Cara Buat Duit Dengan Airbnb

Nak tahu tak cara buat duit, daftar dan jana pendapatan dengan airbnb ?

Anda ada rumah kosong atau bilik kosong untuk disewakan tapi tak tahu caranya?

Atau anda tiada langsung kediaman untuk disewakan tetapi anda ada sesuatu servis, pengalaman dan juga pengembaraan yang anda boleh kongsikan kepada tetamu anda? 

Zaman sekarang ni pelbagai cara untuk buat duit. Antaranya dengan menyewakan kediaman, bilik anda yang tidak digunakan melalui portal Airbnb ini. 

Atau pun dengan menyediakan sesuatu servis atau pengalaman kepada tetamu/traveller. Sebagai contoh, anda membawa tetamu anda berjalan-jalan di sekitar bandar kediaman anda, tunjukkan tempat-tempat rekreasi/port makan menarik kepada mereka, aktiviti memancing, mendaki gunung, kelas masakan makanan tradisional Malaysia dan bermacam-macam lagi. Di dalam Airbnb, ia bermaksud anda 'hos'kan pengalaman anda kepada para traveller yang menggunakan khidmat 'pengalaman' anda dan anda boleh kenakan yuran/caj kepada mereka. 


Buat Duit Dengan Airbnb


Sehingga ke tarikh post ini ditulis, Airbnb sudah mempunyai lebih kurang 2.9 juta kediaman yang menjadi tuan rumah atau dipanggil 'Host' di seluruh dunia. Setiap malam, purata 800 ribu unit host ini disewa oleh traveler. Setiap bulan, sebanyak 14 ribu 'Host' baru yang mendaftar dengan AirbnbSehingga kini, Airbnb sudah wujud di 191 negara di seluruh dunia.

Airbnb telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2008 oleh 3 'Roommates' iaitu Brian CheskyJoe Gebbia dan Nathan Blecharczyk. Airbnb tidak memiliki sebarang/satu pun kediaman tetapi menggunakan website/mobile apps untuk memasarkan kediaman-kediaman kepunyaan 'Host' yang ingin disewakan kepada 'Traveller'. Airbnb akan mengenakan caj komisyen untuk setiap booking yang diperolehi. Sehingga ke tahun 2017, jumlah pendapatan Airbnb ini berjumlah USD 2.6 Billion.


Dengan kewujudan Airbnb ini, ianya membantu untuk semua pemilik kediaman di seluruh dunia untuk memperolehi pendapatan dengan menyewakan samaada seisi rumah ataupun bilik-bilik sahaja untuk disewakan kepada 'traveller'.

Mengikut perangkaan statistik yang dibuat Airbnb, seramai 800 'Senior' atau warga emas di Malaysia (Berumur 60 tahun ke atas) memperoleh pendapatan melebihi RM5.6 juta dengan menjadi 'Host' menyewakan kediaman mereka melalui Airbnb. Lebih kurang 26700 penyewa atau 'travelers' yang menggunakan khidmat Airbnb di Malaysia sahaja. Samaada menggunakan khidmat Airbnb KL, Melaka, Ipoh, Kuching, Genting serta serata Malaysia. Statistik ini diambil bermula September 2017 hinggalah ke September 2018.

Jumlah 'Senior Hosts' di Malaysia bertambah 51.37% dalam satu tahun di mana pada September 2017, jumlah 'Senior Hosts' hanyalah sebanyak 584 orang dan pada September 2018 jumlahnya bertambah menjadi 884 orang. Statistik di seluruh dunia pula menunjukkan lebih 400,000 'Senior Hosts' mendaftar dengan Airbnb.

Terdapat pelbagai sebab kenapa anda perlukan Airbnb sekiranya anda ingin menyewakan kediaman anda samaada harian ataupun bulanan. Antaranya ialah:-


- Pasaran Yang Luas

Sehingga tahun 2018, lebih daripada 400 Juta Pelancong menggunakan khidmat Airbnb. Dan purata 2 juta tetamu menginap di Airbnb setiap malam. Ini bermakna daripada 800000 'Host' tadi, terdapat 'Host' yang memiliki lebih dari satu kediaman untuk disewakan kepada tetamu.


