Cara Mudah Nak Tukar Duit Raya 2022

Cara Nak Tukar Duit Raya 2021

Raya tinggal beberapa minggu lagi. Preparation semua dah buat tapi ada satu yang tak boleh lupa. TUKAR DUIT RAYA! Bagi anda yang sudah bekerja, inilah masa anda untuk bagi duit raya untuk anak-anak buah anda, sedara-mara, sepupu sepapat, anak-anak kawan yang bertandang ke rumah dan sesiapa sahaja yang anda nak bagi :). Sedikit kita bagi, berlipat ganda Allah murahkan rezeki kita.

Tapi itulah, nak tukar kat mana duit raya untuk tahun 2022 ni. Jangan risau sebab semua bank ada menawarkan perkhidmatan tukar duit raya ini. Hanya tunggu pengumuman dari bank-bank berkenaan bilanya bermula tarikh untuk penukaran wang raya itu. Bila dah umumkan tu, jangan lambat-lambat atau tangguh-tangguhkan pula sebab nanti habis, kelam-kabut jadinya nanti nak mencekau sana sini 😊

Macam biasa bila anda nak tukar duit raya, kenalah pergi ke bank-bank berkenaan dan akan ada kaunter-kaunter khas untuk pertukaran duit raya ini. Bagi anda yang nak lebih mudah lagi, Maybank ada menawarkan penukaran duit raya di mesin-mesin ATM yang khas untuk pengeluaran duit raya samaada dalam note RM10, RM20 ataupun RM50. 

Caranya tak susah, hanya seperti anda keluarkan duit seperti biasa di mesin-mesin ATM. Cuma anda perlu cari mesin yang diletakkan gambar seperti di bawah dan terus masukkan kad ATM anda untuk pengeluaran duit raya yang semestinya dalam note baru. 


Pilih mesin atm yang mengeluarkan note RM yang anda nak bagi masa raya nanti dan ikut step pengeluaran wang seperti biasa anda keluarkan di ATM. Untuk note baru RM1 dan RM5 memang anda tak boleh dibuat di mesin ATM ini, anda perlu tukar di kaunter.


Nah...tu dia. Semua duit baru dan berbau duit lagi. Eh duit ada bau ke? Yela awal-awal keluar duit dari ATM memang ada sejenis bau dia tapi bila selalu bertukar tangan (shopping mall, pasar, kedai acheh & lain-lain) maka hilanglah keunikan bau duit tu 😉

Jadi bagi anda yang ingin tukar duit raya tu, kalau nak mudah bolehlah tukar di mesin-mesin ATM Maybank yang terpilih seluruh Malaysia. Untuk lihat list kawasannya, boleh rujuk pada link ini --> Senarai Mesin ATM Maybank Pengeluaran Duit Raya.

Tapi seperti yang diberitahu atas tadi, mesin hanya keluarkan note RM10, RM20 & RM50 sahaja. Maksimum bagi setiap pengeluran adalah RM300 sahaja. Tapi jika anda ingin lebih dari tu, kenalah ulang 2-3 kali untuk dapatkan amaun yang anda inginkan. Untuk note yang lebih kecil, anda perlu berurusan di kaunter. 


Untuk pengeluaran duit raya melalui mesin ATM ni juga, anda perlu rujuk bila tarikh Maybank akan umumkan. Kalau anda pergi sebelum tu, memang akan nampak ATM biasa je la.. 

Bukan Maybank saja yang ada ATM untuk tukar duit raya ni. Bank-bank lain pun ada menawarkan pengeluaran/tukar duit raya di mesi ATM di cawangan-cawangan terpilih di seluruh Malaysia. Bagi pemegang kad CIMB, untuk ketahui senarai kawasan ATM yang terlibat, boleh rujuk ke link ini --> ATM CIMB Duit Raya. Jadi cepat-cepat tukar sebelum duit habis :)

Bagi pemegang kad ATM Affin bank pula, anda boleh rujuk senarai ATM di link ini --> ATM Affin Bank Duit Raya

Tidak ketinggalan Ambank juga menawarkan khidmat pengeluaran duit raya di ATM cawangan terpilih. Untuk lihat senarai lokasi ATM yang menawarkan khidmat ini, sila klik link ini --> ATM Ambank Duit Raya

Semoga lebaran tahun ini memberi seribu erti, dan membawa keberkatan serta kerahmatan buat kita semua. SELAMAT HARI RAYA!

P/S: Sempena bulan puasa ini, bagi anda yang nak gandakan pahala bolehlah untuk menaja iftar berbuka puasa bagi golongan asnaf, anak yatim, pelajar tahfiz, muallaf dan juga golongan kurang berkemampuan ini. Program infaq ramadan ini merupakan program anjuran Hotel Seri Costa dan juga Felda Travel. Info lanjut anda boleh klik pada link ini --> Program Infaq Ramadhan Felda Travel atau klik saja pada banner di bawah.



Post a Comment

0 Comments