Pernah dengar tentang aplikasi Raiz? Aplikasi yang sangat bagus jika anda seorang yang suka melabur. Lebih-lebih lagi, aplikasi Raiz ini telah 'partnership' bersama PNB untuk menggandakan lagi pelaburan anda. Nanti posting di bawah saya akan tunjukkan cara daftar, guna & labur dengan aplikasi raiz ini.
Tapi sebelum itu, saya tunjukkan atas situasi apa yang sebabkan pelaburan Raiz ini sangat bagus. Lihat contoh situasi di bawah..
Selalu kalau kita ke kedai beli barang dengan harga RM9.30, lepas tu kita akan bagi cashier RM10 dan cashier akan pulangkan baki 70sen. Baki 70sen tu la kita akan masukkan dalam poket dan kekadang tu sampai kat rumah kita letak je duit baki tu atas meja . Ada pulak tu yang duit syiling jatuh ke lantai lepas tu biar je sebab syiling je kan.. :).
Mana yang letak dalam tabung tu kira ok dah. Nanti bila dah penuh tabung tu dah boleh pecah untuk ditukar ke bank. Takpun kalau terasa sengkek, terus pecah je tabung tu. Buat apa nak tunggu lagi. Yelah biar pecah tabung daripada meminjam lepas tu liat nak bayar balik 😅 .
Atas sebab tu la maka terciptanya idea applikasi Raiz ini. Eh! apa kena mengena duit syiling jatuh dengan applikasi Raiz ini. Ok takpe..rilek dulu. Kita cerita dulu asal usul aplikasi Raiz ini.
Raiz berasal dari negara Australia dan kini mempunyai office beroperasi di Indonesia & Malaysia. Raiz telah di'listed' di Austalian Security Exchange (ASX:RZI)
Di Malaysia, Raiz telah bekerjasama bersama dengan PNB melalui anak syarikatnya Jewel Digital Venture dalam mencari pelabur-pelabur. Pada ketika ini, hanya pemegang kad Maybankard Debit sahaja yang boleh digunakan untuk melabur.
Seperti yang diterangkan di awal perenggan tadi, pelabur akan membelanjakan atau membeli dalam sebarang transaksi samaada online atau offline menggunakan kad mereka. Nilai belian ini akan dibundarkan kepada ringgit terdekat.
Sebagai contoh jika anda membeli set makanan di Mcd yang berharga rm14.20 dan membayar menggunakan kad debit ini, maka caj yang akan tertera di akaun maybank tadi adalah sebanyak rm15. Terdapat beza 80sen disitu yang mana 80sen ini secara automatik akan dimasukkan dalam akaun pelaburan Raiz anda untuk dilaburkan.
Ianya memang efektik jika dibandingkan jika anda membayar cash dan baki 80 sen yang terima tu kadang-kadang tak tau terselit kat mana. Jika transaksi anda genap pula contohnya seperti anda membeli cikedi berharga RM7, maka RM1 akan diambil untuk dilaburkan dan transaksi dalam kad debit anda akan tunjukkan nilai RM8 untuk pembelian cikedi tadi
Menarikkan!
Bagi anda yang sebelum ini memang seorang yang teliti dan penyimpan yang baik, di mana setiap kali ada lebihan syiling untuk pembelian secara tunai dan anda masukkan ke dalam tabung sehingga penuh. Secara amnya,duit di dalam tabung itu memang akan selamat di dalam tabung tetapi lebih baik jika duit itu dilaburkan terus menerusi akaun Raiz ini.
Akaun Raiz ini umpama tabung anda cuma yang bagusnya ianya terus dilaburkan. Ianya sekaligus dapat mengembang lagi duit anda disebalik jika hanya simpan di dalam tabung di rumah.
Untuk mendaftar menjadi pelabur Raiz ini tidaklah susah mana pun kerana anda hanya perlu download apps Raiz. Kemudian anda hanya perlu link kan kad maybank debit anda dengan akaun Raiz.
Di bawah saya tunjukkan cara-cara untuk mendaftar aplikasi Raiz ini.
Pada permulaan anda perlu download aplikasi Raiz ini samaada di Google Play bagi pengguna Android ataupun di Apple Store pagi pengguna I-phone. Setelah anda selesai download, bila pertama kali anda buka aplikasi Riaz ini akan terpampang skrin hijau di atas sebagai pengenalan untuk applikasi ini.
Setelah itu, anda akan set kan 'spending account' menggunakan kad debit anda. Pada masa ini, hanya kad debit Maybank saja yang boleh digunakan untuk pelaburan bersama Raiz ini. Mungkin pada masa akan datang, kad debit bank-bank lain akan turut serta dalam pelaburan melalui lebihan bundar perbelanjaan transaksi ini. Jadi anda masukkan info kad debit maybank anda dan perlu 'authorize' dengan membuat transaksi sebayak RM1 untuk pengesahan.
