11 Hadiah Hari Guru Untuk Guru Yang Mendidik Anak Anda

Hari Guru / Teacher's Day dah dekat. Anak anda mungkin dah inform anda awal-awal untuk membeli hadiah untuk guru / cikgu/ teachers / ustaz/ ustazah mereka sempena hari istimewa untuk para pendidik di seluruh dunia.

16 Mei merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh para pendidik di seluruh pelusuk dunia di mana pada hari ini, para pendidik akan disambut sebagai menghargai jasa mereka dalam mendidik anak-anak muridnya :). Kalau ikut pada kalendar untuk 2021 ini, tarikh 16 Mei jatuh dalam bulan ketika umat islam menyambut hari raya Aidilfitri.

Pada tahun 2021 ini, akibat daripada wabak covid-19 yang melanda dunia ketika ini, kita tidak pasti samaada Hari Guru akan disambut di sekolah atau tidak. Harapnya agar ia disambut tetapi dalam suasana norma baru dimana  setiap SOP perlu dipatuhi ketika meraikan hari ini semasa di sekolah

Walaubagaimanapun jika anak anda ingin mendapatkan Hadiah Hari Guru untuk cikgu mereka, di sini disenaraikan antara hadiah yang anda boleh dapati samaada di Shopee 

1) Fridge Magnet


           

Antara hadiah yang paling popular untuk Hari Guru ini. Dengan design yang menarik serta harga yang murah dan berpatutan, ianya sesuai jika anda ingin beli dalam stok yang banyak di mana anak anda boleh hadiahkan kepada guru-guru yang mengajar dan mendidik mereka.


 

2) Table Frame

Table frame ni juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada guru anak anda. Ianya sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan didikan mereka kepada anak anda. Table frame bolehlah untuk guru anda letak di atas meja guru itu nanti
 
 




3)  Mug Bercetak


Antara hadiah yang 'Tak lapuk dek hujan, Tak lekang dek zaman'. Hadiah mug ini merupakan hadiah dari dulu lagi. Kalau dahulu kena tulis pakai pen dakwat khas, kini disebabkan kecanggihan teknologi, design yang terhasil boleh di'print' dan 'customize' mengikut kehendak pelanggan. 




4) Bantal

           

Antara trend terkini hadiah pada hari guru. Dengan pelbagai design yang menarik, ianya sangat sesuai untuk anak anda hadiahkan kepada guru kesayangan mereka. Bantal ini bersaiz 20cm x 20cm dan mengikut pembuat bantal ini, warna design tidak akan luntur dan boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh.



5) Gift Pen

Hadiah pen ni sesuai untuk hadiahkan sebagai hari guru. Dengan kotak serta stiker pasti guru yang mengajar anak anda akan berterima kasih kerana hadiahkan mereka pen. Maklumlah guru kan kena banyak menulis, jadi hadiah pen memang amat sesuai untuk kegunaan mereka setiap hari

 


6) Sejadah Mini & Tasbih Jari


Bulan puasa & raya pun nak dekat ni. Sejadah mini & tasbih ini antara hadiah menarik yang boleh anak anda hadiahkan kepada guru mereka. Harga tak terlalu mahal jadi anda boleh beli dalam kuantiti borong. Antara produk yang laris untuk hadiah hari guru ini.



7) Coklat Gift

 
 



Siapa yang tak suka coklat kan...semua orang sukakanya termasuklah para guru. Seller di dalam shopee ini menjual coklat  yang boleh di'design'kan khas untuk cikgu. Info lanjut atau anda ada request lain, sila contact seller ini dengan klik kotak di bawah.



8) Key Chain

  

Bagi anda yang bajet, sesuai sekiranya anda beli key-chain untuk hari guru ini. Ye la, kalau anak anda 3 orang masih belajar, setiap seorang anak pula ada 6-7 guru yang mengajar dalam pelbagai subjek. Tak ke nak kena ada 20 kurang lebih set hadiah :) . Dengan harga yang tak terlalu mahal, anda boleh beli secara borong.

 


9) Face Towel



Terdapat pelbagai warna untuk face towel ini disamping design yang boleh disulam khas untuk tampak lebih menarik. Saiz face towel ini 30cm x 50cm dan sesuai untuk dijadikan hadiah sempena hari guru. Chat dengan seller untuk 'customize'kan nama guru dan nama anak anda untuk disulam pada face towel.




10) Button Badge

 

Untuk cari hadiah hari guru bawah rm1, anda boleh beli button badge ini. Dengan pelbagai design yang cantik dan menarik, bolehlah jika anda nak beli banyak & borong. Harganya memang murah siap sekali dengan packaging. Saiznya pula ialah saiz standard button badge iaitu 58mm.



11) Cutlery Set

Set 'Cutlery' ni juga cantik kalau anda jadikan sebagai hadiah kepada guru anak anda. Dengan dibalut dengan packaging beserta ribbon dan produknya yang 'go green', memang nampak amat menarik untuk dijadikan sebagai hadiah hari guru. 

 
 



Hari Guru pun semakin hampir ni. Ini merupakan masa terbaik untuk anda dapatkan hadiah ini sebelum kehabisan. Almaklumlah sekarang ni musim pkp dan covid19, maka anda digalakkan untuk beli barang secara online. Hadiahkan senyuman untuk guru yang mendidik anak anda selama ini dengan 'gift-gift' yang boleh didapati di gedung-gedung online ini. Bagi anak anda yang sudah boleh ke sekolah tu, bolehlah pass terus gift-git yang anda beli secara online ini terus kepada guru tersebut. Bagi yang tak dapat ke sekolah pula,  anda boleh poskan gift ini samaada ke alamat sekolah atau rumah guru tersebut. Alamat boleh minta dalam whatsapp group kelas anak anda :).


Buat para pendidik, saya ucapkan 'SELAMAT HARI GURU'