Cara Dapat Cashback Pulangan Tunai Melalui Pembelian Online


Pernah dengar tentang Shopback? Kalau belum pernah,saya terangkan serba sedikit di bawah. Ditunjukkan juga cara daftar & guna shopback untuk dapatkan cashback atas pembelian online yang dibuat. 

Semasa musim PKP ni, makin ramai yang selesa untuk beli barang, order makanan dan apa-apa saja secara online. Antara platform yang paling popular digunakan ialah seperti Shopee, Lazada, Zalora, Grabfood, Foodpanda dan macam-macam lagi la.. :). 

Sebenarnya anda rugi dan terlepas banyak pulangan tunai jika anda tak download apps ini sebelum anda membuat transaksi atau pembelian dengan platform-platform yang anda selalu gunakan tu. Apps ini anda akan mendapat cashback atas perbelanjaan anda secara online tadi. 

Jom terus baca sampai habis, nanti saya bagitahu caranya. Lagi satu, saya bagitahu cara nak dapat kredit RM5 percuma dari apps ini ☺

Bagi anda yang gemar beli barang atau shopping online, anda kena download, daftar & guna apps  ini. Sebabnya anda akan mendapat semula sedikit 'cashback' atau pulangan tunai atas apa yang anda belanjakan. Bukan setakat beli barang online sahaja malahan jika anda bayar bil-bil, 'booking' atau tempah hotel / pakej percutian /  kapal terbang, guna perkhidmatan 'food delivery' dan macam-macam lagi juga akan memberikan pulangan tunai atau 'cashback' atas apa yang anda belanjakan.


Sebelum ini, sepanjang anda membeli melalui online tu pernah tak anda dapat balik sikit duit daripada yang dibelanjakan.. 

Tak pernah kan? Anda memang rugi...samalah macam saya sebelum ini :)

Tahu tak sebenarnya kita boleh dapat balik duit dalam 1 ke 10% (malahan ada yang lebih lagi dari 10%) daripada apa yang belanjakan untuk shopping online samada membeli barang, topup, tiket voucher dan lain-lain lagi asalkan anda beli melalui online.

Pernah dengar tentang 'SHOPBACK'?
Dengan konsep cashback (pulangan tunai), ini bermakna konsep penjimatan dengan pembelian untuk menggalakkan pengguna berbelanja secara berhemah.

Company ini sudah beroperasi selama 4 tahun dan sehingga pertengahan tahun 2019 ini, pengguna Shopback mencecah sehingga 1 juta di Malaysia. Sebanyak RM30 juta telah 'dikembalikan' kepada pengguna berdasarkan perbelanjaan yang pengguna lakukan sebelum ini. Banyak kan?

Untuk anda yang baru pertama kali mendengar tentang Shopback tak perlu takut kerana ianya bukan scam dan tidak meminta apa-apa yuran untuk mendaftar.

Terdapat lebih 500 e-peruncit di Malaysia yang telah berkolaborasi dengan shopback antaranya seperti Lazada, Shopee, Zalora, Agoda, Booking.com, Nike, Sephora, Malaysia Airlines, Foodpanda, Taobao, AliExpress dan banyak lagi.



Pengguna ShopBack memperolehi komisen apabila pengguna membeli-belah  dengan rakan kongsi mereka melalui platform web atau aplikasi ShopBack. Setelah itu, ShopBack akan kongsikan komisen tersebut dengan pengguna dalam bentuk pulangan tunai.

Sebagai contoh, anda adalah pengguna ShopBack dan telah berbelanja dengan menempah hotel di Agoda.com sebanyak RM500, anda akan mendapat kembali 5% (RM25) pulangan tunai yang dijanjikan oleh Agoda.com kepada pengguna ShopBack. Banyakkan?? Rugi tau kalau sebelum ini anda hanya membeli direct ke agoda.com tanpa melalui shopback.

Itu belum kira lagi topup henset anda sebelum ini yang kalau dikira sudah mencecah ribuan ringgit.

Bagaimana cara nak daftar dan gunakan Shopback ini?

Ok, langkah pertama anda perlu daftar Shopback melalui laman web atau download Shopback Apps melalui link ini --> Shopback Download.  

Anda boleh mendaftar samaada menggunakan emel atau akaun Facebook anda.

Setelah itu, setiap kali anda ingin membuat pembelian, anda perlu buka website/apps Shopback ini dan seterusnya memilih laman e-peruncit (yang tersenarai dalam Shopback Apps/Website) di mana anda ingin membuat pembelian.





Setelah anda memilih, anda akan dibawa terus ke apps/laman web yang anda ingin buat pembelian tadi dan anda boleh mencari barang/servis yang anda ingin beli.


Tapi jangan lupa untik lihat pada syarat-syarat laman e-peruncit tadi. Ada yang anda boleh dapat cashback samaada beli melalui laman web/apps atau hanya pembelian melalui apps sahaja. 

Sebagai contoh saya telah memilih shopee apps untuk saya membeli flyer yang di jual di dalam shopee



Saya klik pada continue to app dan seterusnya apps akan terus pergi ke page seperti di bawah.

  

Dapat di lihat pada page app di atas ini yang shopee dapat memberikan pulangan sehingga 6% atas perbelanjaan anda. 
        

Selepas sahaja selesai membuat pembelian di Shopee, nanti akan dapat nofikasi dari Shopback (paling lewat 48jam tapi selalunya dalam beberapa minit dah dapat) jumlah cashback yang diterima hasil pembelian anda di Shopee tadi.


Dapat RM0.15 cashback hasil pembelian tadi. Nampak sikit tapi kalau banyak kali membeli dah tentu jadi banyak. :)

Yang Agoda tu pula, saya book hotel dengan Agoda melalui Shopback. Dapat RM1.67 cashback hasil booking tu. 





Lagi banyak pembelian anda melalui shopback ini, makin banyak 'cashback' pulangan tunai yang masuk dalam akaun anda. Cashback ini akan dimasukkan dalam akaun Shopback anda dalam tempoh 48 jam sahaja.

Lepas tu, anda boleh transfer cashback yang terdapat dalam akaun shopback anda ke akaun bank yang anda daftar. Mudahkan..

Jadi ini masanya anda dapatkan semula 'cashback' pulangan tunai atas apa yang anda belanjakan di alam maya ini. 

Jom saya bagi anda percuma RM5 dalam akaun Shopback dengan mendaftar melalui link ini --> Daftar Shopback  

Atau daftar dengan klik pada logo Shopback di bawah