Daripada tajuk sahaja terus hati tertanya betul ke boleh jimat dengan Foodpanda sebab selalunya harga akan lebih 20-30% daripada harga asal makanan yang dibeli di kedai. Tu belum kira dengan tambah caj 'delivery' lagi. Ya memang boleh berjimat dan adakalanya memang dapat jimat banyak jika anda pesan makanan melalui Foodpanda. Kadang-kadang tu lagi murah dari beli di kedai/restoran.
Nak tahu caranya, jom saya ceritakan di bawah. Baca sampai habis tau..
Salah satu cara untuk berjimat dengan Foodpanda ialah semestinya dengan menggunakan voucher yang ditawarkan Foodpanda setiap bulan. Nak tahu mana nak dapat voucher ini, anda boleh lihat di dalam apps Foodpanda dan pergi pada bahagian voucher ataupun di laman web foodpanda. Cara lagi senang anda google saja voucher Foodpanda untuk bulan tersebut dan nanti akan keluar list voucher Foodpanda :).
Setiap bulan Foodpanda akan menawarkan voucher diskaun samaada untuk 'delivery', 'pickup' dan juga barangan runcit. Sebagai contoh anda boleh lihat screenshot di bawah sebahagian voucher untuk Foodpanda yang di ambil untuk bulan Februari 2022.
Di dalam setiap 'deal' di atas, akan ada 'promo code' 'validity' dan juga syarat-syarat bagi anda yang nak gunakannya samaada anda pelanggan baru Foodpanda ataupun pelanggan lama :). Gunakan 'promo code' di atas untuk pembelian makanan anda samaada untuk 'delivery' ataupun 'pickup'.
APA...? ada caj delivery yang buat ia jadi mahal. Cuba lihat dulu restoran mana yang tawarkan 'free delivery' pada hari berkenaan tetapi selalunya kena ada syarat seperti order makanan melebihi RM30 dan anda dapat 'free delivery'. Ini salah satu cara anda nak dapatkan jimat caj penghantaran makanan anda.
Tetapi tahu tak sebenarnya ada cara lain yang untuk anda dapatkan free delivery tapi ada syarat juga iaitu harga makanan mesti melebihi Rm25 tapi ianya apply untuk semua restoran.
Caranya hanyalah dengan menjadi ahli PANDAPRO!. Banyak faedah yang anda boleh dapat jika anda langgan Pandapro ini. Antaranya seperti banner di bawah :-
Nak jadi ahli Pandapro ini, ada yuran langganan. Nak dijadikan cerita...yang bestnya pada masa ini, Foodpanda tengah buat promosi dimana yuran langganan hanyalah 88 sen sahaja untuk sebulan 😎. Anda hanya perlu bayar 'upfront' langganan selama setahun yang berjumlah RM10.56 sahaja. WOW!!
Kalau tanpa harga promosi ini, yuran tahunan bernilai RM94.80 tau. Jadi baik anda ambil peluang yang ada ini kerana tempoh tawaran adalah terhad.
Sebagai contoh saya tunjukkan kepada anda, penjimatan yang saya buat setelah mendaftar Pandapro dan seterusnya membuat order di Foodpanda.
Order ini saya buat untuk makan malam di mana saya telah order tiga menu di atas. Jika anda lihat screenshot Foodpanda voucher yang saya tunjukkan di atas tadi, saya telah masukkan kod diskaun 'DINNER' untuk mendapatkan diskaun 40% iaitu diskaun sebanyak RM8.50.
Bukan itu sahaja, sebagai ahli Pandapro, saya mendapatkan lagi diskaun sebanyak 15% iaitu bersamaan RM3.75 untuk jumlah total order saya yang bernilai RM25. Yang lagi best, caj penghantaran adalah percuma untuk ahli Pandapro untuk jumlah subtotal order RM25 atau lebih.
Daripada jumlah total harga makanan tadi yang bernilai RM25, saya hanya perlu bayar RM12.75 sahaja setelah ditolak dengan diskaun. Berbaloikan! Hanya order di rumah atau dari pejabat dan tunggu menu order anda dihantar oleh Rider Foodpanda dengan harga yang jimat.
Di bawah ini pula, saya tunjukkan pula order 'pickup' di mana saya order melalui aplikasi Foodpanda dan 'pickup' sendiri makanan di restoran berkenaan.
Sama juga untuk order ini saya ambil 3 menu cuma kali ini saya 'pickup' sendiri makanan di kedai. Dengan menggunakan kod diskaun serta juga sebagai pelanggan Pandapro, saya hanya perlu membayar RM14 sahaja untuk order ini. Memang menjimatkan!
Foodpanda juga menawarkan khidmat pembelian barangan runcit di kedai dan Foodpanda mempunyai rangkaian Pandamart yang menjual barangan runcit. Saya juga menggunakan khidmat pembelian runcit di Pandamart ini dan juga penghantaran ke rumah. Memang saya dapat jimat dan tak perlu nak ke kedai mencari barang kerana Rider Foodpanda akan hantarkan ke rumah anda.
Untuk pembelian di Pandamart ini, sebagai pelanggan Pandapro saya dapat diskaun sebanyak 20% lagi dari total harga produk. Juga dapat penghantaran percuma oleh Foodpanda.
Anda boleh google dan lihat senarai barang runcit di atas di mana harganya lebih kurang sama jika anda beli di kedai ataupun di hypermarket. Yang lagi best di pandamart ini, kadang-kadang produk yang kita hendak beli itu terdapat harga promosi/diskaun dan ini dapat menjimatkan lagi wang anda.
Jadi, siapa kata mahal jika order makanan/ barang runcit di Foodpanda. Boleh dapat dengan harga murah jika tahu caranya. Saranan saya untuk pelanggan Foodpanda sedia ada, langganlah dengan segera Pandapro semasa tengah harga promosi ini. Memang berbaloi-baloi sangat. Disamping order, dapat juga kita membantu tambah pendapatan abang/akak rider Foodpanda dalam menjalankan kerja mereka. Jangan lupa share artikel ini dengan ahli keluarga/rakan anda yang selalu order guna Foodpanda tu
JOM ORDER FOODPANDA!!
P/S : Kalau anda nak jimat harga hotel ataupun tiket-tiket pengangkutan,
0 Comments