Cara Daftar Dan Melabur Dengan Wahed Invest


Nak melabur tapi tak tahu nak melabur kat mana yang patuh syariah?
Nak main saham tapi tak berapa nak reti...
Pernah dengan tentang Wahed Invest?
Jom saya tunjukkan cara nak mendaftar dan juga melabur dengan pelaburan Wahed Invest.

Wahed Invest ini merupakan 'Robo Advisory' atau bahasa melayunya Penasihat Robo :)
Maksud Penasihat Robo ini ialah ianya dikategorikan sebagai penasihat kewangan yang menyediakan nasihat kewangan serta pengurusan pelaburan secara 'online' dengan intervensi manusia yang minima. Khidmat nasihat kewangan yang diberikan secara digital berdasarkan peraturan algoritma dan matematik.

Peningkan nak paham..:)
Dalam kata mudahnya, anda hanya melabur secara online melalui apps dengan modal yang tertentu dan pihak Wahed Invest akan gunakan wang anda itu untuk dilaburkan di pasaran-pasaran tertentu yang semestinya patuh syariah. Anda hanya berurusan melalui smartphone anda melalui apps tanpa perlu berjumpa depan-depan dengan 'broker'. Keuntungan pelaburan akan diberikan kepada anda. 

Ini bukan SCAM tau sebab ianya telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Platform Robo Advisory Wahed Invest ini merupakan yang di kawal selia oleh SC selepas Stashaway dan MyTheo.

Cumanya Wahed Invest ni lebih patuh kepada shariah dan menyediakan Halal-based investment platform yang memfokuskan pelaburan di pasaran US.

Ok kita lihat sejarah penubuhannya pula. Wahed (Company) ditubuhkan pada tahun 2017 dan beribu pejabat di New York. Founder & CEO nya pula ialah Junaid Wahedna, seorang pemuda yang bervisi tinggi dan mempunyai serta minat yang tinggi berkenaan dengan investment berasaskan 'Shariah Law'. Berasal dari India dan kemudian belajar di sekolah & universiti di Dubai sebelum berpindah ke Amerika Syarikat dalam memulakan kerjayanya.

Pada Ogos 2018, ia meluaskan operasinya ke London dan seterusnya pada November 2018, Wahed melancarkan Halal Stock Screener Applikasi Mobile dalam membanding 50000 Shariah Stock.

Pada November 2019, Wahed telah berusahasama dengan Bank Muamalat, melancarkan operasi mereka di Malaysia dan  didaftarkan atas nama Wahed Technologies Sdn Bhd. 


Sehingga kini, Wahed Invest telah beroperasi di 130 negara dan mempunyai 'hub office' di Washington DC, New York, London & Dubai.  Jadi anda tak perlu ragu-ragu untuk melabur di dalam Wahed Invest ini kerana memang terbukti Halal & patuh shariah.

Dalam erti kata mudah lagi, dengan Wahed Invest ni, anda hanya perlu sign-up, masukkan 'fund' dan seterusnya monitor performance akaun anda 




Cara Daftar Wahed Invest

Mula-mula sekali anda kena download applikasi Wahed melalui google play ataupun melalui apple apps store. 

Tetapi sebelum tu jangan lupa nanti anda masukkan kod rujukan ini 'rozmat5' untuk melayakkan anda mendapat percuma RM10 dalam akaun anda nanti setelah anda mendeposit minimum RM100 dalam akaun anda. Kod rujukan ini merupakan antara imbuhan yang ditawarkan oleh Wahed Invest kepada pelaburnya dalam membantu mencari pelabur lain untuk mereka. Sebagai 'reward', empunya akaun kod rujukan itu akan mendapat RM10 dan pelabur akaun baru yang mendaftar menggunakan kod rujukan itu pun akan mendapat RM10. Jadi sama-sama dapat RM10 ☺

Jangan tak masukkan kod rujukan tau sebab nanti anda tak dapat percuma RM10...rugi tu

 

Selepas download anda terus buka apps Wahed Invest dan sebagai pengguna pertama kali akan keluar segala informasi mengenai Wahed sebelum anda mendaftar.

   


Dan segala info tersebut, maka anda akan terus ke apps page seperti dibawah di mana anda perlu mendaftar menggunakan emel anda serta set password untuk akaun Wahed Invest anda ini

 
 

Selepas itu anda kena log in ke emel yang anda daftar tadi untuk sahkan kata laluan melalui kod  yang dihantar ke emel anda

 


Setelah itu, akan keluar negara mana anda menetap & sudah tentulah negaraku Malaysia 😊.
Akan keluar pula soalan mengenai sekiranya anda ada kena mengena dengan Amerika Syarikat (warganegara, pemegang kad hijau atau permastautin) dan katakan tidak jika anda tidak ada kena mengena langsung 😁 . Jangan risau sebab soalan ini ada kena mengena dengan declaration & tax untuk warga US disebabkan asal Wahed Investment ini daripada sana.

 

Ok soalan yang keluar selepas ini akan kena mengena dengan portfolio yang Wahed akan cadangkan untuk anda berdasarkan info-info yang anda beri. Jenis portfolio yang akan diberikan nanti hanyalah cadangan sahaja dari Wahed dan terpulang kepada anda samaada untuk mengikut portfolio yang dicadangkan ataupun mengikut portfolio pilihan anda sendiri.

