7 Barang Ni Kena Ada Di Hari Raya

Pejam celik, pejam celik dah nak dekat Raya Aidilfitri. 
Selepas sebulan berpuasa melawan nafsu, lapar & dahaga, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Setelah 2 tahun kita tak dapat beraya, diharapkan untuk raya tahun 2022 ini kita semua dapat menyambut raya dengan meriahnya (tapi jangan lupa patu sop ya ☺) . kita sama-sama doakan agar Covid-19 ini cepat-cepat pergi dan hilang.

Anda dah mula beli semua keperluan untuk Raya nanti?
Kalau tak beli lagi, baik beli sekarang sebelum last-last minit kelam-kabut nanti.
Kalau sibuk sangat, beli je online nanti parcel terus sampai rumah :).

Tak pasti barang raya apa tak beli lagi? Sini kami senaraikan antara keperluan raya yang anda perlu sediakan nanti.


1) Baju Melayu / Kurta

Bagi kaum lelaki, mesti nak nampak segak bergaya ketika sembahyang raya di Masjid nanti. Bagi yang ada anak tu, mesti nak nampak sedondon bapak dengan anak.

Anda ada pilihan samaada hendak membeli sepasang lengkap baju melayu ataupun dengan membeli kurta.
                    
 


 


2) Butang Baju Melayu

Baju Melayu dah ada...mestilah nak kena padan dengan butangnya. Pada masa kini, ada pelbagai bentuk pilihan butang baju melayu samaada yang tradisional mahupun yang terkini seperti butang batu biasa, butang berbentuk keris ataupun yang tengah famous masa kini, butang baju melayu 'Avengers'

           Butang Baju Melayu Superheroes                       Butang Baju Melayu Keris

Butang Baju Melayu

 

3) Baju Kurung Raya

Untuk Para Gadis & Wanita pula, mesti nak nampak menawan di Aidilfitri nanti. Antara yang tampak cantik dipakai ialah baju kurung samaada yang tradisional mahupun yang moden.

 

 

4) Tudung Raya

Dah baju kurung pun dah baru, mestilah tudung pun nak baru kan? Ada pelbagai jenis tudung di pasaran ketika ini seperti tudung bawal, tudung syria, tudung awning, tudung owl dan macam-macam jenis lagi. Pilih je yang mana yang matching dengan kaler baju raya anda nanti :)




 

5)  Kasut & Sandal Raya

Antara yang nampak segak bergaya ketika bertandang menziarahi rumah saudara-mara ialah dengan mengenakan kasut raya. Bagi yang rimas kalau pakai kasut tu bolehlah untuk cari sandal atau capal baru. 

Capal 



    

6) Pelita Raya

Baik tinggal di Bandar mahupun yang tinggal di kampung, ceriakan kawasan malam kawasan rumah anda dengan pelita raya. Tak kisah sama ada pelita tradisional (minyak tanah) ataupun pelita moden masa kini (bateri/solar) yang ada pelbagai kaler lampu.

Pelita Raya Moden  Pelita Raya Tradisional

 

7) Bekas Kuih Raya

Masa Hari Raya ini aktiviti kunjung-mengunjung amatlah digalakkan dalam mengeratkan silaturrahim sesama keluarga ataupun sahabat-handai. Dah tetamu datang ziarah rumah tu, mestilah nak dijamu dengan juadah makanan, minuman dan kuih raya. Masa inilah nak kena letak kuih raya tu dalam bekas yang menarik supaya senang tetamu untuk memilih kuih pilihan mereka.

  
 

 

Tapi kalau dah beli bekas kuih raya, mestilah nak ada kuih/biskut raya kan :). Kita sebagai rakyat Malaysia perlu rasa bertuah kerana terdapat ratusan jenis kuih/biskut raya yang tersedia ketika ini. Kuih/biskut raya ini anda boleh dapatkan di mana sahaja samaada di shopping mall, hypermarket, platform ecommerce, facebook ataupun peniaga dari rumah setempat di kawasan anda. 


Yang dicadangkan di atas ini baru hanya 7 barang je tau. Sebenarnya ada banyak lagi bergantung pada keperluan individu. Ingat jarang boros berbelanja. Nanti sengsara lepas raya :). Semoga
 hari raya tahun ini dapat disambut meriah oleh kita semua.