Bulan Ramadan semakin hampir. Kita sebagai umat Islam sememangnya akan rasa amat gembira bila bulan puasa menjelma kerana di waktu ini lah kita dapat melipatgandakan amalan kita disamping kemeriahan dalam menyambut bulan Ramadan ini.
Antara perkara wajib ada di bulan puasa ini ialah kurma. Kita disunatkan untuk berbuka dengan buah tamar atau panggilan lainnya iaitu kurma. Lazimnya pada bulan Ramadan ini, setiap rumah orang Islam akan memiliki sekurang-kurangnya sekotak kurma untuk dimakan ketika berbuka. Setiap orang akan mula mencari kurma yang paling bagus dan paling sedap yang dijual di Malaysia ini. Kurma yang ada ada pelbagai jenis dan juga diimport dari pelbagai negara yang kebanyakannya berasal dari negara Timur Tengah (Middle East).
Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis kurma yang dibawa masuk dari negara Timur Tengah ini. Sebelum ini, setiap kali bila bulan puasa bakal menjelma akan terdengar iklan berbisik samaada di radio ataupun di televisyen "KEENAKAN BUAH KURMA..YUSUF TAIYOOB" dan ini menandakan Ramadan bakal tiba. :). Jenama 'Yusuf Taiyoob' ini merupakan antara salah satu pengedar jenama kurma yang sangat terkenal di Malaysia disamping jenama-jenama yang lain.
Setiap kali bulan Ramadhan, rakyat Malaysia akan memilih jenis kurma kesukaan mereka samaada dibawa ketika berbuka mahupun untuk dihadiahkan atau disedekahkan. Terdapat pelbagai jenis kurma terdapat di pasaran Malaysia. Berikut merupakan antara 7 jenis buah kurma yang popular sepanjang bulan ramadan di Malaysia. Anda boleh klik pada butang 'shopee' yang dipaparkan untuk melihat lebih lanjut atau membeli jenis kurma berkenaan.
1) Kurma AJWA
Semestinya kurma yang paling popular bagi kesemua negara Islam termasuk negara Malaysia ini. Ini kerana ianya jenis kurma kesukaan Rasulullah (SAW) dan banyak hadis berkenaan kelebihan memakan kurma Ajwa ini.
Kurma Ajwa kebanyakannya ditanam di ladang-ladang kurma sekitar Madinah Munawara. Ianya kurma yang berwarna hitam. Buahnya yang segar dan manis membuatkan anda merasa takpuas jika hanya memakan sebiji sahaja. Saiz biasa bagi kurma Ajwa adalah lebih kecil tetapi mempunyai isi tekstur yang sangat lembut.
Harga kurma Ajwa di Malaysia antara yang paling mahal berbanding jenis kurma yang lain. Terdapat ramai pengedar dan penjual kurma Ajwa terdapat di platform Shopee. Anda boleh lihat senarai harga dari penjual dari platform ini dengan klik pada butang di bawah.
3) Kurma MARIAMI
Kurma ini pula berasal dari negara Iran. Nama kurma ini Mariami kerana kurma ini yang dimakan oleh Maryam semasa melahirkan Nabi Isa (AS). Kurma Mariami mempunyai tekstur yang sedang-sedang iaitu antara lembap dan kering.
Kurma Mariami sangat bagus dimakan bagi wanita yang baru bersalin kerana mempunyai zat besi yang tinggi dalam membantu menambahkan darah. Ia juga dapat membantu memudahkan proses bersalin dan membantu mengecutkan rahim setelah bersalin
4) Kurma MEDJOOL
Kurma Medjool adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma. Kurma Medjool dikenali untuk nilai khasiatnyaa yang lebih tinggi samaada dari segi kalsium, besi, fosforus, magnesium dan vitamin C.
5) Kurma MAZAFATI
Kurma ini jika di negara kita dikenali sebagai kurma madu. Ianya kerana kurma ini mempunyai isi yang tebal, kandungan isinya yang berair (kelembapan yang tinggi) serta rasa yang manis sama seperti madu. Ciri-ciri kurma ini ialah ianya bersaiz sederhana dan berwarna gelap.
Kurma ini berasal dari negara Iran dan juga dianggap antara kurma paling sedap di dunia. Kurma madu ini mengandungi sumber kalcium, sulfur, iron, potassium, phosphorous, manganese, copper and magnesium yang mana sangat baik dan bermanfaat untuk tubuh manusia.
6) Kurma SUKARI
Kurma ini merupakan antara kurma yang digemari di negara timur tengah terutamanya untuk kaum lelaki. Sebab utamanya kerana kurma ini dikatakan dapat 'menambah dan meningkatkan kelakian' , kalau di Malaysia dikira umpama makan tongkat ali 😆. Kurma ini pada zaman dahulu juga dipanggil kurma raja-raja kerana golongan raja di negara Timur Tengah gemar memakan jenis kurma ini.
Kurma Sukari berwarna coklat terang dengan warna kuning ranum di bahagian hujungnya. Kurma ini tampak keras diluar tetapi jika dimakan akan rasa sangat lembut di dalam mulut. Kurma ini juga mempunyai nilai gizi dan kandungan zat besinya yang tinggi. Kaya akan vitamin dan mineral sehingga khasiat buah kurma Sukari antara yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol serta menjaga kesihatan sistem badan jika diamalkan.
7) Kurma DEGLET NOUR
Kurma ini berasal dari Algeria dan maksud Deglet Nour ialah 'Ratu Kurma'. Kurma ini mempunyai warna kulit yang lutsinar serta rasanya yang lembut dan manis seperti madu. Kurma ini banyak ditanam di negara-negarai Mediterranean. Jangan terkejut kerana kurma ini juga ada ditanam ni negara Amerika Syarikat dan ianya antara kurma paling diminati di negara berkenaan.
Seperti juga jenis kurma-kurma yang lain, kurma Deglet Nour ini juga banyak mengandungi sumber mineral yang bagus untuk kesihatan tubuh badan manusia. Di Malaysia, kurma Deglet Nour ini biasanya dijual dalam bentuk bertangkai. Ini bagi memastikan kesegarannya dan supaya ia tahan lama. Bagi yang mendapatkan kurma Deglet Nour ini, bolehlah mencari di pasaraya berhampiran anda ataupun dengan beli secara online di shopee melalui butang di bawah :)
Secara keseluruhannya, terdapat banyak lagi jenis kurma yang terdapat di pasaran Malaysia yang kebanyakan memang diimport dari negara-negara Arab. Jualan kurma ini memang akan melonjak tinggi bila bulan Ramadan menjelma. Ada yang untuk dibuat makan sendiri & keluarga ketika berbuka, untuk disedekahkan kepada warga yang memerlukan dan ada juga kurma ini yang dibuat sebagai hadiah gift kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Bagi yang ingin melihat kurma gift ataupun set-set kurma untuk dibuat sedekah bolehlah klik pada banner di bawah di mana terdapat pelbagai set-set kurma yang sesuai untuk dibuat hadiah, di bawa ketika ke jemputan berbuka bersama rakan-rakan mahupun keluarga juga serta untuk disedekahkan ke surau, masjid, rumah kebajikan, rumah anak yatim dan sebagainya.
Marilah kita semua meraikan Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah serta amal. Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Aminn...
0 Comments