Sambal Paling Laris & Viral Ketika PKP

Musim PKP ini, semua dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mengekang wabak covid-19 dari menular. Dengan semua ahli keluarga yang duduk di rumah dan tak boleh keluar, maka si ibu akan sibuk untuk menyiapkan makanan untuk ahli keluarga setiap kali waktu makan. Kadang-kadang pening juga si ibu untuk memikirkan apa menu untuk makan setiap kali waktu makan 😂.

Maka dengan masalah menu yang dihadapi sang ibu itulah, terciptalah pelbagai sambal-sambal instant yang dipekkan samaada di dalam botol ataupun di dalam 'pouch' & 'sachet'. Dengan ini ia memudahkan untuk dijadikan salah satu juadah dalam menu makanan yang dihidang setiap hari.

Hampir ratusan ribu mahupun jutaan botol sambal dari pelbagai jenis & jenama telah terjual semasa tempoh PKP ini. Di bawah ini disenaraikan jenama-jenama sambal instant ini yang paling laris terjual di Shopee ketika waktu PKP ini.

1) Sambal Nyet Berapi By Khairul Aming

Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming kan! Antara 'influencer' yang terkenal di Instagram dengan menu masakannya di dalam "30 hari 30 Resepi". Khairul Aming kini mempunyai jumlah pengikut di instagram seramai 3.2 juta. 

Sambal Nyet Berapi yang dihasilkan beliau sememangnya mendapat sambutan luar biasa setiap kali 'restock' di dalam kedai shopee beliau. Sehingga kini telah terjual melebihi 250 ribu unit di Shopee. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, pastikan anda bersiap sedia dengan handphone setiap kali produk ini di'restock' di Shopee pada waktu yang diberitahu di dalam deskripsi produk berkenaan. Lambat berapa minit, produk akan habis dan anda kena tunggu untuk sesi restock seterusnya.




2) Tokey Sambal Hitam

Produk ini juga mencatat jualan yang sangat memberangsangkan ketika masa PKP ini. Sehingga kini telah terjual melebihi 150ribu pek di Shopee. Dikilangkan di Pahang, ia dihasilkan melalui ramuan tradisional negeri Pahang yang memang terkenal dengan keenakan sambal hitamnya. 

Produk ini dibungkus dalam bentuk pek 50g dan 100g. Jika dilihat pada gambar produk di atas, memang terliur kalau dapat dimakan bersama lemang. Apatah lagi kalau dapat di makan bersama cekodok masa minum petang...perghhh



3) Sambal Betty's


Sambal Betty's ini juga merupakan antara sambal yang viral pada musim PKP ini. Jika dilihat pada gambar, terdapat 3 'killer' produknya iaitu Sambal Gila, Sambal Malas dan Sambal Sewel. Daripada namanya, kita sudah boleh terbayang rasa sambal ini 😃. Terdapat dalam bentuk 'pouch' dan juga botol.



4) Sambal ULEG

 


Sambal ini berasal dari negara jiran kita Indonesia dan mendapat sambutan jualan memberangsangkan ketika MCO ini. Terdapat dalam 5 pilihan iaitu Sambal Terasi, Sambal Ijo, Sambal Pedas, Sambal Udang dan Sambal Teri (bilis).

Seller ini telah menjual menghampiri 15 ribu unit untuk produk sambal ULEG dalam bentuk botol dan juga jualan menghampiri 50 ribu unit dalam bentuk 'sachet'. Anda boleh dapatkan sambal daripada seller ini dengan klik pada gambar di atas ataupun dengan klik butang shopee di bawah



5) Sambaleena


Daripada hashtag sambaleena ini, kita akan dapat tahu sambal ini memang sudah tersedia untuk terus dicedok-cedok dan makan. Tak kisah samaada dengan nasi, roti, cekodok atau apa-apa makanan ruji lain 😋. 

Terdapat dalam 6 pilihan sambal iaitu Sambal Itam, Sambal Gesek, Sambal Tempoyak Ikan Bilis, Sambal Ijo, Sambal Penyet dan juga Sambal Ketuk.




6) Sambal Cili Gepuk Suharti


Produk ini telah dijual melebihi 6 ribu unit di Shopee. Memang sedap kalau dibawa makan bersama ayam goreng, seafood ataupun dimakan bersama mee goreng.



7) Sambal Hitam Istimewa Yus & Ija


Sambal Hitam Istimewa Yus & Ija sememangnya antara sambal yang istimewa kerana ianya hasil air tangan pasangan OKU Yus & Ija. Pasangan ini menjadi viral kerana meskipun mereka istimewa tetapi ianya tidak menghalang untuk mereka menghasilkan dan menjual sambal hitam yang sedap ini. Jom kita dapatkan produk sambal hitam ini daripada pasangan Yus & Ija ini.



Sememangnya musim PKP / MCO ini dapat dilihat lonjakan penjualan pelbagai jenis sambal samaada dalam bentuk 'sachet', 'pouch' ataupun botol yang dijual secara online. Selain daripada 7 jenama sambal di atas, terdapat banyak lagi sambal-sambal dari jenama lain yang boleh didapati di Shopee.

Walaupun begitu, dengan larisnya jualan produk-produk sambal daripada pelbagai jenama yang dijual di Shopee ini, anda sebagai pembeli kena pastikan agar dapat produk yang betul-betul original samaada daripada pengeluar ataupun daripada ejen-ejen daripada produk berkenaan. 

Jom dapatkan segera sambal-sambal di atas mengikut kesukaan masing-masing untuk menjimatkan masa anda di dapur. Dapur tak berkecah, hati si ibu pun tak resah!



Post a Comment

0 Comments