Cara Guna Fiverr Samaada Untuk Projek Ataupun Untuk Cari Duit Sampingan


Pernah dengar tentang Fiverr
Nak tahu cara untuk buat dan tambah duit serta pendapatan anda melalui Fiverr.
Fiverr merupakan satu platform di internet dalam mendapatkan khidmat orang lain ataupun dipanggil 'freelancer'dalam sesuatu 'task' yang diinginkan. 

Fiverr ditubuhkan pada tahun 2010 oleh 2 sahabat iaitu Micha Kaufman dan Shai Wininger. Konsep utama yang ditawarkan adalah mudah di mana menghubungkan antara pembeli dan juga penjual untuk khidmat digital dengan harga permulaan hanya pada USD5 sahaja, kalau ikut duit Malaysia sekarang bersamaan RM22. 

Pada peringkat awal kewujudan Fiverr ini, antara khidmat yang ditawarkan seperti penulisan, penterjemahan, reka bentuk grafik, 'programming' dan juga penyuntingan video. Kini terdapat pelbagai khidmat freelance yang boleh anda dapati di Fiverr seperti berkaitan perniagaan, 'lifestyle', buat game, logo dan macam-macam lagi. Di dalam Fiverr, khidmat atau 'task' yang ditawarkan ini dipanggil 'Gig'.

Sebenarnya terdapat pelbagai gig yang terdapat di Fiverr samada gig yang masuk akal dan ada juga gig yang tidak terpikir oleh akal 😅. Maksud saya gig yang masuk akal seperti anda memerlukan khidmat seperti buat logo, programming, terjemah bahasa, buat video promosi dan lain-lain lagi 'task' yang mana anda perlu khidmat seseorang yang mahir dalam bidang ini untuk anda upah.

Maksud bagi yang tidak terpikir oleh akal pula seperti gig nyanyikan lagu birthday untuk seseorang, jadi girlfriend untuk anda selama seminggu, khidmat untuk cuba ngorat pakwe/makwe untuk melihat kesetiaannya hinggakan ada juga khidmat untuk bantu anda untuk berpisah dengan kekasih anda.  Memang pelik dan tak diterima akal kan?

Tetapi gig-gig ini yang memberikan pendapatan kepada 'freelancer2' yang menggunakan Fiverr ini untuk menjual khidmat mereka. Kalau di Malaysia ini, seperti khidmat-khidmat di atas, anda dapat lihat terdapat khidmat seperti beli dan poskan poskad, khidmat jawab soalan berkenaan dengan Malaysia, khidmat personal shopper untuk pembelian barang di platform seperti Shopee & Lazada dan bermacam khidmat lain lagi.

Jadi bagi anda yang nak cari duit part-time mahupun full time, boleh gunakan platform Fiverr ini dalam mencari duit tambahan. Anda rasa anda pakar dalam bidang apa? Jadi tawarkan khidmat anda di dalam Fiverr dan dapatkan 'buyer' dari serata dunia.  

Bagi anda pula yang mempunyai projek yang memerlukan khidmat 'freelance', anda memang seharusnya menggunakan Fiverr ini kerana kosnya yang murah. Ia juga dapat menjimatkan masa anda di mana anda tidak perlu untuk cari freelancer cara manual di internet. Anda juga tak perlu membazirkan masa dan tenaga anda untuk membuat 'task' anda sendiri kerana terdapat ramai 'freelancer' yang boleh membantu anda siapkan 'task' anda dengan bayaran serendah USD5 sahaja

Berikut disenaraikan antara khidmat-khidmat atau 'gig' yang popular dilanggan oleh pembeli dari seluruh dunia untuk projek mereka. Anda pun boleh gunakan khidmat ini untuk projek anda

1) Graphic & Design


Ini merupakan kategori yang paling popular dan banyak dilanggan di Fiverr Untuk kategori ini, anda dapat mencari 'gig' seperti khidmat buat logo, design flyer & poster, edit gambar samaada melalui photoshop atau lain-lain program dan juga bermacam-macam lagi.

Yang terbaru, di bawah kategori ini terdapat khidmat dalam 'Resume Design'. Bagi anda yang sedang mencari kerja dan masih lagi tiada resume yang up to date, disarankan anda gunakan khidmat ini.


2) Digital Marketing


Zaman sekarang ni, ramai seller online wujud dan menggunakan pelbagai platform di internet samaada website sendiri, facebook, instagram, youtube, ecommerce website dan lain-lain lagi dalam memasarkan produk mereka secara online dan digital. 

