Bulan Ramadan hampir tiba. Selama sebulan ni umat Islam akan berpuasa menahan lapar & dahaga dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya sang suria. Di bulan puasa ini juga, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal & juga bersedekah.
Antara yang menjadi pilihan sedekah pada bulan Ramadan ini adalah dengan memberi makan kepada orang yang berpuasa ketika mereka berbuka. Anda yang bersedekah ini akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu. Besarkan ganjaran bersedekah untuk orang berbuka!
Salah satu makanan yang anda boleh sedekah ialah kurma. Umat Islam seperti biasa akan mula berbuka puasa dengan makan kurma atau tamar dahulu sebelum sambung dengan juadah lain.
Terdapat pelbagai produk 'kurma gift' terdapat di pasaran yang boleh anda dapatkan dan boleh sedekahkan samaada untuk ahli-ahli keluarga, rakan, teman kerja, anak-anak yatim, fakir miskin dan pelbagai lagi. Pada masa kini, produk-produk 'kurma gift' ini terdapat dalam bungkusan yang menarik serta harga yang berpatutan.
Di sini saya senaraikan antara produk-produk kurma gift yang boleh anda dapatkan & beli di platform Shopee ataupun di platform Lazada
1) Aliyah Food 7 Ajwa Dates/Kurma
Dengan bungkusan serta kotak packaging menarik, terdapat 7 biji kurma ajwa dalam setiap kotak. Harganya juga amat berbaloi untuk anda beli samaada sikit atau pun pukal.
2) Premium Mix Dates

Produk kurma gift ini juga menarik kerana menggabungkan 5 biji kurma berbeza jenis dalam satu kotak. Kurma-kurma juga ini dibungkus dalam kotak yang menarik dan sesuai untuk dibuat sebagai hadiah untuk berbuka.
3) Kurma Ajwa 100g
Untuk gift yang ini,terdapat 100gram kurma ajwa dalam setiap kotak. Dengan design kotak yang menarik, ianya amat sesuai untuk dibuat hadiah untuk teman-teman sekerja atau teman-teman setaman/sekampung, adik-beradik, sanak sedara dan juga lain-lain
4) Kurma Ajwa Al Madina
Di dalam setiap kotak gift kurma ajwa Al Madina ini, terdapat 7 biji kurma ajwa yang dapat anda buat sebagai hadiah mahupun sedekah untuk orang berbuka puasa
5) Kurma Door Gift
Untuk kurma gift yang ini, ianya menarik kerana mempunyai 6 jenis bungkusan berbeza yang sangat cantik untuk anda pilih. Anda juga dapat memilih jenis kurma yang anda mahu. Setiap bungkusan mempunyai kurma 100gram dan setiap jenis kurma mempunyai harga yang berbeza.
6) Kurma Ajwa Premium Bottle
Produk ini dipekkan dalam botol yang menarik. Terdapat 3 jenis berat (botol) pilihan samaada 300gram, 500 gram dan juga 1 kilogram untuk kurma ajwa.
7) Kurma Ajwa Baraka Corner
Baraka Corner menjual Kurma Ajwa dalam botol yang mempunyai 3 pilihan seperti gambar di atas yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Tapi jika dilihat di dalam kedai shopee mereka untuk produk ini, tercdapat satu lagi pilihan iaitu 150gram. Anda juga boleh ke kedai shopee mereka untuk melihat jenis botol yang sama untuk pilihan jenis kurma yang lain.
8) Kurma Ajwa (Gift Set 7 biji)
Untuk kurma gift yang ini, ianya menarik dan nampak 'simple'. Terdapat 7 biji kurma ajwa dalam setiap peket. Kalau dilihat dalam shopee & lazada store mereka, terdapat juga kurma ajwa 100g dalam bentuk packaging yang sama yang juga sesuai untuk dijadikan hadiah dan sedekah.
Terdapat pelbagai lagi pilihan kurma gift yang boleh anda lihat di platform market online ini. Anda juga boleh ke bazar-bazar ramadan dan kedai yang menjual kurma berdekatan untuk melihat kurma gift lain yang menarik. Terpulang kepada anda untuk 'check' dan pilih mana yang menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai hadiah mahupun sedekah.
Akhir kata jangan lupa perbanyakkan amalan dan bersedekah untuk bulan Ramadan kali ini. Moga Ramadan kali ini yang terbaik dan terindah untuk kita semua.
0 Comments