Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate Program

Pernah tak terfikir macamana orang buat duit di Shopee tanpa perlu jual barang?
Ada caranya iaitu dengan join program affiliate Shopee.  Program ini hanya memerlukan anda untuk promote apa sahaja barangan yang dijual di Shopee melalui affiliate link khas yang anda akan gunakan untuk dipromosikan samaada di blog, website, Facebook, Twitter, Instagram dan medium-medium lain.

Nak tahu cara daftar program affiliate shopee ini? Jom saya terangkan serba sedikit mengenai program affiliate Shopee di bawah. Bagi yang nak terus daftar, boleh terus klik pada butang daftar di bawah dan ia akan bawa anda terus ke page Involve Asia untuk pendaftaran. Untuk info lebih lanjut, step-step yang perlu dibuat ketika atau selepas daftar, anda boleh terus baca pada posting di bawah



Shopee telah meggunakan platform Involve Asia, dalam membentuk program affiliate ini.

Apa itu Involve Asia? Ia merupakan salah satu website/platform atau ejensi yang digunakan oleh sesuatu company atau syarikat dalam memasarkan produk mereka melalui cara affiliate. Bukan sahaja Shopee yang menggunakan khidmat Involve Asia ini, malahan syarikat-syarikat besar lain pun menggunakannya seperti Lazada, Alibaba, Watson, Citibank, Photobook dan pelbagai lagi.



Screen shot di bawah anda dapat lihat antara syarikat-syarikat yang menggunakan platform Involve Asia dalam melancarkan program affiliate mereka.





Bagaimana Affiliate Shopee Berfungsi


Shopee menerusi laman web Involve Asia akan menyediakan link di mana anda perlu masukkan samaada produk ataupun link store ke dalam sistem mereka dan ianya akan ditukarkan dalam bentuk 'link'.


Link affiliate yang anda dapat tadi bolehlah diletakkan samaada di dalam blog, website, facebook atau medium-medium lain yang mana anda boleh promosikan.


Sebagai contoh, selepas anda berjaya mendaftar melalui Involve Asia (cara daftar akan saya tunjukkan di bawah nanti), anda terus pergi ke bahagian 'advertiser directory' dan masukkan ruangan carian dengan nama 'Shopee' dan akan keluar di situ. Dapat di lihat jumlah komisyen yang diberikan sehingga 7%. Banyakkan..




Seterusnya, anda klik pada bahagian 'generate link' untuk menghasilkan link affiliate produk untuk produk yang anda mahu promosikan.




Akan keluar 'pop-up' seperti di atas. Pilih 'property' iaitu website/blog/fb/twitter atau lain-lain medium yang anda daftar dengan Involve Asia untuk anda letakkan link affiliate ini nanti.


Seterusnya di ruangan URL itu, anda masukkan link produk yang anda di lihat di Shopee dan copy address link yang terdapat di laman web Shopee dan masukkan di ruangan 'URL' itu.

Sebagai contoh, saya ingin mempromosikan produk face mask yang terdapat di Shopee. Saya telah membuka web shopee dan mencari produk face mask yang paling 'laku' dan harga yang berpatutan untuk saya promosikan dalam posting blog saya nanti berkenaan produk face mask yang terdapat di pasaran.





Saya pun telah memilih untuk mengambil produk di atas dan seterusnya copy link penuh url seperti yang ditunjukkan pada anak panah (biru/hijau) pada rajah di atas.




URL dari produk shopee yang di copy tadi seterusnya dimasukkan dalam kotak 'generate link' (anak panah hijau/kuning) dan klik 'generate' (anak panah merah/biru). Selepas itu akan terhasillah link (anak panah pink/biru) untuk anda 'copy & paste' pada mana-mana medium yang anda akan gunakan untuk memasarkan produk itu nanti.


