Kelebihan, Cara Guna & Daftar Aplikasi MAE

Pernah dengar atau guna MAE? Kalau belum pernah baik anda daftar cepat-cepat kerana terdapat banyak manfaat daripada aplikasi MAE ini. Eh tapi apa itu MAE?

Cara una & Daftar Apps MAE

MAE merupakan singkatan daripada Maybank Anytime Everytime. Daripada nama je kita dah tahu bahawa aplikasi ini dibangunkan oleh Maybank. MAE ini merupakan e-wallet dan mula digunakan pada tahun 2018. MAE boleh digunakan oleh semua orang asalkan berumur 12 tahun ke atas dan anda tidak semestinya kena buka akaun Maybank untuk menggunakan aplikasi MAE ini. Maknanya tanpa akaun di Maybank pun anda boleh gunakan aplikasi ini. Pun begitu, jika anda ada akaun Maybank lagi bagus jika menggunakan MAE ini kerana terdapat pelbagai fungsi yang pastinya memuaskan hati anda sekiranya anda 'link' kan akaun anda dengan aplikasi MAE ini.

Sama seperti e-wallet yang lain seperti Boost, TouchnGo Ewallet dan lain-lain, anda juga boleh gunakan MAE untuk membuat pembayaran secara 'scan & pay' di 'merchants' yang berdaftar dengan MAE. Sehingga kini terdapat lebih 450 000 merchants yang telah berdaftar dengan MAE.

APA YANG BEST MAE NI?

Terdapat pelbagai fungsi di dalam MAE ini. Selain daripada fungsi bayaran secara 'scan & pay', anda juga boleh membeli top-up dan pembayaran bil pada bila-bila masa sahaja, 'track' semula perbelanjaan yang anda buat dan yang paling menarik terdapat fungsi 'tabung'dan 'spilt bill'. Eh fungsi apa tu? 

Fungsi tabung merupakan satu fungsi yang anda boleh tetapkan di dalam akaun MAE anda. Fungsi Tabung ini akan membantu anda untuk menyimpan duit berdasarkan 'target' anda untuk tabung itu. Yang menariknya anda boleh menabung samaada secara solo ataupun secara berkumpulan bersama ahli keluarga atau rakan anda. Macammana tu? Jom lihat video di bawah


Selalu makan bersama kawan-kawan sekerja terutamanya masa 'lunch' dan 'dinner'? 
Ataupun beli barang online/offline secara pukal bersama order kawan-kawan untuk dapat harga lagi murah tetapi beli guna duit anda dulu?

Masa nak bayar tu kadang-kadang tu mesti susah kan nak bahagikan bil sama rata. Ada yang bayar lebih dan ada yang bayar sikit. Ada yang buat-buat taknak bayar pun ada :). Jangan risau kerana MAE ada fungsi untuk 'split bill'. Anda yang bayar melalui MAE tu akan bahagikan bill yang anda bayar tadi kepada rakan-rakan anda samaada mereka mempunyai aplikasi MAE di fon mereka atau pun tidak mempunyai apps MAE ini. Nak tahu lebih lanjut boleh lihat pada video di bawah.



Menarikkan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi MAE ini. Memang tak rugi jika apps ini ada dalam smartphone anda tu. Antara lain-lain keistimewaan yang anda dapat juga ialah promosi-promosi yang MAE tawarkan jika anda menggunakan MAE semasa membuat pembayaran di 'merchants' yang mengambil bahagian dalam promosi. 

Contoh promosi

Promosi samaada diskaun, cashback dan juga peraduan-peraduan yang pastinya menguntungkan pengguna-pengguna aplikasi MAE ini


CARA DAFTAR MAE

Cara daftar ia amatlah mudah. Tak kisahlah samaada anda pengguna Maybank2u ataupun tidak, boleh download, daftar dan terus guna apps MAE ini. Disebabkan Maybank ada mengeluarkan video mereka berkenaan dengan aplikasi MAE ini di Facebook mereka, jadi post yang DuitCara tulis kali ini penerangan-penerangan video diambil dari facebook Maybank untuk anda lebih faham.

Tapi sebelum anda daftar tu, tahu tak yang yang anda boleh dapat RM8 percuma dalam akaun MAE anda selepas anda mendaftar. Siapa yang taknak duit free kan :). Cara nya nanti saya tulis di perenggan selepas video di bawah. Sebelum tu apa kata anda lihat dulu video di bawah untuk cara-cara daftar aplikasi MAE ini. 


Untuk nak dapatkan percuma RM8 dalam akaun MAE anda, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasukkan kod referral ini 'RBM051112' pada ruangan 'key in your friend referral code' nanti. 


Nanti anda dapat RM8 bonus dari Maybank. Psstt...sebenarnya bukan anda je dapat RM8, saya pun dapat RM8 juga nanti kalau anda daftar guna kod saya atas tu :). Jadi jom sama-sama kita kongsi rezeki ni 😁. Bonus ini tertakluk selagi tempoh promosi masih ada.

Kesimpulannya, memang tak rugi jika anda gunakan aplikasi MAE ini dalam transaksi-transaksi harian anda. Anda dapat 'track' segala perbelanjaan anda dan takdelah termanggu-manggu macam sebelum ini bila mana anda rasa macam ada RM20 dalam beg duit anda tapi tak tahu duit tu tercicir kat mana. Puas pikir kat mana hilang RM20 tadi. Sebenarnya anda dah beli topup tadi kat 7E cuma tak ingat je. Kalau pakai MAE ini, takdelah anda lost macam tu sebab semua list transaksi boleh lihat dalam akaun anda. 😅

Sebelum terlupa, dari tarikh anda baca post ini sehingga 1 Januari 2022, MAE adakan peraduan yang mana hadiah-hadiahnya sangat menarik iaitu hadiah utamanya ialah Proton X50 (1 pemenang setiap bulan) dan juga hadiah-hadiah menarik yang lain. Maklumat lanjut, anda boleh klik banner di bawah. Jadi apa lagi...JOM GUNA MAE 😃

Post a Comment

2 Comments

nina said…
Thanks for sharing