Senarai Program Affiliate Di Malaysia Untuk Tambah Pendapatan Anda

Senarai Program Affiliate Di Malaysia Untuk Tambah Pendapatan Anda
Salah satu cara lagi untuk membuat duit secara online ialah dengan melalui sertai program 'affiliate' 

Eh! apa tu affiliate?

Affiliate ialah salah satu teknik pemasaran yang dibuat oleh syarikat/brand perniagaan untuk memasarkan produk mereka melalui orang tengah. Anda yang mendaftar sebagai affiliate kepada produk/brand ini akan mendapat link affiliate yang akan anda gunakan link affiliate ini dengan mempromosikan produk mereka samaada di blog, social media, website, whatsapp dan lain-lain dan semuanya melibatkan secara online.

Setiap kali pelanggan yang klik link affiliate anda dan seterusnya membuat pembelian, maka anda akan mendapat komisyen hasil daripada penjualan barang tersebut melalui link affiliate anda. Apa yang bestnya mengenai affiliate ini, anda tidak perlu untuk memegang stok, print consigment, menguruskan urusan kurier atau jualan. Semua ini akan diuruskan oleh syarikat/brand perniagaan tersebut. Tugas anda hanyalah meletakkan link affiliate ke medium-medium online seperti yang dinyatakan di atas.

Macammana syarikat/brand perniagaan ni boleh tahu seseorang beli melalui link affiliate anda? 😖 Anda tak perlu risau kerana pada masa kini, penggunaan internet dah canggih dan mereka boleh 'tracked' sebarang pembelian yang pembeli buat adalah melalui link anda. Yang lagi best, setiap kali bakal pembeli ini klik pada link affiliate anda, sistem affiliate ini akan setkan 'cookie day' samaada 30 hari, 60 hari, 90 hari ataupun 365 hari bergantung pada perjanjian sistem mereka dengan affiliate. Maksudnya di sini, sekiranya bakal pembeli meng'klik' link affiliate anda pada hari ini, sudah tentu kebanyakan dari mereka takkan terus beli pada masa yang sama. Mungkin mereka akan membeli setelah beberapa hari, minggu atau bulan. 

Dengan adanya 'cookie day' ini, anda akan dapat komisyen walaupun pembeli membeli setelah beberapa hari, minggu atau bulan. Anda tak perlu risau sekiranya pembeli nanti hanya cuma menaip  website syarikat/brand berkenaan kerana sistem cookie day ini akan 'track' asal permulaan mereka mendapat tahu melalui produk mereka melalui link affiliate anda. Tapi pastikan ianya dalam tempoh cookie day tau :)

Di dalam dunia ni, terdapat affiliate-affiliate marketer yang terkenal yang mendapat pendapatan sehingga USD50 ribu sebulan hanya melalui cara affiliate marketer ini. Antaranya seperti Pat Flynn, John Chow, Jeremy Schoemaker dan ramai lagi. Anda boleh google nama-nama berkenaan dan lihat bagaimana cara mereka menjadi jutawan dengan hanya menjadi affiliate marketer.

Di Malaysia terdapat pelbagai program affiliate yang dijalankan oleh syarikat/brand dalam mempromosi serta menjual produk/servis mereka. Di bawah ini dinyatakan antara program-program affiliate yang anda boleh sertai untuk menambah poket secara sambil-sambil. Mana tahu ianya jadi 'full time' pendapatan anda nanti.

1) Shopee Affiliate 


Merupakan antara program yang paling ramai 'join' pada masa ini. Shopee merupakan antara mobile apps marketplace yang paling ramai orang gunakan pada masa ini. Melalui program affiliate yang dibuat Shopee, anda hanya perlu mempromosikan apa-apa saja barangan/servis yang dijual di Shopee melalui link yang diberi. Untuk menyertai program ini, anda boleh klik pada link ini --> Program Affiliate Shopee. Antara syarat yang dikenakan untuk anda join program mereka ialah anda perlu ada sekurang-kurangnya 1000 follower pada akaun social media anda samaada facebook, instagram dan twitter.

Anda tiada 1000 follower? Jangan risau sebab ada cara lain untuk anda join affiliate shopee ini. Antaranya ialah melalui platform Involve Asia dan Accesstrade Global. Nak tahu lebih lanjut mengenai cara nak join Shopee Affiliate melalui platform Involve Asia dan Accesstrade Global ini, boleh klik pada blog posting ini --> Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate Program

2) Lazada Affiliate


Lazada yang juga antara matketplace terbesar di Malaysia mempunyai program affiliate untuk anda join. Syarat untuk join Lazada affiliate program tidak begitu ketat, anda tidak diperlukan untuk mempunyai follower yang ramai. Cukup sekadar mempunyai akaun social media atau mempunyai blog / website untuk anda promote kan link affiliate Lazada. 