Bagi yang nak mula atau dah lama jadi seller online tu boleh tengok-tengok kategori ini untuk memantapkan lagi pemasaran produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan di alam maya.


3) Penulisan & Penterjemahan



Bagi anda yang mempunyai projek atau tugasan tertentu yang ingin bantuan, boleh gunakan platform Fiverr ini untuk mencari 'freelancer' yang boleh menyelesaikan tugas anda. Walaupun pada masa kini, terdapat website seperti google translate yang boleh bantu anda translate tetapi ayat di dalamnya kekadang berterabur dan mungkin kelakar bunyinya bila di'translate' :). Jadi sebagai langkah selamat, anda kenalah cari orang yang dapat membantu anda dalam proses penterjamahan ini.

Untuk penulisan pula, anda boleh cari freelancer yang boleh membantu anda samaada dalam penulisan blog mahupun assignment anda :). Bagi yang nak cari kerja pula, bagi nak dapatkan penulisan 'cover letter' serta 'resume' yang power boleh pergi ke kategori ini. Pasti company yang baca resume dengan cover letter anda terkejut dengan ayat-ayat professional yang terdapat dalam tu.


4) Video & Animasi

Anda ada projek berkenaan video dengan animasi tetapi tak mahir dan tahu macammana nak buat. Takpe..serahkan saja pada pakar-pakar yang terdapat dalam Fiverr ini. Dengan caj awal serendah USD5, anda hanya perlu berbincang dengan freelancer2 ini untuk projek impian anda dan mereka akan bantu menyelesaikannya. Jadi tak perlu anda nak pening kepala dalam memikirkan projek video & animasi anda nanti.


5) Programming & Teknologi

Yang ni agak spesial sikit. Bab programming ni memang sesuatu yang memeningkan kepala, tetapi tidak pada yang pakar. Samaada anda ingin bantuan dalam buat web programming, wordpress ataupun untuk dapatkan bantuan untuk buat mobile apps, bolehlah untuk 'riki' kategori ini. Terdapat pelbagai 'gig' yang ditawarkan dan anda boleh cuba dapatkan freelancer yang boleh membantu merealisasikan impian anda.


6) Lifestyle



Untuk kategori yang ini, ada gig/khidmat seperti yang dibagitahu awal-awal post tadi (yang tak masuk akal tu..) 😏. Tapi gig-gig lain pun banyak seperti khidmat rundingan untuk 'fitness', belajar online, khidmat guna mimik suara artis dan macam-macam lagi. 

Bagi anda yang sedang mencari item-item rare dari negara-negara berkenaan, boleh cuba untuk cari freelancer yang menawarkan khidmat dari negara berkenaan untuk mencari barang yang anda hendak cari itu (eh berapa banyak cari la...). 

Yela..kekadang tu anda ada satu item rare yang anda tahu ada dari negara berkenaan tapi anda tak dapat beli/cari di platform seperti Ebay, Amazon dan lain-lain. Jadi langkah terbaiknya anda cari seseorang dari negara berkenaan yang boleh tolong anda carikan barang berkenaan dan poskan kepada anda.


7) Business

Bagi anda yang yang hendak bermula mahupun melebarkan perniagaan, cuba 'check' kategori ini. Terdapat pelbagai khidmat yang berkait sangkut dengan perniagaan seperti 'Market Research', 'Business Plan', 'Data Entry'. 'Power Point Presentation' dan bermacam-macam lagi. Jadi dengan adanya khidmat-khidmat ini, dapat mempercepatkan lagi impian anda dalam membentuk dan melebarkan bisnes anda.

Dengan wujudnya platform atau laman web Fiverr ini, ianya melahirkan ramai 'freelancer' di seluruh dunia yang mahir dalam bidang masing-masing dalam mencari pendapaptan samaada secara parttime mahupun fulltime. 

Juga Fiverr telah membantu masyarakat di seluruh dunia untuk memudahkan kerja atau projek yang mereka ingin lakukan dengan mencari freelancer berdasarkan khidmat/gig yang mereka ingini dengan harga yang murah dan berpatutan. Jadi ia sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga dalam menjayakan projek/kerja yang mereka ingin siapkan.

Jadi, jom ke website Fiverr untuk lihat apa gig/khidmat yang anda rasa sesuai untuk projek anda ataupun gig/khidmat apa yang anda rasa anda boleh lakukan untuk dapat duit secara part time. Anda boleh samaada klik pada logo Fiverr di bawah ataupun klik pada bahagian kategori di atas untuk terus ke kategori di dalam Fiverr. Semoga Berjaya..

Klik Logo Di Atas Untuk Ke Website Fiverr :)

Post a Comment

0 Comments