Senarai Laman Web Untuk Cari Tambang Penerbangan Dengan Harga Murah

    


Anda ada rancangan untuk melancong samaada ke luar negara atau pun dalam negara tapi tengah mencari 'airline' mana yang bagi tambang lagi murah. Kini anda tak perlu lagi untuk buka setiap laman web kepunyaan airline dan periksa satu-satu airline. Ini kerana dengan wujudnya laman web 'metasearch engine' untuk carian flight, anda hanya perlu masukkan tempat berlepas dan juga tempat untuk dikunjungi beserta tarikhnya dan 'metasearch engine' website ini akan membantu anda untuk mencari tambang yang paling murah sehingga ke tambang yang paling tinggi berdasarkan carian anda.

Ini sekaligus dapat menjimatkan masa anda untuk melayari internet dalam pencarian tambang penerbangan yang paling murah. 

Berikut disenaraikan laman-laman web metasearch engine ini dan anda boleh cuba untuk memasukkan destinasi beserta tarikh dan anda lihat hasilnya.

1) Kiwi

Antara laman web yang paling popular dalam pencarian tambang murah penerbangan. Pada mulanya, ia merupakan 'travel tech agency' di Republik Czech yang dihasilkan oleh Oliver Dlouhy dan Jozef Kepesi pada tahun 2012. Ia seterusnya melebarkan sayapnya dalam menjadi 'metasearch engine' dalam pencarian dan perbandingan tiket penerbangan di seluruh dunia.

Dikatakan, setiap hari company ini menerima 100 juta pengunjung dalam sehari dan berjaya menjual 33000 tempat duduk dalam sehari. Banyakkan!!

Jom cuba masukkan destinasi pilihan anda di bawah dan lihat bagaimana laman web ini membantu anda


2) Jet Radar

Pada asalnya, Konstantin Kalinov menghasilkan Jetradar hanya sebagai blog mengenai tambang kapal terbang di negaranya iaitu Rusia. Awalnya ia merupakan blog berbahasa Rusia. Kemudiannya ia semakin berkembang dan seterusnya pada May 2012, Jet Radar kembali dengan versi English dan setelah itu ia berkembang pengguanaannya ke seluruh dunia. 

Jom cuba masukkan destinasi pilihan anda di bawah dan lihat airline mana yang memberikan tambang paling murah.


3) Trip.com

Selain daripada pencarian hotel, anda juga boleh gunakan laman web ini dalam pencarian penerbangan ke destinasi pilihan anda dengan tambang yang murah. Walaupun baru sahaja dilancarkan pada tahun 2017, ia mencatatkan pengunjung ke laman web ini sebanyak 400 juta dari awal sehingga kini.


4) Wego

Wego sebelum ini dikenali sebagai Bezurk dan dihasilkan pada tahun 2005. Ia merupakan 'Singaporean Metasearch Engine' yang juga berpangkalan di Singapura. Sehingga kini, ia telah beroperasi ke 52 negara dan pelawat boleh gunakan melebihi 20 bahasa dan juga matawang negara berkenaan.

Anda boleh cuba lihat serta klik banner di bawah dan lihat pilihan penerbangan yang diberi untuk penerbangan ke Langkawi. Untuk pilihan destinasi lain, anda hanya ubah je nanti dalam laman web tersebut ☺



5) Skyscanner

Merupakan agensi travel dan juga lawan web 'metasearch engine' yang berpangkalan di Edinburgh, Scotland. Laman webnya doleh digunakan dalam dalam 30 bahasa dan ia mencatatkan jumlah pengunjung laman web ni seramai 100juta dalam sebulan.

Jom cuba pula skyscanner untuk lihat tambang penerbangan destinasi pilihan anda dengan klik pada banner di bawah



Terdapat banyak lagi laman web untuk metasearch engine dalam pencarian penerbangan ini, cuma di atas ini disenaraikan antara 5 laman web yang paling popular dan banyak digunakan di seluruh dunia.

Dengan terdapat pelbagai laman web 'metasearch engine' dalam pencarian tambang penerbangan ini, ia semestinya dapat menjimatkan masa dan juga wang anda dalam usaha mencari tambang penerbangan yang murah untuk percutian anda bersama keluarga ataupun bersama kawan-kawan. 

Tak perlu lagi untuk buka satu persatu laman web kepunyaan syarikat penerbangan untuk 'compare'kan harga tiket. Mudahkan! ☺ 

JOM MELANCONG..


Post a Comment

1 Comments

hagleighpachuta said…
This comment has been removed by a blog administrator.