Seterusnya akan terpapaar 'funding account' yang mana akaun yang anda akan gunakan untuk pelaburan tambahan. Info mengenai kad debit maybank anda terpapar dan terdapat pilihan untuk tambah kad yang mana kali ini, kad lain diterima untuk anda membuat pelaburan tambahan.
Anda mungkin keliru di sini sebab tadi ada nyatakan hanya kad debit maybank sahaja yang boleh diterima 😕. Takpe saya terangkan secara detail. Untuk kad debit maybank tadi adalah untuk pelaburan melalui 'spending account' yang bermakna nilai transaksi perbelanjaan harian anda menggunakan kad debit maybank ini, lebihan bundar transaksi contoh seperti yang saya nyatakan dalam pembelian makanan McD tadi iaitu 80 sen akan dimasukkan dalam pelaburan 'spending account' ini. Jadi nilai 80 sen akan terus dilaburkan.
Untuk 'Funding Account' pula, anda boleh masukkan apa saja kad anda untuk penambahan pelaburan melalui 'funding account'. Maknanya kalau anda guna untuk kad lain untuk pelaburan 'spending account' tak boleh tapi untuk pelaburan melaburan 'funding account' dibolehkan.
Kemudian, anda kena set pula akaun withdrawal untuk pelaburan anda. Di sini anda masukkan nombor akaun bank yang akan terima duit masuk hasil pelaburan anda melalui aplikasi Raiz ini.
Proses seterusnya, seperti gambar di atas melalui aplikasi Raiz, anda dikehendaki untuk set kan 'Raiz Investment Account' dengan memasukkan segala maklumat yang dikehendaki. Seperti pelaburan-pelaburan lain, anda akan melihat perjanjian, syarat & terma yang perlu anda baca, fahamkan & 'acknowledge'.
Untuk gambarajah yang terakhir seperti diatas iaitu sebelum perenggan ini, anda masukkan maklumat seperti pekerjaan, gaji anda, jangkamasa untuk membuat perlaburan dan lain-lain. Ini bagi membantu Raiz dalam mengenalpasti pelaburan jenis apa yang sesuai untuk anda.
Kemudian, anda kena ambil gambar kad IC sebagai bukti bahawa akaun ini memang kepunyaan anda.
Setelah anda berjaya 'upload'kan gambar IC depan dan belakang, akan keluar mesej seperti di bawah di mana proses selama 3 hari diperlukan oleh pihak Raiz untuk 'approve'kan akaun Raiz kepunyaan anda ini.
Walaupun dinyatakan selama 3 hari berkerja diperlukan untuk kelulusan tetapi tak sampai 3 hari pun dah lulus. :)
Belum habis lagi tu, ada lagi sikit 😃. Kemudian seperti rajah di bawah, anda pilih portfolio untuk perlaburan anda bersama Raiz ini.
Raiz akan mencadangkan portfolio berdasarkan maklumat yang anda beri tadi dan terpulang kepada anda untuk memilih portlio yang diberi atau tukar pada portfolio lain.
Anda juga boleh tambahkan pelaburan anda selepas itu atau jika tidak, tekan saja butang 'skip'.
Akhirnya...anda telah selesai mendaftar dengan akaun pelaburan Raiz. Tunggu sehingga anda dapat pengesahan akaun anda sebelum anda boleh mula melabur.
Idea perlaburan Raiz ini sememangnya bagus terutamanya dari segi nilai lebihan transaksi perbelanjaan kita seharian. Ye la..selalupun kalau kita belanja gunakan cash pun, lebihan sen tu ntah mana kita letak. Sebaiknya baik kita laburkan dan nilai wang anda dapat dikembangkan.
Walaubagaimanapun, ketika ini Raiz mengenakan caj sebanyak RM1.50 setiap bulan bagi akaun yang mempunyai nilai antara RM0 ke RM6000. Bagi akaun lebih RM6000 pula, caj sebanyak 0.3% per tahun akan dikenakan. Anda juga boleh untuk invest maksimum Rm20000 untuk sekali invest tetapi bergantung pada 'purchase limit' untuk kad anda. Jika akaun anda RM0, anda takperlu risau kerana tiada caj akan dikenakan dan akaun anda takkan jadi negatif :)
Pelaburan Raiz ini merupakan salah satu lagi cabang untuk anda melabur melalui ASNB. Gunakan peluang yang ada ini untuk menjadi pelabur yang bijak. Diharapkan di masa akan datang, kad debit bank-bank lain dapat digunapakai untuk pelaburan bersama aplikasi Raiz ini.
Bagi yang anda nak melabur melalui aplikasi Raiz ini, anda boleh ikut melalui link berikut -->
Daftar Aplikasi Raiz atau download dengan klik logo Raiz di bawah. Nanti anda akan dapat percuma RM5 ke dalam akaun anda, saya pun akan dapat percuma RM5. Kita kongsi rezeki 😃
0 Comments