Melancong bersama keluarga, kawan-kawan ataupun berseorangan..
Tak kira samada dalam negara atau luar negara..
Selalunya berapa banyak anda belanjakan untuk penginapan?
Jom saya tunjukkan cara daftar & guna Airbnb untuk lebih jimat dalam percutian & pengembaraan anda :)
Sebelum tu,
Nak tak kupon diskaun rm165 untuk booking pertama anda jika anda gunakan platform ini..tapi kena baca sampai habis posting ini :)
Tahu tak sebenarnya anda boleh jimat banyak duit penginapan semasa anda melancong.
'Airbnb' merupakan salah satu platform untuk anda dapat jimat banyak untuk kos penginapan samaada melancong bersendiri, kawan-kawan atau bersama keluarga. Bukan sahaja setakat penginapan, tetapi kini Airbnb menawarkan servis 'perkhidmatan' dan ''pengalaman' di mana anda boleh mendaftar pakej-pakej yang ditawarkan seperti 'jungle trekking', 'sightseeing', kelas masakan makanan tempatan dan bermacam-macam lagi. Yang menariknya harganya lebih murah berbanding dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh pakej pelancongan.
Airbnb ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Brian Chesky, Joe Gebbia dan Nate Blecharcyzk di San Francisco, California. Airbnb pada asasnya merupakan satu platform yang menghubungkan antara pemilik rumah yang di panggil 'host' yang ingin menyewakan unit mereka dan juga pelanggan atau 'guest' yang ingin mencari kediaman untuk disewakan. Dengan penghasilan apps serta website Airbnb ini, kedua-dua pihak iaitu 'Host' dan juga 'Guest' dapat memanfaatkan tujuan mereka.
Sehingga kini, jumlah pengguna Airbnb melebihi 150juta di serata dunia. Airbnb juga terdapat di 81000 bandar serta 191 negara di seluruh dunia. Tidak hairanlah dengan jumlah Host dan Guest yang ramai, Airbnb kini mempunyai 31 pejabat operasi di seluruh dunia.
Bagi anda yang selalu melancong memang harus untuk menggunakan Airbnb ini. Bukan setakat menjimatkan duit anda, malahan banyak kelebihan dan manfaat yang anda akan dapat. Antaranya waktu check-in dan check out yang fleksible, pelbagai kemudahan dalam unit kediaman yang disewa seperti kemudahan dapur (alatan memasak & bahan asas makanan), mesin basuh & pengering, astro/Tv Satelit, wifi dan juga boleh bayar dengan menggunakan kad kredit dan kad debit. Nak lagi best sekiranya anda mendapat layanan istimewa daripada owner atau 'Host'. Terdapat host yang menawarkan khidmat percuma menjemput anda samaada daripada stesen bas/keretapi atau airport. Masa ini yang patut anda gunakan untuk bergaul mesra dengan Host untuk bertanyakan tips-tips serta tempat-tempat 'hotspot' yang perlu anda lawati di tempat berkenaan. Kekadang tu, "Host' ini menyediakan 'welcome gift' seperti coklat, buah-buahan dan lain-lain untuk 'Guest' mereka.
Nak lagi pulangan wang, boleh guna 'Shopback' untuk dapat balik sedikit wang cashback yang anda guna untuk buat tempahan di Airbnb.
TAK PERNAH DENGAR TENTANG SHOPBACK? Nak tahu lebih lanjut tentang pulangan cashback melalui apps shopback, sila baca ini --> Info Shopback
Sehingga kini, terdapat lebih 5 juta listing unit untuk disewa kepada guest yang ditawarkan di seluruh dunia oleh Airbnb. Mengikut perangkaan yang dijalankan oleh Morgan Stanley pada tahun 2016, lebih 93% pengguna Airbnb berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima melalui Airbnb. Jadi tidak hairanlah jika ramai penduduk dunia hari ini memilih dan menggunakan Airbnb sebagai salah satu medium untuk mereka mencari penginapan ketika melancong.
Pengalaman Guna Airbnb
Saya sendiri pernah menggunakan platform Airbnb semasa bercuti bersama isteri semasa di dalam dan luar negara. Ianya memang sangat menjimatkan disamping dengan pelbagai kemudahan.
