Foodpanda vs Grabfood vs Dahmakan


Dengan kesibukan warga kota ketika ini, mesti anda pernah mencuba salah satu apps berdasarkan tajuk post ini. Ataupun anda guna ketiga-tiga apps ini untuk hidangan makanan anda. Apa beza antara foodpanda, grabfood dan dahmakan ni?


Foodpanda, Grabfood dan Dahmakan merupakan applikasi mobile yang semestinya ada pada setiap pengguna smartphone di Malaysia masa kini. Apps-apps ini merupakan perkhidmatan order dan penghantaran makanan & minuman terus ke pintu rumah atau pejabat anda. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, anda tak perlu lagi nak bersiap-siap apatah lagi nak beratur untuk order dan makan di kedai kegemaran berhampiran tempat anda menetap atau bekerja. Hanya perlu order menu pilihan anda menggunakan smartphone ataupun website dan selepas order anda hanya perlu tunggu untuk rider sampai menghantar menu anda.


Ketiga-tiga apps ini merupakan antara yang banyak digunakan terutamanya oleh wargakota untuk order menu mereka dek kerana kesibukan dengan aktiviti dan pekerjaan harian. Apps-apps ini juga banyak membantu dimana ibu bapa yang bekerja di pejabat hanya perlu order untuk anak-anak mereka yang berada di rumah. Juga anak-anak dewasa yang orderkan menu pilihan untuk ibubapa mereka yang sudah berusia di rumah, jadi mereka tak perlu masak lagi. Bagus kan!


Meh saya terangkan sedikit info tentang apps-apps ini.




Foodpanda




Foodpanda bermula di Malaysia pada tahun 2012 dan diasaskan oleh Kiren Tanna, Lukas Nagel and Rico Wyder. Ibu pejabat utamanya terletak di Berlin, Jerman. Sehingga kini, Foodpanda beroperasi di 41 negara.


Di Malaysia, perkhidmatan boleh didapati di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Seremban, JB, Kuantan, Sibu, Miri, Kota Kinabalu dan banyak lagi. 


Terdapat lebih 6000 restoran dan pelbagai rangkaian restoran samada tempatan atau antarabangsa yang menggunakan khidmat Foodpanda dalam servis penghantaran makanan yang diorder oleh pelanggan mereka. Samaada restoran-restoran fastfood seperti KFC, Mcdonalds, OldTown White Coffee, Tealive, Gong Cha mahupun restoran-restoran Mamak, Melayu, Cina, India dan macam-macam lagi. 




Minimum order adalah sebanyak RM5 dan untuk caj penghantaran adalah RM3 untuk lembah kelang dan RM2 untuk kawasan-kawasan lain. Tetapi anda jangan risau, kerana terdapat restoran yang menawarkan menu-menu dengan caj penghantaran percuma.


Juga servis yang ditawarkan adalah 24 jam tetapi ia bergantung pada restoran yang masih beroperasi pada waktu tersebut. 


Setiap bulan, lebih daripada 1000 'deals' dan juga potongan diskaun yang ditawarkan khas untuk pelanggan mereka. Jadi pastikan anda sentiasa melihat promosi-promosi yang terpampang dalam apps Foodpanda ini.


Bagi yang anda yang tak pernah menggunakan apps ini,  sini ada voucher RM10 untuk order pertama anda jika anda daftar & download apps Foodpanda dengan menggunakan link ini --> Download Foodpanda





Grabfood


Di Malaysia, Grabfood bermula pada awal tahun 2018 di mana syarikat induknya Grab Holding merupakan antara 'pioneer' dalam perkhidmatan yang menawarkan Ride-Sharing & Ride-Hailing. Pendek kata kalau nak pakai khidmat macam teksi, anda gunakan Grab Apps di mana apps untuk perkhidmatan Ride-Sharing & Ride-Hailing ini dibuat pada tahun 2012 dan berpengkalan di Malaysia. Pada tahu 2014, ibu pejabatnya telah berpindah ke Singapura.


Pada awalnya, Grab bersaing dengan dengan apps Uber kerana menawarkan jenis perkhidmatan yang hampir sama. Cuma apps Uber telah mendominasi hampir di seluruh dunia dan menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti  UberRide, UberEats, UberBike dan bermacam-macam lagi.


Pada tahun 2018, Uber telah mengambil keputusan untuk 'merge' bersama Grab dalam mempolopori pasaran Asia Tenggara. Maka terhasillah GrabFood berdasarkan perkhidmatan UberEats.


