Cara Nak Buat Duit Sampingan & Dapatkan Voucher Secara Percuma Dengan Jawab Survey

Musim-musim PKP ini, ramai yang tersepit akibat daripada pandemik yang melanda dunia. Ada yang kena diberhentikan kerja, perniagaan ditutup dan macam-macam lagi. Nak taknak duit perlu dicari untuk kelansungan hidup seharian. Antara yang boleh anda lakukan untuk mencari duit lebih atau duit part-time ini ialah dengan menjawab survey/kajian yang ditawarkan.

Terdapat beberapa syarikat melalui laman web mereka yang menawarkan khidmat menjawab survey kajian ini. Setiap syarikat ini menawarkan ganjaran samaada dalam bentuk voucher ataupun wang tunai kepada 'user' mereka yang menjawab survey/kajian yang diberi

Antara voucher-voucher atau kupon-kupon yang ditawarkan seperti voucher/kupon  AEON, KFC, Zalora & lain-lain secara percuma dengan hanya menjawab survey/kajian.

Yang bagusnya laman-laman web ini anda hanya perlu mendaftar dan tiada caj atau yuran keahlian yang dikenakan. Mereka hanya perlukan pendapat anda sebagai pengguna mengenai apa-apa saja samaada produk atau servis yang pernah atau akan anda gunakan.

Jika anda rasa taknak guna voucher tu..bolehla jual di Shopee, Lazada, Carousell atau kenalan anda. Kan dah dapat lagi duit poket tu.. :)

 Voucher AEON percuma             Voucher KFC Percuma


Jika anda seorang student, suri rumah ataupun pekerja yang memerlukan duit part time, harus baca info di bawah ini. Ianya dapat mengurangkan perbelanjaan harian anda sekaligus dapat menambah wang saku anda. Anda boleh buat duit online dari rumah atau mana-mana dengan mudah dengan hanya menjawab survey walaupun ketika anda tengah layari facebook anda atau menonton video youtube.

Sebagai contoh di bawah ialah salah satu laman web yang menawarkan khidmat ini iaitu Panel Place. Untuk list-list laman web lain, saya tunjukkan pada akhir perenggan pos ini. Anda boleh 'join' jika hendak menambahkan lagi wang saku anda. 😉

Ok, berbalik pada laman web 
Panel Place ini, caranya amatlah senang iaitu anda hanya perlu jawab survey yang diberikan oleh companyini.

Panel Place ialah satu website di mana ia merupakan marketplace yang menggabungkan agensi-agensi marketing/survey online. Setelah anda mendaftar dengan Panel Place, anda boleh memilih agensi marketing yang anda ingin 'join' dan secara automatik anda akan mendapat survey-survey daripada agensi-agensi yang anda sertai itu

Anda tidak perlu risau kerana agensi marketing Panel Place ini adalah 'legit' dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada anda.

Setelah anda mendaftar dengan Panel Place, sekiranya ada survey/kajian yang diperlukan dari agensi-agensi di atas, ianya akan dihantar terus ke email anda untuk anda lengkapkan.

Setiap borang kaji selidik/survey mempunyai nilai tertentu bila dilengkapkan.  Ada survey yang bernilai RM2 dan ada juga survey yang bernilai RM10. Ada survey ganjaran dalam Ringgit Malaysia dan ada yang dalam USD. Ada juga survey yang mempunyai point di mana setelah anda lengkapkan survey itu, anda akan mendapat 'point' seperti yang dinyatakan pada survey itu. Point ini boleh ditukarkan dalam bentuk voucher atau dalam bentuk wang. Kadar point/wang bergantung berapa panjang/tempoh menjawab survey itu.

Tiada caj/ yuran keahlian yang dikenakan untuk anda menyertai Panel Place ini

Anda kena mendaftar dulu dengan Panel Place sebelum layak untuk menjawab survey. Setelah anda mendaftar, Panel Place ini akan menghantar survey-survey melalui email yang anda daftar.

Anda pelbagai jenis survey samaada dari 'lifestyle', pekerjaan, produk makanan, liga EPL & lain-lain lagi. Bergantung pada anda samaada larat atau tidak menjawab survey-survey yang diberikan.

Yang lagi best, TIADA CAJ yang dikenakan untuk mendaftar dan TIADA CAJ untuk penebusan voucher. Voucher-voucher yang ditebus tadi akan dihantar ke alamat rumah/pejabat anda (alamat yang anda daftar) manakala reward dari segi wang pula akan dimasukkan ke akaun bank anda.

Untuk mendaftar, anda boleh klik sini ---> Daftar Panel Place
atau klik pada logo di bawah.





Bukan sahaja setakat Panel Place, terdapat lagi laman-laman web lain yang menawarkan khidmat untuk mendapatkan kajian daripada orang ramai. Jika anda join dan jawab survey, anda akan dapat reward samaada dalam bentuk voucher ataupun duit. Bagi anda yang ingin nak cari duit lebih atau duit part-time, disarankan untuk join laman-laman web ini. Antara yang lain seperti di bawah

Bila dah dapat voucher ni, bolehlah untuk membeli-belah atau belanja kawan/keluarga makan samaada di KFC, Shopping Di Zalora, AEON dan banyak lagi. Minyak motor pun dah boleh full tank dah. Dan untuk yang selalu cari 'Wifi Percuma' tu takpayah dah nak buat macam tu sebab kredit anda banyak untuk langgan 'Mobile Data'. Anda kan dah banyak dah jual voucher yang anda dapat percuma tu :)