Aktiviti Di Rumah Semasa PKP

Kerajaan dah umumkan perintah kawalan pergerakan untuk membendung wabak Coronavirus (Covid- 19) dari tersebar. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sayangkan Negara, kita hendaklah patuh dengan arahan yang diberikan dan 'Just Stay At Home' seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Kita. Dengan arahan yang diberikan ini, sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat oleh anda dan keluarga semasa di rumah. 

Antaranya adalah seperti berikut :-

1) Kemas Rumah




Ni merupakan masa terbaik untuk anda cek balik barang-barang dalam almari. Buang mana yang patut. Bersihkan habuk-habuk, debu-debu yang berlambak berkumpul di bawah/belakang/atas/sebalik almari, tv, mesin basuh, peti ais dan apa saja kabinet yang ada di rumah tu :).


Mana yang ada stor tu, cuba cek barang-barang yang memang dah tak guna tu..buang je la daripada nak disimpankan berpuluh tahun dalam stor tu. Ibu-ibu cuba tengok balik koleksi periuk & tapaware dalam almari dapur tu. Mana yang dah lama, hilang tudung tu bolehlah ganti dengan koleksi yang baru.


Anak-anak tu, suruh mereka untuk kemas bilik masing-masing. Bersih & basuh mana yang patut. Kipas yang dah berhabuk tu bolehlah kalau nak lap buang habuk.


Yang dalam peti ais tu jangan dilupakan. Buang mana yang dah expired tu. Gantikan dengan stok baru yang amat diperlukan dalam tempoh 'stay at home' ni. Ajak dan ajar anak-anak untuk join bantu anda mengemas rumah.



2) Baiki kerosakan



Abang-abang dan suami-suami yang hensem, inilah masa ada menjadi hero di rumah anda. Baiki apa kerosakan-kerosakan minor yang ada. Contoh seperti ganti mentol terbakar ke, paip leaking ke, rail langsir tercabut ke dan sebagainya. Buat yang minor-minor je yang mana pandai. Kalau tak berapa reti boleh try check cara melalui youtube atau google.


Barang-barang gantian anda boleh dapatkan samaada di pasaraya (kedai hardware tutup) atau boleh beli melalui online. Salah satunya melalui kedai Mr DIY. Terdapat banyak barang yang boleh anda dapati di sini. Anda order hari ini, dalam sehari dua kurier akan hantar barang ke rumah anda dan boleh terus fix kerosakan tu. 


Anda boleh ke kedai online Mr DIY melalui link ini--> Kedai Online MrDIY




3) Menjahit




Yang ni khas untuk kaum ibu. Tapi ada je lelaki yang suka menjahit :). 

Bulan puasa & raya pun makin nak dekat ni dan ini merupakan masa terbaik untuk anda 'asap'kan balik mesin jahit yang tersergam seperti muzium kat rumah tu. Ini masa untuk ada asah balik skil-skil menjahit yang anda ada dan masa ini juga anda untuk tambah skil menjahit anda. Dengan zaman teknologi canggih ni, boleh guna internet untuk cari sumber idea serta belajar ditambah pula dengan whatsapp-whatsapp grup, boleh bertukar/berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain.

Untuk nak cari barang-barang menjahit, anda boleh cari secara online di Shopee. Bagi yang tak ada mesin jahit tu pun boleh cari di sini :)



4) Baca Buku / Main Games 




Untuk anak-anak pula, masa ni bolehlah digunakan untuk mentelaah pelajaran dan membaca buku. Ibu Ayah kenalah jadi Guru kepada anak anda masa time-time kena duduk rumah ni. Kalau rasa dah boring baca buku pelajaran, cuba cari balik apa-apa saja buku samaada buku dongeng, komik atau fiksyen yang ada kat rak buku tu. Ye la sebelum ni semangat beli je..baca dalam sehelai dua lepas tu letak semula kat rak buku..tak baca pun lepas tu. Ni kalilah nak 'khatam'kan buku-buku tu. 


Tapi tulah takkan nak asyik baca buku sekolah je kan..apa lagi main lah games. Kali ni set kan permainan indoor games untuk anda sekeluarga. 



Ada pelbagai indoor games atau 'board games' yang terdapat di pasaran. Antaranya seperti Saidina, Monopoly, Sahibba, Uno, Dam Ular dan macam-macam lagi. Anda boleh dapatkannya dengan membeli secara online. Dengan permainan keluarga ini, ianya dapat mencerdaskan lagi pemikiran anda sekeluarga sekaligus dapat juga mengeratkan hubungan antara anda. 


Anda boleh lihat dan beli board games ini melalui platform shopee melalui link di bawah.


Bagi yang ada nintendo, playstation atau kinect xbox kat rumah tu. Cuba cari game-game sport di mana anda dapat bermain bersama-sama dengan anak-anak anda. Pasti seronokkan..:)


5) Layan Movie




Dengar cerita astro bagi saluran channel-channel movie percuma dalam tempoh kawalan pergerakan ni. Takpun anda boleh layan movie di Netflix. Tak mahal pun untuk subscribe netflix ni kerana harga hanya RM17 (bergantung pada pakej) untuk sebulan. Anda boleh daftar je untuk sebulan dan lepas unsubscribe balik bila dah habis perintah kawalan pergerakan ini. Tiada caj penalti yang akan dikenakan. Anda kena ada line internet di rumah untuk layan movie di Netflix ni. Boleh 'search' cerita-cerita movie yang menarik untuk tontonan anda sekeluarga.


