Cara Daftar & Guna Khidmat Penghantaran Lalamove

Pernah dengar tentang Lalamove dan gunakan khidmat mereka dalam urusan penghantaran anda?Lalamove menawarkan khidmat penghantaran dari satu point ke satu point dengan cara terpantas melalui kenderaan yang anda pilih samaada motosikal, kereta, van, pickup ataupun lori. Lalamove bertindak sebagai perantaraan antara pelanggan dengan pemandu/rider dalam proses penghantaran barang melalui aplikasi atau laman web mereka. 

Lalamove berkembang pantas ketika musim pkp ini bukan hanya di Malaysia malahan di negara-negara lain yang mana perkhidmatan Lalamove ini ditawarkan seperti negara jiran kita Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan malahan di negara USA, Brazil & Mexico. 

Lalamove diasaskan pada tahun 2013 oleh Chow Shing-Yuk dan pada mulanya, nama asal bagi Lalamove ialah EasyVan di negara Hong Kong. Ia hanya menyasarkan penghantaran menggunakan van dan selepas itu ia berkembang dan seterusnya mengembangkan sayapnya ke negara-negara lain pada tahun 2014 dan namanya bertukar kepada "Lalamove". Seterusnya ia menggunakan khidmat kenderaan lain dan bukan hanya setakat penggunaan van dalam proses penghantaran.

Pandemik Covid19 telah menaikkan lagi nama Lalamove kerana pada waktu ini, hampir seluruh dunia mengenakan arahan 'lockdown' dalam mengurangkan jangkitan wabak ini. Setelah 'lockdown' ini dilonggarkan sedikit, kebanyakan orang takut untuk keluar dan menggunakan khidmat penghantar dan pembeli barang dalam urusan mereka setiap hari. Berlandaskan khidmat hantar dan juga beli barang yang ditawarkan oleh Lalamove, nama mereka terus naik dan gah kerana banyak digunakan oleh pelanggan-pelanggan.

Di Malaysia, khidmat Lalamove banyak digunakan terutamanya di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Walaupun begitu di kawasan-kawasan lain juga terdapat khidmat lalamove. Bagi anda yang ingin khidmat samaada untuk hantar barang samaada bungkusan kecil sehinggalah ke barangan pukal, anda boleh gunakan khidmat Lalamove ini. Caranya amat mudah dan saya akan tunjukkan caranya seperti di bawah.

Cara Daftar Lalamove

Mula-mula anda kena download apps Lalamove samaada melalui Playstore, App Store ataupun melalui laman web Lalamove. Untuk download anda boleh klik pada link ini --> Download Lalamove

 


Setelah itu, akan terpampang icon Lalamove di screen handphone anda. Anda klik untuk run aplikasi Lalamove dan seterusnya akan keluar list kawasan bandar-bandar di negara-negara yang terdapat khidmat lalamove. Pilih bandar yang menjadi tempat tinggal anda.


  

Kemudian anda boleh mendaftar samaada melalui akaun facebook, google ataupun melalui emel anda. Tapi nombor telefon adalah benda wajib ada untuk mendaftar dengan Lalamove ini. Setelah selesai mendaftar, anda sudah boleh untuk menggunakan khidmat Lalamove ini.

Cara Guna Lalamove

Setelah anda mendaftar maka anda sudah boleh untuk gunakan khidmat Lalamove ini untuk hantar barang. Sebagai contoh saya akan tunjukkan perkhidmatan dengan menggunakan motosikal.

 

Langkah pertama anda buka apps Lalamove dan akan keluar seperti gambar di atas. Anda perlu login ke akaun anda dan seterusnya ia akan membawa ke page seterusnya di mana anda perlu tentukan tempat pick-up dan tempat untuk barangan itu dihantar. Anda boleh memilih samaada untuk menghantar barangan pada waktu itu juga ataupun pada waktu lain. Untuk kes saya ini, saya memerlukan rider untuk menghantar barang pada waktu ini juga dan saya memilih iaitu pickup ASAP (as soon as possible).

  
Setelah itu anda perlu memilih tempat untuk rider/driver pickup barang tersebut. Jadi di sini saya masukkan alamat dan akan keluar 'map' untuk pastikan bahawa alamat itu adalah sama seperti di dalam map untuk rujukan rider/driver nanti. Masukkan sekali nombor rumah/ofis dan juga nombor telefon untuk dihubungi. Setelah itu anda tekan pada 'confirm the drop confirmation' sebagai konfirmasi tempat rider/driver pickup nanti. 

  
Selepas itu, anda akan pergi semula ke page seperti di atas dan kali ini anda perlu pilih pula alamat untuk barang itu dihantar pada ruangan 'where to'. Masukkan alamat dan info-info yang dikehendaki dan seterusnya jika anda klik pada pada alamat tempat dihantar itu akan keluar 'maps' bagi alamat yang hendak di hantar tadi seperti gambar di bawah. 

Info tambahan jika anda hendak rider/driver yang sama hantar pada 2-3 tempat, anda hanya perlu klik pada bahagian '+ add stop' dan masukkan alamat-alamat tempat lain itu. Cara ini dapat menjimatkan lagi kos penghantaran anda dengan rider/driver hanya sekali jalan bawa barang anda ke tempat-tempat yang anda kehendaki.  


