Indoor Fitness Equipment Paling Laris Di Shopee Sepanjang PKP

PKP atau MCO bermakna anda kena duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada urusan di luar. Ini bagi mengelakkan daripada wabak covid19 daripada tersebar. Sepanjang tempoh pkp ini, pelbagai aktiviti anda boleh lakukan di rumah samaada mengemas rumah, memasak, makan-makan, tengok movie, berkebun dan lain-lain aktiviti. 

Walaupun pelbagai aktiviti yang lakukan di rumah, jangan lupa untuk lakukan aktiviti senaman untuk kesihatan fizikal & mental. Terdapat pelbagai 'fitness equipment' yang di jual di platform Shopee yang boleh membantu aktiviti senaman anda di rumah. 

Di bawah ini disertakan 6 peralatan senaman yang paling laku dijual di paltform Shopee sepanjang tempoh PKP ini.

1) Digital Jump Rope


Produk ini paling laris dijual di Shopee untuk kategori 'fitness equipment'. Ianya merupakan tali skipping digital yang mempunyai pelbagai fungsi. Ianya boleh mengira berapa lompatan anda lakukan, masa, jumlah kalori yang dibakar dan pelbagai fungsi lagi. 

Aktiviti 'skipping' merupakan antara riadah yang paling pantas dalam pembakaran kalori. Sememangnya ia produk yang wajib anda guna masa pkp ni untuk aktiviti senaman di rumah. 



2) Sit Up Exercise Device


Perut buncit? Jangan risau kerana alat ini memudahkan proses anda untuk melakukan riadah sit up/push up di rumah bagi mendapatkan perut slim, apatah lagi perut 6 packs ☺. Selain daripada sit up/push up, pelbagai lagi jenis aktiviti senaman lain yang boleh anda lakukan dengan alat ini. 

Dengan handle foam yang lembut, serta kedudukan paras handle yang boleh laras, anda mesti dapatkan produk yang terhangat di pasaran ketika pkp ini. Harganya pun tidaklah terlalu mahal.


3) Hexagon Weight Training Dumbell


Kalau anda inginkan muscle yang kuat serta otot yang tegap, anda perlukan benda ini. Sesuai untuk 'daily workout' semasa berada di rumah. Terdapat pelbagai pilihan berat daripada 1 kilogram sehingga ke 4 kilogram. 

Dumbell ini bukan hanya boleh dibuat exercise biasa saja tetapi boleh juga dibawa untuk berzumba. Kalau nak tahu apa aktiviti-aktiviti senaman yang menggunakan dumbell ini, anda boleh lihat di dalam youtube yang mana terdapat ramai personaliti exercise youtuber yang menggunakan dumbell dalam aktiviti senaman/zumba mereka


4) ABS Roller


Nampak gambar macam pedal motor dengan tayar tapi bukan tau..😁
Alat senaman ini merupakan roller dan alat ni memang sesuai untuk senaman bagi mendapat otot perut yang cantik atau kata lain 6 pack. Dengan bentuk roda serta handle yang menarik, anda harus mendapatkan roller ini.


Gambar di atas ni antara contoh senaman yang anda boleh applied dengan menggunakan roller ini. Kalau lihat di Shopee, sudah lebih 5 ribu alat ini telah terjual. Jadi jom dapatkan sekarang di Shopee.



5) Adjustable Wrist & Ankle Steel Bag


Steel bag atau pemberat ini anda boleh letakkan di pergelangan tangan ataupun di pergelangan kaki samaada ketika melakukan senaman ataupun ketika pergerakan biasa di rumah . Dengan tali pengikat yang boleh dilaraskan, ianya sesuai untuk semua saiz tubuh badan. Terdapat dalam pelbagai pilihan berat yang anda boleh pilih.


Produk ini antara produk yang laku keras di shopee sepanjang masa pkp ini. Jadi tak terlewat lagi untuk anda dapatkan sepasang.



6) Spinning Indoor Bike


Amacam? Menarik tak basikal indoor kat atas. Kalau anda ada duit lebih sikit, anda boleh dapatkan indoor bike di atas. Dengan rekaan bentuk yang menarik serta menjanjikan 'ultra quiet resistance', memang berbaloi kalau ada satu kat rumah. 

Harganya tak mahal beribu pun dijual di platform shopee...tak percaya? cuba klik kat bawah ni.



7) Rechargeable Electrical Muscle Stimulation


Untuk produk ini memang sesuai untuk anda yang memang betul-betul malas nak workout. Hanya pasang dan biarkan ianya bergetar. Boleh dipakai semasa tengok tv, main game, lepak-lepak baring dan sebagainya.


Bukan sahaja untuk lelaki tetapi alat ini juga sesuai untuk wanita untuk mendapatkan bentuk pinggul yang cantik seperti contoh gambar promosi produk di atas. Keberkesanan produk ini tidak dapat dipastikan tetapi di Shopee produk ini telah terjual hampir ke 2 ribu unit. 



Kesimpulannya, terdapat pelbagai alatan exercise indoor yang banyak dijual di Shopee dan sememangnya ianya laku terjual ketika musim pkp ini. Terpulang pada anda hendak memilih yang mana satu dan jika malas sangat untuk lakukan senaman, anda boleh beli saja pilihan produk no 7 tu. 😂

Bersama-sama kita sihat dan sentiasa menjaga SOP ketika musim pandemik ini.




Post a Comment

0 Comments