Contohnya semasa kami bercuti di Jepun. Kami telah menetap di Tokyo selama 2 malam untuk berjalan-jalan sekitar Bandaraya Tokyo yang terkenal dengan kesibukan dan kos living yang tinggi. Harga hotel jangan ceritalah memang mahal betul.. 😂
Dengan adanya platform Airbnb, kami dapat satu unit Airbnb yang berdekatan dengan JR Station (macam stesen LRT), kedai serbaneka yang banyak di sekitar, unit yang ada pelbagai kemudahan seperti alatan dapur, mesin basuh, microwave, ruang bilik air/tandas yang menarik (stail Jepun) serta kemudahan-kemudahan asas lain. Harganya pula amat berpatutan iaitu RM300 untuk 2 malam dengan segala kemudahan yang didapati serta lokasi yang strategik.
Sebelum book tempat ini, kami telah berhubung melalui mesej di dalam airbnb berkenaan unit yang disewa serta soalan-soalan berkenaan yang lain berkaitan dengan Tokyo.
Setelah berpuas hati, kami pun booked unit ini. Dalam seminggu lebih sebelum kami mula bercuti ke sana, tuan unit Airbnb ini akan mesej 'instruction' semasa anda nak masuk ke unit rumah ini nanti.
Apa yang menarik mengenai Airbnb ini, anda tak perlu untuk berjumpa dengan tuan unit rumah semasa check-in. Segala 'instruction' akan diberikan melalui mesej anda seperti contoh mesej saya di atas. Jangan risau jika ada masalah, anda boleh contact terus melalui no phone yang diberi di dalam mesej ataupun hanya mesej/whatsapp sahaja.
Setelah dapat masuk unit ini, bolehlah untuk berehat sekejap dan letak barang-barang travel sebelum keluar berjalan. DIINGATKAN!! sentiasa patuhi arahan & 'rule' yang diberikan oleh tuan unit rumah yang boleh didapati samaada dalam unit list dalam Airbnb ataupun 'Manual' yang disediakan oleh tuan rumah di dalam unit berkenaan.
Bila nak check out, letak semula kunci di dalam key box seperti dalam instruction dan jangan lupa inform tuan rumah melalui mesej atau whatsapp. Jika anda rasa best dan berpuas hati, tinggal review yang bagus-bagus untuk unit berkenaan di dalam platform Airbnb. Ini dapat membantu tuan unit rumah sebagai testimonial untuk 'next customer' mereka nanti.
Anda pun akan diberikan review oleh tuan unit rumah di dalam platform Airbnb ini dan ini akan dijadikan panduan oleh host-host unit airbnb yang lain nanti jika anda ingin 'book' unit airbnb di tempat-tempat lain di seluruh dunia.
Anda yang tak pernah menggunakan Airbnb tu, apakata cuba guna kali ini untuk 'next' percutian anda. Istimewa untuk anda diskaun sebanyak RM165 untuk booking pertama anda di Airbnb jika anda mendaftar melalui link ini --> Daftar Airbnb
ataupun daftar dengan klik pada logo di bawah.
Cara nak daftar airbnb? Meh saya tunjukkan.
1) Klik link ini untuk daftar --> Daftar Airbnb
Selepas itu gambar seperti di bawah akan keluar.
Dah daftar tu, apa lagi banyak tu diskaun RM165 untuk booking pertama, banyak tu...dah boleh nak rancang percutian samada dalam negara ataupun luar negara.
1) Klik link ini untuk daftar --> Daftar Airbnb
Selepas itu gambar seperti di bawah akan keluar.
Anda klik 'claim your credit' untuk dapatkan kredit percuma RM165 dari Airbnb jika anda mendaftar melalui link di atas..
Selepas itu, akan keluar pop-up ini pula
Anda boleh memilih samaada mendaftar menggunakan akaun facebook atau google atau juga melalui email anda. Terserah pada anda :).
Anda kena daftar melalui link invitation di atas tau untuk dapat voucher tu...kalau tanpa link tu xdapat tau. ☺
Kalau anda nak kredit percuma lebih lagi, lepas anda daftar.. anda boleh ajak kawan-kawan atau ahli keluarga anda untuk join airbnb melalui link invitation anda pula. Link ni anda boleh dapat melalui profile akaun anda.
Contoh saya tunjukkan seperti di bawah
Klik pada gambar profile anda dan lepas tu klik pada 'Invite Friends'.
Selepas itu, page ini akan keluar dan anda boleh copy link itu dan share melalui facebook, whatsapp, instagram, twitter, email atau apa saja medium yang anda guna. Kalau kat situ nampak tak sekiranya anda ada kawan yang join guna invitation link anda, RM90 akan masuk terus ke akaun Airbnb anda. Dah boleh jalan-jalan cari makan dah tu :)
Dah daftar tu, apa lagi banyak tu diskaun RM165 untuk booking pertama, banyak tu...dah boleh nak rancang percutian samada dalam negara ataupun luar negara.
Selamat bercuti :)