  

  


  

 

Setelah anda memasukkan semua info di atas, maka Wahed akan keluarkan cadangan portfolio. Untuk kes saya ini, portfolio yang dicadangkan ialah 'Sederhana' . Dalam portfolio yang dicadangkan itu juga, nilai anggaran prestasi keuntungan yang akan saya terima adalah 7.22% setahun. Tapi ini hanyalah nilai anggaran sahaja tau, bukan tepat. Ada masa lebih tinggi dan ada masa lebih rendah bergantung pada jenis portfolio anda. 

Sekiranya anda rasa ok dengan portfolio yang dicadangkan, seterusnya anda klik pada 'Pilih portfolio ini'


  

Senarai jenis-jenis portfolio yang lain dapat dilihat pada rajah di bawah.



Seterusnya, setelah anda memilih portfolio yang diingini, maka anda dah boleh mula buka akaun anda bersama Wahed. Isikan segala maklumat yang dikehendaki.

  

  

 

Ok untuk page yang keluar lepas ni memang akan mambantu anda untuk tambahkan sedikit investment iaitu tambahan sebanyak RM10 percuma sahaja dengan memasukkan kod rujukan dari referral anda. Bagi yang baru nak mendaftar, harap saya dapat jadi referral anda di mana anda akan dapat RM10 dan saya pun akan dapat RM10 😄.

Anda boleh masukkan kod rujukan berikut 'rozmat5' untuk dapatkan tambahan percuma RM10 dalam akaun investment Wahed anda nanti. Jangan biarkan kosong kod rujukan tu sebab nanti tak dapat imbuhan tambahan RM10 dari Wahed Invest. 

Anda juga nanti bila sudah mendaftar akan mendapat kod rujukan daripada Wahed di mana anda boleh gunakan kod rujukan anda nanti untuk ajak keluarga/rakan anda untuk daftar akaun dengan Wahed. Anda akan mendapat RM10 dan keluarga/rakan anda pun akan mendapat RM10 dalam akaun mereka nanti.

Jadi bagi yang baru mendaftar dan menggunakan 'referral code'/kod rujukan saya iaitu 'rozmat5', terima kasih daun keladi ☺



Lepas itu anda akan lihat page seperti di bawah iaitu yuran yang dikenakan oleh Wahed atas khidmat yang diberikan. Bagi pelaburan kurang dari RM500k, yuran tahunan yang dikenakan hanya 0.79% dan kalau lebih RM500k, yurannya berkurang ke 0.39%. Jadi kalau nak yuran tahunan yang murah, jadi melaburlah lebih RM500k :). Yuran ini masih lagi rendah jika anda bandingkan dengan caj yang dikenakan oleh 'investment advisor' yang lain.

Selepas itu, anda boleh klik pada 'Buka Akaun Saya'


Sebelum akaun anda boleh aktif sepenuhnya, Wahed akan meminta anda menghantar dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan seperti laman di bawah untuk proses verifikirasi. Ini bagi memastikan anda merupakan pemilik sebenar akaun anda sendiri. Anda boleh pilih samaada nak bagi gambar IC, lesen memandu ataupun passport anda. 

Untuk bukti alamat, anda boleh bagi gambar bil utiliti anda.

  

Bila anda sudah selesai untuk proses verifikasi, maka bolehlah anda 'decide' untuk berapakah modal awal yang anda ingin laburkan. Anda boleh pilih samaada ingin masukkan secara mingguan, bulanan ataupun hanya sekali ini sahaja. Pilih kaedah pembayaran anda dan akan keluar senarai perbankan untuk anda transferkan duit bagi pelaburan anda ini.

  

Finally...pergh akhirnya selesai untuk mendaftar akaun dengan Wahed Investment. Tapi anda kena tunggu dalam sedikit masa sebelum Wahed akan emailkan kepada anda mengenai jumlah deposit yang anda masukkan tadi. Selepas dana deposit anda tadi diterima oleh Wahed, maka dana akan mula dilaburkan berdasarkan portfolio yang anda pilih tadi.   

 

TAHNIAH kepada anda kerana berjaya membuka akaun pelaburan bersama Wahed Investment. Anda boleh login ke akaun anda untuk lihat dan pantau 'flow' dana pelaburan anda nanti. Perlu diingat bahawa ini adalah pelaburan berdasarkan risiko portfolio yang anda pilih, jadi adakalanya anda akan dapat lihat anda dapat peratus untung yang tinggi, rendah dan kadang-kadang tu akan ada rugi. 

Tapi jangan risau, Wahed akan cuba pastikan pelaburnya mendapat untung semaksima yang boleh, jadi mereka pun akan dapat keuntungan melalui caj yuran yang mereka unjurkan tadi.

Setiap minggu, Wahed Invest Malaysia akan menghantar email kepada anda mengenai 'Tinjauan Mingguan Pasaran Saham'. Ianya sedikit sebanyak  dapat memberi anda info mengenai pasaran saham semasa. Kalau anda rasa ok dengan Wahed Invest ini, jangan lupa untuk tambahkan modal pelaburan. 

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaburan Wahed Invest ini, anda boleh ke laman web mereka pada link berikut --> https://wahedinvest.com/
Jangan risau kerana ada 2 bahasa samaada english atau bahasa melayu untuk anda pilih. 

Tapi jangan lupa masukkan kod rujukan ini 'rozmat5' semasa mendaftar nanti tau. Kita sama-sama dapat RM10 tambahan dari Wahed Invest nanti

INGAT! Hensem atau tak, Kaya atau tak, janji invest 😊

Post a Comment

0 Comments