Bagi anda yang nak join Lazada Affiliate, boleh klik pada link ini --> Program Lazada Affiliate 

3) Zalora Affliate

Pada masa post ini ditulis, Zalora menjanjikan komisyen atas jualan sebanyak 6% untuk pelanggan baru dan 4% untuk pelanggan berulang yang anda bawa ke website mereka untuk membeli melalui link affiliate anda. Jadi jangan lupa untuk 'check it out' program affiliate Zalora ini dengan klik pada banner di bawah ini.


4)  Under Armour Affiliate

Anda penggemar sport gear keluaran Under Amour? Bagi peminat The Rock dan NBA Stephen Curry mesti meminati barangan keluaran Under Amour ini. Jenama ini juga menawarkan program affiliate mereka dalam mempromosikan produk mereka. Info lanjut di sini --> Under Armour Affiliate



5) Photobook Malaysia


Semua orang minat bergambarkan.. tapi selalunya orang akan simpan samaada dalam gajet handphone ataupun di dalam komputer. Photobook menawarkan khidmat print gambar-gambar anda menjadi sebuah buku foto untuk dijadikan kenangan. Pelbagai rekaan buku foto yang anda boleh buat sesuai samaada untuk foto majlis istimewa ataupun foto percutian anda.

Untuk program affiliate photobook, ia menawarkan komisyen 15% atas setiap jualan yang berjaya anda bawa masuk ke laman web mereka. Untuk program affiliate ini, photobook menggunakan platform involve asia untuk pengurusan sistem affiliate mereka. Info lanjut, sila klik pada link ini --> Program Affiliate Photobook 


Program Affiliate Melalui Apps

Di bawah ni pula, disenaraikan antara apps-apps yang menawarkan program affiliate di Malaysia. Terdapat apps yang memberi anda link affiliate dan ada yang memberi anda kod referral untuk anda sharekan. Anda akan dapat komisyen jika anda berjaya membawa pengguna baru berdaftar atau menggunakan aplikasi mereka

1) Socar


Socar merupakan applikasi untuk anda sewa kereta di mana anda boleh sewa kereta dengan caj yang hanya dikenakan mengikut jam. Terdapat pelbagai jenis kereta boleh anda sewa samaada daripada Perodua Axia sehinggalah ke BMW. 

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai aplikasi SOCAR ini, anda boleh baca posting ini berkenaan SOCAR --> Apps SOCAR - Aplikasi Sewa Kereta Yang Menjimatkan

Untuk program affiliate SOCAR ni, kini mereka menawarkan program yang dipanggil 'Duit Rakyat' di mana anda akan mendapat RM100 bagi 2 pengguna mendaftar aplikasi ini menggunakan link affiliate anda. Info lanjut mengenai program SOCAR Duit Rakyat anda boleh baca di sini --> SOCAR Duit Rakyat


2) Trevo

Trevo juga merupakan aplikasi sewa kereta cuma ianya lebih kepada peer to peer (P2P) yang bermaksud sebagai perantara antara penyewa kereta dan juga empunya kereta yang ingin keretanya disewakan. Bagi anda yang ada kereta di rumah tu yang tak pakai, bolehlah sewakan dengan menggunakan apps Trevo ini. Nak tahu macammana caranya, anda boleh baca post lanjut mengenai apps Trevo ini di sini -->  Cara Daftar & Guna Apps Trevo: Aplikasi Untuk Sewa Kereta

Untuk program affiliate yang ditawarkan oleh Trevo ini, anda akan dapat komisyen sekiranya anda dapat 'menarik' pengguna baru yang mendaftar melalui affiliate link atau kod referral anda. Jumlah komisyen akan lebih tinggi sekiranya anda dapat membawa pengguna baru yang mendaftar kereta mereka untuk disewakan menggunakan apps ini. Info lanjut mengenai aplikasi trevo ini, anda boleh klik pada banner logo Trevo di bawah



3) SpeedHome

Ia merupakan aplikasi untuk anda membeli dan menyewa rumah. Yang bagusnya di sini jika anda ingin membeli rumah, anda boleh terus deal dengan owner rumah yang berdaftar dengan SpeedHome tanpa menggunakan ejen. Bagi yang tengah mencari rumah sewa, aplikasi SpeedHome menawarkan 'ZERO DEPOSIT' untuk anda masuk ke rumah yang anda hendak sewa
 tu. Menarik kan?