- Yuran Perkhidmatan Yang Rendah

Airbnb biasanya hanya mengenakan caj sebanyak 3% untuk setiap tempahan yang dibuat oleh tetamu. Caj ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan portal-portal website atau Apps yang lain.



          Sebagai contoh jika anda sewakan kediaman anda selama 2 malam.

          Caj satu malam : RM150
                    
          Maka bagi 2 malam, caj yang perlu dibayar oleh tetamu ialah 
          sebanyak RM300 kepada Airbnb.

           Airbnb akan ambil 3% daripada jumlah tempahan tadi iaitu 3% x RM300 = RM9

          Jumlah yang diterima 'Host' --> RM300 - RM9 = RM291

'Host' tidak perlu risau mengenai caj 3% ini kerana ia sebenarnya dibayar oleh tetamu kepada Airbnb. 'Host' yang bijak akan kira dahulu caj semalam untuk kediaman (termasuk dengan caj perkhidmatan 3% Airbnb) yang akan dikenakan kepada tetamu untuk profit 'Host'

Tiada langsung caj akan dikenakan untuk 'Host' untuk 'List' kan kediaman mereka. Tidak juga perlu risau tentang pengiklanan kerana 'List' kediaman 'Host' akan dipaparkan mengikut kriteria yang dicari oleh bakal tetamu (tempat, kemudahan, harga dan lain-lain).


- Sistem Kaedah Pembayaran Yang Mudah & Sistematik


buat duit dengan airbnb
Melalui gambarajah di atas yang diambil dari web Airbnb, terdapat 4 kaedah pembayaran untuk 'Host' di Malaysia. Sebagai 'Host', anda boleh memilih kaedah mana yang mudah bagi anda.

Airbnb menjelaskan pembayaran kira-kira 24 jam selepas masa daftar masuk tetamu yang dijadualkan. Masa yang diperlukan untuk dana dipaparkan di dalam akaun 'Host' bergantung kepada kaedah pembayaran yang dipilih oleh 'Host'.


- Jaminan Host Airbnb

Jaminan Host Airbnb menyediakan perlindungan sehingga USD1,000,000 kepada 'Host' atas kerosakan kediaman yang dilindungi sekiranya ada kerosakan oleh tetamu yang melebihi deposit keselamatan atau jika tiada deposit keselamatan langsung.

Jadi 'Host' tidak perlu risau mengenai kerosakan kerana jika ada kerosakan, anda boleh 'claim' kepada Airbnb tetapi tertakluk pada syarat yang dikenakan oleh Airbnb.


- Boleh Pilih Tetamu

Maksud boleh pilih tetamu disini ialah 'Host' boleh pilih samaada ingin tetamu bujang, pasangan ataupun keluarga. 

Setiap pengguna/tetamu Airbnb ini selalunya pernah menginap di kediaman Airbnb yang lain. Pengguna ini biasanya akan mendapat review/komen dari Host-host sebelum ini. Daripada review ini, anda akan dapat menilai ciri-ciri bakal tetamu anda samaada bagus atau kurang bagus. Sekiranya anda lihat bakal tetamu yang menempah kediaman anda ini mendapat review yang teruk, anda sebagai 'Host' boleh saja untuk 'cancel'kan terus tempahan yang dibuat oleh tetamu itu.

'Host' juga boleh meletakkan polisi-polisi atau peraturan-peraturan kediaman yang perlu diikut oleh bakal tetamu di listing anda. Ini bagi memastikan bakal tetamu ini mengikuti peraturan-peraturan yang diberi.

Antara perkara menarik jika anda menerima tetamu dari luar negara ialah terdapat sebahagian daripada mereka jika suka dengan servis atau kediaman 'Host', akan meninggalkan 'souvenir' / cenderemata daripada negara kediaman/kelahiran mereka untuk 'Host'. Ini sebagai tanda terima kasih atas kemudahan/layanan yang diterima semasa mereka menyewa kediaman 'Host'.  

