7 Hadiah Terbaik Untuk Suami Sempena Birthday 2024

Harijadi birthday suami anda semakin dekat? 
Mesti tengah peningkan apa hadiah nak diberi untuk sambutan birthday harijadi suami untuk tahun ini.
Kalau tak bagi nanti kan nanti takut si suami tu merajuk. Tapi tahu ke dia tarikh birthday dia dah dekat? 

Selalunya suami ni memang failed kalau bab tarikh-tarikh istimewa ni 😅 . 
Ulangtahun perkahwinan pun nak kena remind dia..huhu. Tapi percayalah, kalau bab hari jadi dia mesti dia ingat cuma dia akan buat-buat macho tak tahu :)

Jom kita lihat apa senarai hadiah yang selalunya cik abang tu suka. Sini saya senaraikan sekali link kedai shopee atau lazada untuk anda boleh terus dapatkannya.

1) Jam Tangan

Antara yang selalun dipakai oleh lelaki pada era 2024 ini ialah jam tangan dari jenama Fossil ini.

Dengan 'design' nya yang elegan dan terkini menampakkan serta menyerlahkan lagi ke'macho'an dan kehenseman suami anda.





2) Dompet

Ni antara benda yang anda boleh perlu senarai utamakan dalam pemberian hadiah ini. 
Sebab Apa? Sebab senang nanti nak minta duit dari suami untuk shopping ☺

Cuba tengok dompet yang suami anda pakai sekarang, mesti dah lusuh. Yelah.. itupun hadiah masa hantaran dulang kahwin dulu. 

Selalunya lelaki ni kan lasak sikit. Jadi dicadangkan agar puan mendapatkan wallet yang tahan lasak seperti jenama Hummer di bawah. Tetapi nak dapatkan jenama lain yang lebih elegan pun ok :)






3) Cermin Mata Hitam / Sunglasses

Siapa yang tak suka kan kalau suaminya nampak segak & hensem. Kalau zaman 90-an dulu, bagi yang tengok cerita 'Airwolf' tu mesti teringat macamana heronya yang selalu berspek hitam. Bukan cerita werewolf tau, tu nampak banyak bulu kat badan :)

Spek hitam atau sunglasses ni memang sesuai dipakai lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas 'especially' saat suami anda tengah memandu. Dapat mengurangkan silau cahaya seterusnya dapat mengurangkan rasa mengantuk. Jadi amatlah sesuai jika anda hadiahkan suami anda cermin mata hitam ini.




4) Perfume / Minyak Wangi

Cari minyak wangi yang maskulin untuk suami anda. Selalunya suami ni main pakai je minyak wangi apa yang ada kat almari solek tu, janji berbau wangi. Jadi apa kata kali ini anda beli minyak wangi paling istimewa untuk suami anda. 

          
Untuk perfume-perfume ini, rasanya elok kalau anda terus ke mall dan dapatkan sampel bau yang menarik minat anda. Takut nanti anda yang tak tahan bau bila suami anda pakai nanti 😁 


5) Pisau Serba Guna

Ni merupakan antara gajet bukan berasaskan elektronik yang diminati oleh lelaki masa kini. Dengan terdapat pelbagai design, memang sesuai untuk anda hadiahkan kepada suami anda. Lagi pun senang nanti, kalau kat rumah ke atau kat luar ke..alat ni dicari untuk selesaikan sesuatu masalah. Jadi cik abanglah nanti yang jadi hero..










6) Permainan Video Konsol

Walaupun nampak seperti kebudak-budakkan tetapi percayalah jika suami anda berumur 40an, 30an atau 20an sudah tentu meminati permainan video konsol ini. Salah satu sebabnya ialah kerana ianya dapat menghilangkan strees bekerja suami anda dan melalui permainan konsol ini dapat meredakan stress mereka.

Kalau dulu semasa suami anda masih bujang, mereka akan berkumpul di rumah kawan untuk bermain game, tetapi kini dengan zaman yang semakin canggih ini, mereka hanya bermain di rumah tanpa perlu ke rumah rakan-rakan mereka untuk berlawan sesama mereka. Jadi lagi bagus, senang anda nak pantau suami anda tu :)






Okay yang ni selingan kejap untuk isteri dan famili kalau nak dapatkan permainan konsol. Cuba try main nintendo switch. Memang seronok kalau dapat bermain seisi keluarga. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh 'search' dan tengok je kat youtube mengenai nintendo switch ni 








7) Smart Phone

Siapa yang tak suka dengan smartphone kan.. Ada pelbagai jenama smartphone yang gah di pasaran ketika ini antaranya Huawei, Samsung, Iphone dan lain-lain lagi. Hadiahkan suami anda dengan handphone paling terkini yang terdapat di pasaran. Tentu Si Dia tersenyum lebar


Iphone 11 Pro





Samsung Galaxy Note S20






Huawei P40 Pro





Terdapat pelbagai lagi jenis hadiah yang anda boleh beri kepada suami anda pada tahun ini. 
Walaupun lelaki ini selalunya tak bagitahu apa yang dia nak, tapi anda sebagai isteri yang selalu menemaninya mesti tahu apa yang suami anda mahukan.

Jadikan ianya sebagai memori indah untuk suami anda raikannya untuk tahun ini sebagai tanda menghargainya yang menyayangi dan menjaga semenjak dari mula gerbang perkahwinan sehingga ke saat ini. Semoga anda sekeluarga dapat bersama hingga ke Jannah

Post a Comment

0 Comments