Contoh yang terhasil, anda boleh baca post saya berkenaan produk mask yang dijual di internet pada link berikut --> https://duitcara.blogspot.com/2020/04/platform-untuk-beli-face-mask-3-layers.html


Saya memasukkan link affiliate untuk produk mask shopee ini dalam blog posting saya. Jika ada yang klik pada link tersebut dan seterusnya membuat pembelian, maka saya akan dapat komisyen di situ. 
Mudahkan...


Pengalaman Menyertai Program Affiliate Shopee


Alhamdulillah, setakat ini saya dapat sedikit pendapatan melalui program affiliate Shopee ini. Contoh dapat dilihat pada 'screen shot' di bawah.




Untuk affiliate Shopee sahaja, saya telah menerima komisyen sebanyak USD9.74 dalam sebulan. Kalau di'convert' dalam Ringgit Malaysia, dapat dalam RM40 lebih. Okla tu kan 😊.


Itu baru satu affiliate yang digunakan dalam Involve Asia ini. Ia belum lagi termasuk affiliate lain seperti Lazada, Photobook, Agoda dan lain-lain lagi.




Cara Daftar & Sertai Program Affliate Shopee


Untuk anda yang ingin mendaftar & sertai program ini, sila daftar melalui link ini --> Daftar Program Affiliate Shopee




Selepas itu, klik pada bahagian 'sign up' untuk anda mendaftar akaun baru anda bersama Involve Asia. 


Setelah itu, masukkan segala informasi 'property' anda iaitu samaada blog, website, instagram, twitter atau platform-platform lain yang anda akan gunakan untuk mempromosikan link affiliate nanti.

Juga masukkan info-info lain yang dikehendaki sebelum anda submit. Selepas itu, pihak Involve Asia akan review segala infomasi yang anda berikan sebelum mengaktifkan akaun anda. 

Proses 'review' ini mungkin mengambil masa sehari ataupun lebih bergantung pada infomasi yang anda berikan. Setelah akaun anda telah diaktifkan, maka bolehlah anda bermula untuk mempromosikan link affiliate shopee anda seperti cara yang saya telah tunjukkan di atas tadi.

Akhir kata,(tapi belum habis lagi sebab ada 2 info tambahan di bawah) 😆 bagi anda yang ingin mendapatkan dan membuat sedikit 'income', bolehlah untuk join program affiliate shopee ini melalui platform Involve Asia. Mungkin mula-mula je sikit income, nanti lama-lama nanti akan membukit 'income' melalui program ini. Jadi bagi yang yang ingin daftar tu dan buat duit melalui program affiliate shopee ini, anda boleh klik pada link berikut --> Daftar Program Affiliate Shopee atau pun klik saja pada butang daftar di bawah.


INFO TAMBAHAN (1). 😄
Selain daripada Involve Asia sebagai tempat anda untuk anda mendaftar affiliate dengan shopee, terdapat satu lagi platform yang menawarkan affiliate bersama shopee. Platform ini dinamakan Accesstrade dan company ini berasal dari Jepun, kini beroperasi di 6 negara. Juga menawarkan komisyen yang menarik atas setiap referal pembelian di Shopee menggunakan link yang diberi.

Mungkin kalau ada masa & kesempatan nanti, saya review berkenaan Accesstrade ini. 
Takpe anda boleh cuba lihat di link ini --> Daftar Shopee Affiliate Bersama Accesstrade atau sama jua, klik saja butang daftar di bawah



INFO TAMBAHAN (2). 😄
Bukan itu saja program affiliate yang terdapat di Malaysia. Terdapat pelbagai lagi program-program affiliate yang boleh anda sertai untuk menambah wang saku anda samaada secara part time mahupun full time. Untuk nak ketahui program-program affiliate yang terdapat di Malaysia  ini, anda boleh baca posting berkenaan di link ini --> Senarai Program Affiliate Di Malaysia Untuk Tambah Pendapatan Anda



Oklah itu sahaja untuk posting kali ini. Banyak pula info tambahan...sorry ya 😂. Dah jangan tunggu lama lagi, jom daftar mana-mana program affiliate sekarang.

"JOM SAMA-SAMA TAMBAH PENDAPATAN"