- Sistem Review Untuk Tetamu & Host

Ini salah satu kelebihan yang ada di Airbnb dimana bukan sahaja unit 'Host' saja yang direview oleh tetamu tetapi 'Host' juga dapat review tetamu.


Dengan adanya sistem ini, 'Host' dan juga tetamu akan menjaga rating mereka agar sentiasa direview positif. Ini sekaligus dapat mempopularkan lagi unit 'Host', juga tetamu juga tidak sukar jika ingin menempah unit 'Host' lain di Airbnb ini.

Dengan sebab-sebab yang diberikan di atas, maka anda tidak perlu sangsi lagi untuk menggunakan khidmat Airbnb untuk menyewakan unit kediaman anda. Bagi pemilik-pemilik homestay, amat digalakkan menggunakan khidmat Airbnb ini. Juga mereka yang memilik kediaman yang ada 2-3 bilik, anda boleh sewakan 1 bilik anda di Airbnb. Ini dapat menambahkan pendapatan sampingan anda dan juga dapat berkenalan dengan traveller-traveller dari merata dunia.

Jika anda lihat di portal Airbnb ini, 'Host' bukan sahaja meyewakan rumah atau bilik sahaja, ada juga 'Host' yang menyewakan 'treehouse', rumah kontena, van rumah bergerak malahan ada juga yang menyewakan pulau persendirian.

Berikut disertakan tips-tips untuk unit 'Host' jadi popular untuk disewakan :-

1) Lokasi


buat duit dengan airbnb

Lokasi memainkan peranan penting untuk unit anda senang mendapat penyewa. Lokasi yang dekat dengan pengangkutan awam, pasaraya dan tempat pelancongan selalunya menjadi pilihan utama tetamu.

Bagi kawasan luar bandar pula jangan risau, kerana terdapat ramai tetamu-tetamu tempatan mahupun dari luar negara mencari unit-unit diluar bandar untuk mereka menikmati suasana luar dari kesibukan bandar.

2) Gambar


Kediaman Host Airbnb


- Pastikan gambar unit anda sangat menarik dan cantik agar dapat menarik pengguna Airbnb ini menjadi tetamu anda. Tunjukkan gambar dari setiap angle berbeza untuk ruang yang sama agar pengguna dapat menilai dan menganggar keluasan unit anda.

Elakkan letak gambar yang mengelirukan kerana ini akan memberikan review yang tidak baik daripada tetamu terhadap unit anda.

Airbnb juga ada menyediakan khidmat jurugambar professional untuk 'Host' gunakan jika perlu. Caj yang dikenakan bergantung pada saiz unit dan lokasi. Caj jurugambar ini hanya akan dikenakan setelah unit anda telah di paparkan di Airbnb dan dipotong setelah unit anda telah disewakan oleh tetamu.

3) Review


Review Airbnb




- Ini perkara paling penting dalam mempopularkan unit 'Host'. Lagi banyak review positif yang anda terima, lagi awal/atas kedudukan unit anda dipaparkan untuk kawsan carian yang dibuat oleh pengguna Airbnb.

Dengan review positif lima bintang yang banyak 'Host' terima untuk unit mereka, dapat memberikan kepercayaan kepada bakal pengunjung yang lain untuk menempah unit 'Host' di hari yang mendatang.

Pendek kata lagi banyak review positif yang anda terima, lagi untung kocek 'Host' :).

4) Pengalaman & Pengembaraan

Airbnb kini meluaskan lagi skop mereka dengan menawarkan khidmat pengalaman & juga pengembaraan daripada host untuk traveller. Host boleh menawarkan servis seperti aktiviti tour pusing bandar, jungle trekking masuk ke hutan, kelas masak masakan tradisional dan macam-macam lagi. Host akan letakkan yuran tertentu kepada traveller untuk menyertai aktiviti ini samaada secara berkumpulan ataupun berseorangan. Ini dapat menambahkan lagi pendapatan host juga dapat memberikan pengalaman bermakna kepada traveller yang datang ke sini.