Nak lagi best, suruh mak buat cekodok ke atau keropok beserta dengan air panas samada kopi, nescafe atau teh. Sambil kudap-kudap makan, sambil tengok movie bersama-sama dengan ahli keluarga. Perghhh...kan best tu.


Kalau nak daftar Netflix, boleh daftar di sini --> Daftar Netflix



6) Berkebun




Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan sekeluarga ialah berkebun. Bukannya di kebun yang besar tetapi cukup sekadar berkebun dalam pasu di kawasan rumah. Ingat anda masih lagi dalam kawalan pergerakan dan tidak digalakkan untuk pergi ke kawasan kebun/dusun. Cukup sekadar anda menanam di dalam pasu/tanah di laman rumah anda.


Mulakan dengan menanam sayur-sayuran atau pokok bunga dan ajak anak-anak sekali untuk turut serta. Alatan-alatan berkebun seperti pasu plastik, tanah campuran baja dan benih-benih boleh didapati di pasaraya atau beli saja melalui online. Jika tak berapa mahir, boleh belajar melalu youtube atau internet. Lihat keterujaan anda bersama anak-anak anda setiap hari untuk melihat hasil penanaman anda bersama.



7) Memasak / Buat Kuih Raya



Dah lama tak memasak? Selalu makan luar je...inilah masanya anda asah semula bakat memasak anda di dapur. Cuba menu yang berbeza setiap hari untuk keluarga anda. Dalam grup whatsapp 'ladies' anda tu, cuba berkongsi resepi, menu, petua dengan rakan-rakan anda. Ajak anak-anak anda terutamanya anak perempuan untuk turut serta memasak bersama anda.


Lagipun raya pun nak dekat ni, bolehlah kalau nak buat sikit-sikit kuih raya tu. Kalau sebelum ni asyik cakap nak belajar buat kuih tu - kuih ni tapi tak cukup masa...NAH ini masa terbaik untuk buat kuih raya. Macam-macam jenis kuih raya anda boleh buat. Kalau anda rasa masa ni masih awal untuk buat kuih raya, cuba buat kuih raya 'try & error'. Maksudnya buat sikit-sikit atau gubah-gubah sikit resepi. Kalau hasilnya rasa perfect, nanti bila bulan puasa nanti bolehla pulun buat. Yela..skill kan dah develop masa perintah kawalan ni.


Untuk nak cari barang-barang dapur ni, anda bolehlah ke laman-laman web ni untuk beli secara online


Tesco -- > www.eshop.tesco.com.my

Mydin-- > https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore
Happyfresh -- > https://www.happyfresh.my/
Mygroser -- > https://mygroser.com/
Redtick -- > https://shop.redtick.com/
Potboy -- > https://potboy.com.my/
Pantry Express -- > https://www.pantryexpress.my/


8) Decorate Rumah




Masa untuk design semula rumah anda. Bukan bermaksud anda kena beli perabot baru di luar sebab kedai perabot semua tutup. Cuba masa ini ubah kedudukan perabot, sofa di rumah, tukar langsir dan mana yang patut. Cucilah langsir yang dah lama tergantung semenjak raya tahun lepas tu, ke dah 2-3 kali raya langsir sama :)


Nak lagi best cuba cat rumah. Banyak masa boleh diisi tu dengan mengecat rumah. Yelah 2 minggu kan kena 'stay at home'. Kalau taknak cat, boleh cuba pasang wallpaper. Dapatkan idea-idea decorate rumah yang banyak terdapat di internet.


Barang-barang untuk decorate ni anda boleh dapatkan di kedai online seperti MrDiy & Homepro


Kedai MrDiy -- > www.mrdiy.com.my

HomePro (Shopee) --> HomePro Shopee Store


9) Mengaji & Solat Berjemaah




Ya, yang ni paling penting. Ayah sebagai ketua keluarga kena ajak semua ahli keluarga untuk solat berjemaah bersama-sama. Adakan sesi usrah bersama keluarga. Cerita kisah-kisah nabi, hadis atau apa saja cerita-cerita teladan masa time usrah ini. Pastikan semua ahli keluarga 'involve' dalam sesi usrah ni. Bukan saja ayah & ibu saja yang bercakap, cuba bagi anak anda untuk bercerita sekali samaada suruh mereka membaca buku kisah-kisah nabi, sahabat atau kisah teladan ataupun mereka bercerita mengikut 'pengalaman' atau 'fantasi' mereka.   


Ini juga merupakan masa terbaik untuk anda mendengar segala masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga anda dan masa ini anda sebagai sebuah keluarga boleh berbincang cara untuk menyelesaikannya. Tetapi tu la, bukan sekadar bincang masalah je tetapi bincang juga idea-idea menarik untuk next planning nanti. Samaada aktiviti nak buat esok ataupun plan nak bercuti kat mana nanti bilamana virus Covid19 nanti dah tiada di atas muka bumi ini nanti. InsyaAllah kita doakan bersama-sama.



Kesimpulannya, dalam kepayahan & keperitan yang kita penduduk Malaysia ini hadapi semasa dalam tempoh Kawalan Pergerakan ini, ada hikmah disebaliknya. Kita dapat eratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Ibu dapat mantapkan lagi skil memasak /menjahit manakala ayah pula dalam skil dalam baiki-membaiki dan juga sebagai ketua keluarga di rumah. Anak-anak pula akan ada lebih masa bersama ibu-bapa di rumah.


Kita sama-sama doakan agar wabak virus Covid19 ini dapat dibendung secepat yang mungkin dan moga kita sekeluarga dapat keluar bersama-sama nanti untuk aktiviti luar pula.