Untuk program affiliate/referral yang ditawarkan SpeedHome, komisyen RM200 bakal anda nikmati sekiranya anda berjaya membawa 'user' menggunakan aplikasi ini untuk mencari rumah sewa dan seterusnya menyewa rumah dan  'sign digital agreement tenancy agreement'. Bagi user yang mendaftar melalui link anda pula akan mendapat 'cash rebate' sebanyak rm100.

Untuk info lanjut mengenai SpeedHome ini, anda boleh klik pada link ini --> SpeedHome
atau klik saja pada logo banner SpeedHome di bawah


4) Setel

Aplikasi SETEL ini pula merupakan aplikasi yang dihasilkan untuk anda membeli minyak di Stesen Petronas ataupun membeli barang di Kedai Mesra. Melalui aplikasi ini, jika anda ingin mengisi minyak, anda tidak perlu lagi ke kaunter sebaliknya hanya dengan menggunakan aplikasi SETEL ini di dalam handphone untuk mengisi minyak. Nak tahu macammana caranya tu, anda boleh baca pada posting ini --> Cara Guna Aplikasi SETEL Petronas

Untuk program affiliate atau 'referral' ini, SETEL menawarkan kredit sebanyak RM5 kepada anda pada setiap pengguna baru yang mendaftar melalui anda serta lengkap menggunakannya kali pertama. Pengguna baru juga turut mendapat kredit sebanyak RM5 dalam akaun SETEL mereka. Nak mengetahui lebih lanjut mengenai SETEL ini, anda boleh klik pada logo SETEL di bawah.


Program Affiliate Melalui E-commerce Service

Disenaraikan pula Ecommerce Service Provider yang menawarkan program affiliate di Malaysia. Apa itu E-commerce Service Provider? Ia merupakan laman web yang menawarkan khidmat untuk anda membuat website ecommerce untuk perniagaan anda. Anda tak perlu pening-pening untuk membuat website untuk perniagaan anda kerana segalanya telah tersedia untuk anda. 

1) Easystore


Bagi pemilik perniagaan yang masih lagi belum mempunyai website e-commerce sendiri, bolehlah menggunakan khidmat Easystore ini. Dengan harga pakej-pakej yang berpatutan serta pelbagai fungsi yang terdapat, memang menarik jika anda sebagai pemilik perniagaan untuk menggunakan servis Easystore ini. Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai Easystore ini, boleh rujuk pada blog post ini --> Miliki Ecommerce Website Perniagaan Sendiri Dengan Harga Langganan Yang Rendah

Untuk program affiliate pula, Easystore kini menawarkan komisyen 20% daripada jumlah langganan pakej yang diambil oleh pengguna baru nya yang berdaftar melalui link affiliate anda. Info lanjut mengenai Easystore dan juga program affiliatenya, anda boleh klik pada link ini --> Easystore


2) Sitegiant


Sitegiant juga menawarkan harga pakej yang menarik disamping terdapat pelbagai fungsi yang anda boleh gunakan untuk laman web perniagaan anda. Sehingga kini lebih daripada 4800 pemilik perniagaan menggunakan khidmat Sitegiant termasuk jenama-jenama perniagaan yang terkenal.

Bagi program affiliate, Sitegiant menawarkan bonus sebanyak RM20 untuk pelanggan baru yang mendaftar melalui link affiliate anda. Maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh klik pada link ini --> Sitegiant Affiliate



Laman Web Affiliate Platform

Ia merupakan platform yang menawarkan khidmat affiliate kepada pemilik-pemilik perniagaan/jenama yang mempunyai website/app tetapi tidak mempunyai sistem affiliate dalam website/app mereka. Ia menghubungkan antara 'publisher' iaitu anda dan juga 'advertiser' iaitu empunya perniagaan/brand yang ingin mempromosikan produk mereka.

Setiap komisyen yang ditawarkan bergantung samaada melalui komisyen jualan, pengguna baru yang mendaftar ataupun setiap klik pengguna yang masuk ke website/app mereka.

1) Involve Asia

Involve Asia bermula pada tahun 2014 dan kini berkembang pesat ke peringkat global. Ramai affiliate marketer di Malaysia menggunakan platform ini dalam menjana pendapatan samaada secara part time ataupun full time. Juga terdapat banyak 'advertiser' yang menggunakan Involve Asia dalam mempromosikan produk/servis perniagaan mereka. Ini termasuk Shopee, Lazada, Photobook, Watson, Adidas dan lain-lain lagi.