Masukkan itenerari, gambar, aktiviti yang menarik supaya traveller tertarik dan dapat join aktiviti pengalaman atau pengembaraan yang ditawarkan dan dapat memberikan kenangan bermakna kepada traveller yang datang ke tempat/aktiviti host.


Akhir kata, anda sebagai pemilik kediaman boleh mendaftar sebagai 'Host' dan menggunakan portal Airbnb ini untuk menambahkan pendapatan anda. Mungkinkah anda Next Superhost di Malaysia nanti :)

Untuk mendaftar menjadi Host di Airbnb sila klik pada link berikut --> Daftar Host Airbnb

Atau klik pada logo Airbnb di bawah :-)


daftar dengan airbnb


Bagi anda yang tak pernah guna Airbnb, mungkin ini masanya anda gunakan airbnb semasa anda travel samaada dalam negara atau luar negara. Anda dapat menyewa samaada bilik atau satu rumah dengan tawaran harga yang menarik dan lebih murah berbanding anda menyewa di hotel-hotel. 

Ni ada post khas untuk mereka yang belum pernah guna Airbnb semasa melancong dalam atau luar negara. Baca melalui link ini --> Jimat Duit Hotel & Penginapan Ketika Melancong & Mengembara

Anda boleh lihat list-list bilik/rumah yang terdapat  di Airbnb di seantero dunia dan anda dapat contact terus owner berkenaan untuk bertanya atau request sesuatu. Lihat pada review-review daripada traveller-traveller sebelum ini yang stay di unit berkenaan dan jangan risau kebanyakan host ini semuanya baik & super-friendly :).

Juga anda boleh join aktiviti/pengalaman/adventure yang ditawarkan oleh host di suatu tempat itu seperti memasak masakan itali di Rome, lawatan ke Safari di Afrika Selatan untuk melihat haiwan-haiwan seperti singa & gajah dengan lebih dekat, berlayar ke Pulau Maui untuk melihat 'whale' melompat dan macam-macam lagi. Yang bestnya harga lebih murah berbanding anda tempah melalui travel agency

Jadi apa tunggu lagi, jom mendaftar dengan Airbnb. Sebelum tu, ini ada tawaran menarik untuk anda yang belum pernah mendaftar dengan Airbnb. PERCUMA travel credit RM165 dari Airbnb untuk anda

Anda boleh gunakan voucher ini semasa membuat booking dengan Airbnb nanti. Anda dah jimat RM165 untuk mencari tempat menginap semasa bercuti di dalam negara mahupun di luar negara nanti. 

Untuk nak dapatkan travel credit RM165 percuma ini anda perlu mendaftar sebagai ahli Airbnb pada link berikut --> Daftar Ahli Airbnb

Ooo sebelum terlupa, jika anda nak kan nasihat serta tips yang bagus untuk cara setup kediaman atau unit anda menjadi top-list dalam airbnb, jom belajar melalui ebook di bawah yang dikarang oleh salah seorang jutawan homestay di Malaysia, Saudara Faridil Atras yang merupakan salah seorang 'Superhost' dalam Airbnb. Terdapat banyak maklumat yang anda akan perolehi seperti nasihat, tips, cara nak dapat ranking tinggi dalam Airbnb, cara nak elak pelanggan dari curi/rosakkan barang dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata, jika anda berminat nak jadi host Airbnb atau nak buat bisnes homestay WAJIB baca ebook ini. Ianya agak 'pricey' sikit tapi percayalah, banyak ilmu berguna anda akan dapat dari ebook tersebut dan akan cover balik modal duit ebook tu sekejap je jika anda mula menjadi host dalam Airbnb dan 'applied' apa yang diajar di dalam ebook tersebut.

Jadi apa lagi..jom dapatkan ebook 'Jutawan Homestay' ini sekarang. Info lanjut atau pembelian ebook ini, sila klik pada banner di bawah.


Terima kasih & Selamat Ber'Airbnb' :)