Cara Nak Memohon & Semak Status Pengeluaran i-Sinar EPF KWSP

21 Disember 2020 merupakan tarikh yang dinantikan oleh rakyat Malaysia yang layak untuk memohon pengeluaran KWSP seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia. Proses untuk pemohonan ini amatlah mudah dengan hanya melakukan secara online / atas talian tanpa perlu ke kaunter. Sini saya tunjukkan cara untuk memohon pengeluaran i-sinar dan juga cara untuk semak status pengeluaran i-sinar yang anda telah pohon.

Walau bagaimanapun, pastikan anda telah mendaftar nombor handphone di mana-mana cawangan kwsp / epf kiosk yang terdekat. Pendaftaran nombor telefon bimbit diperlukan untuk permohonan pengeluaran i-sinar. Bagi yang telah mendaftar i-akaun epf boleh terus ke portal i-sinar untuk membuat permohonan pengeluaran. 

Terdapat 2 kategori yang layak untuk memohon permohonan ini iaitu 

1. Kategori 1 

- Ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan, suri rumah, bekerja sendiri, hilang perkerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan.
- Untuk kategori 1 ini, permohonan boleh dilakukan bermula 21 Disember 2020.
- Tiada dokumen sokongan diperlukan

2. Kategori 2

- Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok 30% sejak tarikh 1 Mac 2020
- Untuk kategori 2 ini, permohonan boleh dilakukan bermula 11 Januari 2021.
- Dokumen sokongan diperlukan.

Permohonan i-sinar ini boleh dibuat di portal i-sinar

Cara Daftar i-Sinar

1) Buka portal i-sinar melalui link berikut --> https://isinar.kwsp.gov.my/ dan anda akan lihat laman web seperti rajah di bawah.


Pastikan anda berada di dalam kategori 1 untuk permohonan yang bermula 21 Disember ini. Bagi kategori 2 pula boleh mula memohon pada 11 Januari 2021 nanti. Masukkan nombor kad pengenalan anda serta nombor telefon bimbit yang anda dah daftar sebelum ini. Selepas itu klik pada butang 'Teruskan'

2) Masukkan OTP


Pinkod OTP akan dihantar ke handphone anda. Pastikan handphone anda ada dengan anda :).
Masukkan pin OTP yang diberi dan klik pada 'Sahkan OTP'. 

3) Periksa & Tetapkan Jadual Pengeluaran


Bila anda sudah dapat untuk log-in kedalam akaun i-sinar anda, maka akan keluar jumlah amaun yang layak untuk anda untuk buat pengeluaran. Seperti yang ditetapkan oleh kwsp, bagi akaun ahli yang mempunyai baki simpanan kurang dari RM100,000 maka jumlah maksimum pengeluaran bulan pertama adalah RM5000. Selepas itu baki pada jumlah yang layak dikeluarkan akan dibahagikan pada 5 bulan seterusnya. Contohnya seperti gambarajah di atas.

Bagi akaun ahli yang mempunyai baki simpanan lebih dari RM100,000 pula, maka jumlah maksimum pengeluaran bulan pertama adalah RM10000 & baki pula untuk jumlah yang layak dikeluarkan akan dibahagikan pada 5 bulan seterusnya..

Anda boleh buat pilihan samaada untuk membuat pengeluaran maksimum yang ditetapkan untuk bulan pertama berdasarkan pilihan anda sendiri. Bila anda sudah pasti dan yakin jadual pengeluaran nanti mengikut citarasa & keadaan anda nanti, maka bolehlah tekan butang 'Teruskan'.

4) Masukkan Maklumat Permohonan


Masukkan segala detail yang diperlukan seperti nama penuh, no ic, alamat emel, nombor telefon bimbit dan juga alamat kediaman/surat-menyurat anda.

Jika anda scroll ke bawah lagi pada page yang sama, maka anda akan dapat lihat mengenai maklumat pembayaran. Sila masukkan dan pastikan maklumat bank serta no akaun yang betul untuk kwsp masukkan nanti duit pengeluaran.


5) Periksa Pengesahan Permohonan


Langkah terakhir, anda kena periksa dan pastikan segala maklumat dan cara pembayaran yang anda masukkan & tentukan tadi. Pastikan anda betul-betul pasti sebelum anda sahkan. Jika ada yang tersilap, tekan semula pada butang 'kembali' untuk ia ke laman sebelumnya untuk anda membuat pembuat pembetulan. Tapi sekiranya tiada pembetulan & anda berpuas hati atas maklumat yang diberikan, maka bolehlah anda tekan butang 'Hantar'. Tapi opss tunggu dulu, pastikan anda tick pada ruangan 'Saya Bukan Robot' tu. Iyalah...mana ada robot yang ada EPF kan :) . 

6) Senyum .. 😁


Sama seperti gambar avatar tu yang tengah senyum, maka anda pun bolehlah senyum kerana permohonan anda telah pun diterima. Anda boleh periksa status permohonan anda nanti mulai 4 Januari 2021. 

Cara Semak Status Pengeluaran i-Sinar

Kalau kat atas tu kita dah daftar & pohon, jadi dah tentulah nak tau & periksa status pengeluaran EPF KWSP kan. Jadi untuk check status pula, keputusan akan mula keluar pada 4 Januari 2020. Tentu tarikh ini jadi debar-debar macam tunggu result keputusan periksa UPSR. ☺

Untuk periksa status ini, tak sesusah mana pun anda hanya perlu ke portal i-sinar pada link berikut --> https://isinar.kwsp.gov.my/

status pengeluaran epf kwsp

Akan keluar laman seperti di atas dan seterusnya anda klik pula pada 'semak status permohonan' yang icon berwarna biru itu.

semak status pengeluaran kwsp

Selepas itu masukkan nombor ic/mykad beserta dengan dengan nombor telefon anda. Pastikan anda masukkan nombor telefon yang sama anda daftar semasa awal-awal pemohonan untuk i-sinar ini. 
Seperti biasa, klik atau 'tick' pada ruangan 'saya bukan robot' untuk menandakan yang anda memang bukannya robot yang mempunyai kwsp 😂

Dan akhir sekali klik pada butang 'semak status' itu. Tapi sebelum itu, jangan lupa untuk berdoa banyak-banyak dan tabahkan hati untuk lihat apa sahaja keputusan yang keluar nanti

 

Yak..Yak Yeay....keputusan pun akan keluar. Tahniah untuk pemohon yang berjaya dan mendapat kelulusan. Seperti yang dinyatakan, pembayaran bulan pertama akan dimasukkan ke akaun bank anda sebelum 10 Januari 2021. Bagi yang kategori 2, anda boleh memohon i-sinar ini pada 11 Januari 2021. Good Luck :)

Diharapkan pengeluaran i-sinar ini akan memberikan sinar baru bagi kehidupan anda samaada untuk membayar hutang-hutang & bil-bil tertunggak, sebagai modal permulaan perniagaan, baiki kenderaan anda yang telah lama tertangguh untuk dibaiki (yang ni khas untuk saya) 😂 dan juga lain-lain keperluan. Sila gunakan dengan berhemah demi masa depan anda & keluarga anda.


Post a Comment

0 Comments