Terdapat pelbagai skim bonus & komisyen yang diberikan bergantung kepada yang ditawarkan oleh 'advertiser'. Kami di DuitCara ada membuat posting bagaimana nak mendaftar Shopee Affiliate melalui Involve Asia. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program affiliate Involve Asia, boleh klik pada logo Involve Asia di bawah.


2) AccessTrade Global

Accesstrade bermula pada tahun 1999 dan berasal dari negara Jepun. Cuma ia bertapak secara rasmi di Malaysia pada tahun 2018. Konsep yang sama juga seperti Involve Asia, ia juga merupakan antara platform yang digunakan oleh ramai affiliate marketer samaada di Malaysia ataupun dari negara Asia Tenggara. 

Walaupun Shopee & Lazada mempunyai program sistem affiliate mereka sendiri tetapi masih menggunakan juga Accesstrade dalam mengembangkan perniagaan mereka. Di Accesstrade ini juga, anda dapat melihat banyak 'advertiser' yang menggunakan platform mereka untuk program affiliate ini. Maklumat lanjut mengenai Accesstrade boleh didapati dengan klik pada banner logo Accesstrade di bawah 



Program Affiliate/Referral Melalui Investor Servis Company

Program affiliate ini bagus untuk  anda 'join' kerana selain daripada anda melabur, anda juga boleh menambah duit dalam akaun anda dengan cara mencari investor baru yang mendaftar menggunakan kod referal anda. Anda tak perlu risau dengan company pelaburan ini kerana ianya mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

1) Wahed Invest

Menjalankan pelaburan yang patuh syariah dan baru-baru ini telah melantik Khabib Nurmagomedov (UFC World Champion) sebagai duta mereka. Untuk melabur, anda hanya perlu 'sign-up' dan selepas itu hanya masukkan duit. Pilih portfolio pelaburan mana yang anda berminat dan selepas itu 'monitor' pelaburan anda melalui apps. Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan dan cara daftar, anda boleh baca pada post ini --> Cara Daftar Dan Melabur Dengan Wahed Invest

Melalui program affiliate/referral yang dijalankan oleh Wahed Invest, setiap 'user' atau pelabur baru yang anda 'refer', anda akan dapat bonus RM10 ke dalam akaun anda dan pelabur baru yang anda 'refer' tadi itu pun akan dapat RM10. Nilai bonus akan bertambah pada masa-masa tertentu jika ada promosi yang dijalankan oleh mereka. Jadi jom tambah duit anda sekarang dengan Wahed Invest dengan klik pada logo mereka di bawah ini. Kalau nak mendaftar tu, jangan lupa masukkan kod rujukan ini tau.. 'rozmat5'. Kita sama-sama dapat RM10 😁


1) Raiz Investment

Raiz berasal dari negara Australia dan kini mempunyai pejabat beroperasi di Indonesia & Malaysia. Di negara kita Malaysia ini, Riaz telah bekerjasama bersama dengan PNB melalui anak syarikatnya Jewel Digital Venture dalam mencari pelabur-pelabur. Apa yang istimewanya mengenai Raiz ini, khasnya untuk pengguna-pengguna Maybank di Malaysia, ia menghubungkan kad debit anda dengan Raiz di mana setiap perbelanjaan yang anda buat melalui kad debit maybank anda, nilai lebihan sen dalam transaksi anda akan terus masuk ke akaun pelaburan Raiz. Macammana tu? Untuk penerangan lanjut, anda boleh baca pada posting ini pula --> Cara Daftar Dan Melabur Dengan Aplikasi Raiz

Untuk program affiliate/referral yang dijalankan oleh Raiz pula, setiap 'user' atau pelabur baru yang anda 'refer', anda akan dapat bonus RM5 ke dalam akaun anda dan pelabur baru yang anda 'refer' tadi itu pun akan dapat RM5. Bagi anda yang nak daftar dan join program affiliate/referral Raiz, bolehlah klik pada link ini --> Daftar Raiz 


Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai program affiliate/referral yang anda boleh 'join' di Malaysia ini untuk anda menambah pendapatan anda. Di atas ni, hanya sikit yang dipaparkan dan terdapat banyak lagi program affiliate yang anda boleh sertai. 

Sambil-sambil anda selalu bersosial media itu, apa kata anda promote produk-produk affiliate ini di akaun social media anda. Dapat juga duit tambahan. Mana tahu satu hari nanti, ia menjadi sumber kewangan utama anda dan nama anda tersenarai sebagai 'affiliate marketer' yang berjaya di Malaysia. JOM KITA SAMA-SAMA BERJAYA!!

Post a Comment

0 Comments