Konsep Grabfood juga sama seperti Foodpanda. Terdapat banyak rangkaian restoran samaada jenama antarabangsa mahupun tempatan yang menggunakan khidmat Grabfood dalam servis penghantaran makanan kepada pelanggan mereka.





Berdasarkan statistik yang dibuat untuk tahun 2019, tiga menu paling banyak yang diorder oleh pengguna apps mereka di Malaysia ialah Ayam Goreng, Bubble Tea dan Nasi Lemak. Tidak hairanlah kerana tiga menu ini antara merupakan makanan utama rakyat Malaysia ketika ini :).


Caj penghantaran dari Rm5 ke RM9 bergantung pada jarak dan lokasi. Tetapi anda jangan risau jika caj penghantaran ini nampak tinggi sedikit dari Foodpanda, kerana setiap bulan akan ada promosi seperti penghantaran percuma sekiranya anda membuat order pada harga minimum tertentu. Juga terdapat tawaran 'HotDeals' dimana harga diskaun sehingga 50% bergantung pada tawaran & waktu promosi.


Untuk menggunakan perkhidmatan Grabfood ini, anda kena download applikasi Grab di mana anda boleh juga untuk menggunakan perkhidmatan Ride-Hailing, Delivery, bayar bil, beli prepaid dan juga 'GrabPay' yang berfungsi sebagai e-wallet.

Jom daftar & download apps GrabFood dengan menggunakan link ini --> Download GrabFood





Dahmakan




Konsep hampir sama dengan foodpanda & grabfood cuma berbeza mengenai menu yang diorder. Jika Foodpanda & Grabfood akan mengambil order & order daripada restoran yang berdekatan dengan anda, apps Dahmakan (kini dikenali sebagai Pop Meals) pula menyediakan menu melalui chef-chef mereka sendiri. Dan semestinya menu-menu yang disediakan oleh chef-chef mereka bertaraf hotel.


Apps Dahmakan ini dihasilkan hasil usaha sama Jonathan Weins, Christian Edelmann & Jessica Li.  Dengan idea untuk menyediakan menu-menu yang sihat & bertaraf hotel 5 bintang terus ke 'doorstep' anda, maka terhasillah aplikasi Dahmakan ini. 


Apa yang menarik mengenai apps Dahmakan ini, setiap menu yang dipampang, anda akan melihat cef yang bertanggungjawab untuk menyediakannya. Anda juga akan dapat mengetahui apa 'ingredients' yang terdapat dalam menu tersebut. Dan RASANYA!!! confirmed sedap hasil air tangan cef-cef ini yang berpengalaman dalam bidang masakan ini.


Anda pilih samaada ingin masakan Melayu, Cina, India, Western, Korea, Jepun dan macam-macam lagi, semuanya terdapat dalam applikasi ini. Untuk lebih jimat, jangan lupa untuk ambil set kombo dalam menceriakan menu anda. :)


Antara lain yang menarik, menu-menu yang anda ingin order boleh ditempah dari hari berkenaan sehinggalah seminggu sebelumnya. Eh!!macam pelik pulak kan. Ya memang bunyinya pelik disebabkan terdapat customer/pengguna apps ini menempah sehingga setiap hari selama seminggu menu yang diingini disebabkan penyediaan & rasa hidangannya yang betul-betul superb! Kalau menu-menu yang 'Hot' tu better kalau order cepat sebelum anda lihat inya sold-out :)




Bungkusan yang dihantar kepada anda juga amat menarik. Jika anda melihat gambar menu-menu yang terdapat pada apps Dahmakan ini, pasti anda akan terliur dan ingin menikmatinya. Tidak hairanlah kenapa terdapat customer/pengguna apps ini menempah sehingga seminggu.



 

Tetapi buat masa ini, pengguna dahmakan hanya untuk penduduk lembah klang sahaja dan mungkin akan diperbesarkan ke bandar-bandar lain dalam beberapa tahun lagi.


Jadi jom bagi anda yang belum pernah guna Dahmakan ini, jom daftar melalui link ini --> Daftar Dahmakan



Kesimpulannya, ketiga-tiga apps mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri.

Ianya dapat membantu anda dalam mendapatkan makanan & minuman kegemaran anda tanpa perlu keluar dari kediaman atau pejabat anda. Anda hanya perlu buat kerja harian anda, biar rider yang hantar menu pilihan terus ke perut anda...MUDAHKAN :)