  
Ok berbalik pada penghantaran tadi yang hanya menetapkan penghantaran pada satu tempat sahaja iaitu di Kampung Puah yang terletak di Gombak. Seterusnya, klik pada 'select vehicle' untuk pilih kenderaan mana yang anda nak guna untuk penghantaran ini. Setiap kenderaan yang anda pilih mempunyai 'limitation' samaada dari segi saiz dan beratnya. Carta 'limitation' ini anda boleh lihat melalui laman web Lalamove ataupun akan ditunjukkan ketika anda hendak memilih kenderaan penghantaran seperti rajah di bawah.


Untuk penghantaran yang ini, saya memilih menggunakan khidmat motosikal sebagai penghantaran disebabkan saiz barang yang dihantar kecil dan berat yang tak sampai 1 kilogram. Untuk khidmat penghantaran menggunakan motosikal ini, maksimum berat yang boleh di bawa oleh rider adalah 10 kilogram dan saiz parcel tak melebihi 36cm x 36cm x 36cm. Jika anda menghantar melebihi dari salah satu 'limitation' tersebut, anda kena menggunakan kenderaan lain seperti kereta atau yang lain-lain.

 

Selepas anda memilih kenderaan, akan keluar jumlah caj yang akan dikenakan untuk penghantaran ini. Terdapat 'additional service' atau servis tambahan yang ditawarkan oleh Lalamove jika anda ingin gunakan seperti Buy4U, Lalabag dan Return Trip'. Setiap servis tambahan ini mempunyai caj tersendiri. Sekiranya anda tidak memerlukan servis tambahan ini, anda boleh terus klik pada butang 'Next'

Akan keluar page selepas itu masa pickup yang dipilih iaitu dalam penghantaran ini masa yang dipilih ialah secepat yang mungkin (ASAP).  Anda boleh masukkan sebarang nota kepada rider/driver nanti contoh seperti 'nak sampai nanti call ya', 'hati-hati bawa motor' atau apa-apa saja. Berpuas hati atas info yang diberikan, anda boleh terus klik pada butang 'check out'

 

Anda boleh memilih samaada membuat pembayaran secara online ataupun secara cash sahaja. Kalau secara cash, anda hanya serahkan jumlah caj penghantaran tadi kepada rider/driver anda semasa mereka mengambil barang nanti. Jangan lupa untuk klik pada butang cash payment dan seterusnya akan keluar info rider/driver yang akan ambil 'job' penghantaran ini.


Di bahagian info rider/driver itu terdapat nama, nombor plat kenderaan serta rating rider/driver berkenaan.. Anda boleh lihat pada peta di mana lokasi rider/driver pada waktu ini. Terdapat butang chat & call jika anda ingin menghubungi mereka. Daripada peta berkenaan, anda boleh jadikan panduan untuk melihat sekiranya rider/driver ini nanti sampai ke kawasan tempat anda untuk pickup barang

Kebiasaanya rider/driver akan call anda bila hampir sampai ke rumah anda untuk anda bersedia dengan barang yang hendak dihantar nanti. Setelah rider/driver sampai ke rumah anda, anda boleh bagi barang yang hendak dihantar tadi dan anda bagi sekali caj bayaran yang dikenakan tadi sekiranya anda memilih cara bayaran secara cash.

Selepas itu, rider/driver akan menghantar barangan tadi ke alamat yang anda tetapkan tadi. Yang bestnya jika anda gunakan khidmat penghantaran menggunakan Lalamove ini, anda dapat melihat secara 'live' lokasi rider anda berada di atas peta.


Anda akan lihat jalan mana yang rider anda lalu untuk menghantar barangan anda tadi ke tempat yang ditujui. Apabila sudah sampai ke alamat 'drop off' dan barang selamat diberi, anda akan dapat notifikasi melalui telefon anda. Mudahkan!!


Seterusnya di dalam aplikasi Lalamove akan keluar page seperti di bawah di mana anda perlu rate rider/driver yang membuat penghantaran tadi. Sekiranya anda berpuas hati atas khidmat yang diberi oleh rider/driver tadi, anda tandakan 5 star.

 

Selepas anda rate rider/driver, akan keluar list task tadi dan jika anda ingin lihat lebih detail tentang bayaran tadi anda hanya klik pada bahagian 'Pricing Details'. Akan keluar jumlah bayaran yang anda bayar serta jarak perjalanan rider tadi dari tempat 'pick-up' hinggalah ke tempat 'drop-off'.


  

Anda juga boleh lihat "Delivery Receipt' anda ini melalui emel yang anda masukkan ketika mendaftar tadi.

Lalamove sememangnya antara perkhidmatan penghantaran terpantas yang anda boleh pilih sekiranya anda inginkan khidmat penghantaran pada waktu yang cepat dan singkat. Perkhidmatan yang ditawarkan 24/7 yang bermakna anda boleh gunakan pada bila-bila masa sahaja samaada pada waktu siang atau malam, pada hari bekerja mahupun pada hari cuti am. 

Perkhidmatan Lalamove ini amat sesuai bagi peniaga-peniaga samaada restoran atau surirumah yang berniaga dari rumah, urusan penghantaran makanan boleh dibuat kepada pelanggan dengan hanya caj RM5 sahaja bagi 5 kilometer pertama.

Bagi anda yang ingin download dan daftar lalamove, boleh terus ke link berikut --> Daftar Lalamove ataupun klik sahaja pada logo lalamove di bawah

Post a Comment

0 Comments