7 Vitamin C Yang Laris Dijual Di Shopee Ketika Pandemik

Vitamin C merupakan antara suplemen yang paling laku ketika pandemik covid 19 melanda dunia ketika ini. Ini kerana dikatakan Vitamin C dapat membantu untuk mencegah penyakit Covid 19 ini daripada menyerang tubuh. Walaupun begitu, tiada bukti saintifik yang menyokong usul itu dan kajian masih lagi dibuat oleh pakar-pakar kesihatan seluruh dunia atas keberkesanan Vitamin C ini dalam membantu merawat pesakit Covid 19.

Vitamin C atau nama lainnya asid askorbik ialah nutrien berperanan sebagai antioksida menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan dan berfungsi meningkatkan daya tahan badan daripada penyakit berjangkit seperti selesema atau influenza.

Vitamin C pada amnya boleh didapati dalam sumber sayur-sayuran & juga buah-buahan yang anda makan setiap hari. Walaubagaimanapun terdapat banyak suplemen Vitamin C dalam bentuk tablet yang terdapat di pasaran sekarang samaada di farmasi mahupun di platform-platform online. Kebanyakannya kalau anda lihat memang amat laris dijual ketika musim covid19 ini. 

Di sini kita lihat senarai antara vitamin C yang laku dijual di Shopee ketika ini

1) Blackmores Vitamin C 500mg


Jenama Blackmores merupakan antara yang terlaris dijual di Shopee untuk suplemen vitamin C ini. Setiap tablet mengandungi 500mg dan disarankan untuk mengambil 1-2 biji tablet sehari dan sebaiknya selepas anda makan.

Untuk satu botol ini, mengandungi 60 tablet dan harga dalam RM25. Cukup untuk anda 'consume' dalam masa sebulan-dua.



2) 21st Century Vitamin C 1000mg


Jenama 21st Century merupakan antara jenama yang terkenal dalam menghasilkan produk suplemen di Malaysia. Untuk produk vitamin C yang ini, setiap tablet mengandungi 1000mg dan cukup untuk mengambil satu pil setiap hari seeloknya selepas makan.


3) Watsons Vitamin C 1000mg Zinc 10mg



Tidak ketinggalan Watson juga menghasilkan produk Vitamin C tapi kali ini ia ditambah dengan kandungan zinc dalam setiap tablet. Anda boleh dapatkan produk ni di farmasi Watsons yang berdekatan dengan kediaman anda ataupun beli saja secara online di shopee. Ye la lebih selamat jika anda beli secara online di rumah daripada keluar untuk mengurangkan risiko jangkitan.


4) VitaHealth Vitamin C with Zinc


Satu lagi produk Vitamin C bersama Zinc dihasilkan oleh jenama terkenal VitaHealth. VitaHealth yang diasaskan pada tahun 1947 mempunyai pengalaman luas selama lebih dari 70 tahun dalam penghasilan produk vitamin dan suplemen yang terbaik. Jadi anda tak perlu ragu-ragu untuk membeli produk Vitamin C dari VitaHealth ini.

Untuk produk ini. di dalam satu botol terdapat 30 tablet dan disarankan untuk ambil satu tablet sehari selepas makan. 



5) Flavettes Vitamin C 250mg


Produk ini juga antara produk vitamin c yang terlaris dijual di Shopee. Flavettes Vitamin C ini mengandungi jumlah vitamin c 250mg untuk setiap tablet dan di dalam setiap botol terdapat dalam 60 biji tablet. Dengan harga yang mampu milik, anda boleh dapatkannya di shopee melalui butang link di bawah



6) Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent


Produk vimain C ini datang dalam bentuk soluble di mana anda perlu letakkan sebiji tablet di dalam segelas air sebelum anda menikmatinya. Jangan risau jika anda takut rasa pahit atau payau sebab kebanyakan produk vitamin C yang dijual di Malaysia ini berasaskan buah limau, jadi air tak jadi pahit atau payau sebaliknya seperti anda minum air oren 😄

Untuk setiap pek produk Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent ini, terdapat 10 biji tablet di dalamnya.




7) Citrex Vitamin C 1000mg


Produk Citrex Vitamin C 1000mg dihasilkan oleh Pharmaniaga iaitu syarikat tempatan yang menjadi tonggak utama dalam industri farmaseutikal tempatan. Jadi tidak sukar untuk anda mendapatkan produk ini samaada di farmasi-farmasi ataupun di platform online.

Untuk produk ini, setiap botol terdapat 50 biji tablet dan ia menjanjikan kandungan tanpa gula. Produk ini sesuai bagi golongan remaja dan juga dewasa. Harga pun tidak terlalu mahal di mana anda boleh dapatkan produk di atas dengan lingkungan harga dari rm20.


Apa jua jenama Vitamin C yang terdapat di pasaran, semuanya baik untuk manfaat tubuh anda. Bagi anda yang nak jadikan ianya suplemen harian, anda boleh dapatkan produk-produk ini samaada di farmasi-farmasi ataupun di platform-platform online. Bagi yang rasa taknak ambil suplemen tu, jangan lupa untuk 'consume' buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dalam menu makanan anda kerana di situ terdapatnya unsur-unsur vitamin C yang bagus untuk tubuh anda.

Jangan lupa sentiasa jaga SOP dan amalkan cara hidup sihat walaupun duduk di rumah.
#kitajagakita



Post a Comment

0 Comments