jangan lupa untuk minta saiz 'newborn' tau. Kang nanti tak pasal-pasal terbeli saiz XL :)

7) Rocker / Bouncer



Baby pasti lena jika berada dalam rocker atau bouncer ini. Dengan menggunakan tenaga elektrik dan juga bateri, kini rocker & bouncer ini mempunyai fungsi swing bergerak sendiri dan juga terdapat lagu baby yang boleh dimainkan untuk menambahkan lagi keselesaan baby untuk tidur atau duduk berbaring. Tetapi terdapat juga roker & bouncer jenis manual dan terpulang kepada anda untuk hadiahkan yang mana satu untuk baby nanti.

 

8) Newborn Kimono

Cantik tak? :) Baby kalau pakai apa pun cantikkan. Kimono ni juga antara gift yang anda boleh jadikan sebagai hadiah untuk baby. Baby memang akan nampak sangatlah cute bila dipakaikan dengan kimono ini. Terdapat pelbagai jenis dan corak menarik yang anda boleh sapatkan dari seller di Shopee & Lazada


Terdapat pelbagai pilihan hadiah yang anda boleh beri sempena kelahiran baby baru ini. Sememangnya kadang-kadang tu memang rambang mata untuk beli kerana membayangkan ke'cute'tan baby semasa memakai atau menggunakannya nanti. Kalau rasa ada duit lebih sedikit, beli sahaja 2-3 jenis hadiah. Pasti anda rasa seronok apatah lagi si ibu dan baby yang menerimanya nanti.

Post a Comment

0 Comments