7 Idea Hadiah Untuk Jemputan Majlis Anniversary Ulangtahun Pasangan, Keluarga atau Sahabat



    Setiap pasangan pastinya menyambut ulangtahun perkahwinan mereka samaada secara romantik antara mereka berdua sahaja ataupun dengan mengajak ahli keluarga atau teman-teman mereka ke majlis ulangtahun perkahwinan mereka. Sama ada buat makan-makan di hotel, restoran ataupun di rumah, pasangan ulangtahun ini akan menjemput ahli keluarga atau sahabat rapat untuk menyambut sekali bersama mereka.

Bagi anda yang menerima jemputan tu takkan nak menghadiri jemputan dengan tangan kosongkan? Haa..di sini saya beberapa cadangan idea untuk hadiahkan pasangan dengan hadiah yang menarik lagi bermakna.

1) Kek

Antara hadiah yang boleh anda beri kepada pasangan ulangtahun ini. Terdapat pelbagai jenis idea dan gubahan kek ulangtahun perkahwinan jika anda pergi ke kedai kek. Ataupun anda boleh sahaja ke laman web kedai-kedai yang menjual kek secara online. 

Antara yang boleh beli secara online ialah di Eat Cake Today. Terdapat pelbagai pilihan kek yang menarik yang dijual di Eat Cake Today ini. Anda juga boleh untuk minta 'customized' kek yang anda impikan. 

Dapatkan kek pilihan anda di EatCakeToday.com sekarang :)

2) Jam Dinding / Jam Meja


Antara barang yang boleh dijadikan hadiah kepada pasangan yang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Nak cari gambar mereka kat mana? Jangan risau selalunya rakan anda ni pasti akan postkan gambar perkahwinan mereka dulu di facebook atau instagram. Kalau anda sendiri ada gambar bersama mereka masa mereka berkahwin dulu lagi bagus sebab boleh sekali interframe dalam gambar tu :)

Di Shopee terdapat seller-seller yang menjual produk ini. Anda boleh lihat produk-produk jam ni dengan klik pada button di bawah



3) Mug


Mug juga antara salah satu hadiah yang popular untuk diberikan. Semestinya anda perlu 'customized' kan samaada corak, tulisan ataupun gambar pada mug berkenaan sebelum disampaikan kepada pasangan yang menyambut 'anniversary'

Untuk nak buat 'customized', anda boleh buat di printcious.com. Di sini anda boleh tulis siap ayat-ayat wish yang ingin paparkan pada luar mug berkenaan. Kalau nak buat pada 'tumblers' pun ada.


4) Pokok Hiasan Rumah

Siapa yang tak suka kalau ada pokok dalam rumahkan? Ianya umpama penyeri dan penyejuk mata. Bagi pasangan berkahwin sudah tentu gembira sekiranya menerima ini sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka

 

Tidak kisah samaada ianya pokok artificial ataupun pokok hidup, anda boleh pilih mana satu yang menjadi pilihan anda untuk dihadiahkan kepada pasangan ini. Apatah lagi pada masa ini, telah viral pokok-pokok hiasan dalam rumah ini seperti contoh gambar di atas


5) Frame Gambar

  


Pelbagai jenis frame gambar yang terdapat di pasaran sekarang. Anda boleh mendapatkannya samaada di kedai ataupun dengan membeli secara online. Frame gambar dapat dijadikan sebagai salah satu hadiah untuk pasangan yang meraikan anniversary ini.

Pastinya mereka akan menggunakan frame gambar ini untuk diletakkan di bahagian rumah dengan meletakkan gambar memori pasangan berkenaan.


6) Barangan Elektrik / Perkakas Dapur

Anda juga boleh membeli barangan elektrik ataupun perkakas dapur untuk dijadikan hadiah. Terdapat pelbagai jenama yang terdapat di pasaran Malaysia untuk anda beli. Anda boleh beli dengan mengunjungi kedai berkenaan ataupun membeli secara online.




Antara yang boleh anda lihat adalah seperti jenama La Gourmet yang merupakan antara jenama berkualiti untuk barangan elektrik di dapur dan juga perkakas-perkakas dapur. Jenama yang berasal dari Ohio USA ini memang mempunyai kualiti standard yang tinggi untuk barangan-barangannya. Yang bagusnya, La Gourmet selalunya menawarkan pakej diskaun untuk barangan jenamanya. Jom kita lihat kedai La Gourmet di Shopee dan lihat apa tawaran diskaun yang ditawarkan :)
 
 




7) Cadar

Atau nama khususnya lagi cadar pengantin. Biar pasangan yang meraikan anniversary ini merasakan seperti mereka baru berkahwin dan merasakan kehangatan seperti mula-mula berkahwin




Terdapat pelbagai pilihan yang boleh anda pilih samaada dari segi warna atau tekstur. Selalunya kalau cadar pengantin ini pastinya yang jenis beropol. Nak tengok banyak pilihan? Jom lihat di kedai online Shopee di bawah :)



Terdapat pelbagai pilihan hadiah yang anda boleh pilih untuk anda beri sekiranya dijemput untuk meraikan jamuan sempena wedding anniversary ahli kerluarga atau sahabat anda ini. Pastinya dengan pemberian hadiah ini dapat menambah eratkan lagi hubungan anda bersama mereka dan semestinya mereka merasa dihargai. Apa-apapun jika dijemput jangan lupa ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kepada mereka dan doakan kebahagiaan mereka berkekalan serta rezeki mereka bertambah.                                       

Post a Comment

0 Comments